Sebelum
membeli rumah, pembeli sering mengalami perasaan tidak pasti dan banyak
persoalan yang timbul antaranya seperti harga terlalu mahal, lokasi kurang
menarik, harga sewa rendah dalan lain-lain.
Persoalan-persoalan
seperti inilah yang sering bermain di minda setiap pembeli semasa memilih
hartanah untuk dibeli. Setiap rumah atau hartanah mempunyai kelebihan dan
kekurangan masing- masing. Semestinya pemilihan untuk membeli rumah itu
terletak pada citarasa individu itu sendiri. Tetapi,tahukah anda dengan membeli
rumah,ia akan menjadi pelaburan yang paling memguntungkan anda…insyaallah.
Disini,saya
ingin memberi sedikit panduan membeli rumah yang membawa kepada keuntungan
berdasarkan setiap ‘survey’ yang telah dijalankan. Ia sangat berguna untuk anda
yang merancang dan mula berjinak dengan pelaburan hartanah. Namun ia tidak
sesuai jika anda beli untuk dijadikan tempat tinggal utama. Kerana ia tiada
alasan kecuali melibatkan perasaan dan anda belum pernah memiliki rumah sebelum
ini.
Panduan
1: Jalan Raya
Lokasi
yang stategik menjadi faktor pilihan orang ramai pencari hartanah. Ini kerana
ia memberi kemudahan kepada setiap pembeli untuk bergerak kemana-mana tanpa
perlu risau tentang kesesakan lalu lintas dan kesibukan kota. Terutama waktu
kemuncak iaitu waktu pagi dan petang apabila semua orang berpusu-pusu untuk
pergi dan balik kerja. Justeru, kawasan yang ada beberapa pilihan untuk ke
semua ‘hotsport’ sangat-sangat dihargai. Saya rasa Puchong adalah contoh lokasi
terbaik kerana ia ada Lebuhraya Bukit Jalil untuk ke Kuala Lumpur, Lebuhraya
KL-Putrajaya untuk ke Putrajaya/ Cyberjaya, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
untuk ke Petaling Jaya, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) untuk ke Kajang
& Lebuhraya Shah Alam (KESAS) untuk ke Subang Jaya/ Shah Alam. Jadi, liputan
untuk Puchong luas membolehkan ramai orang duduk di situ.
Panduan
2: Kemudahan
Lokasi
yang berdekatan dengan kemudahan awam seperti sekolah, pasaraya, hospital dan
klinik kesihatan, balai polis, bank, bengkel kereta, stesen LRT, lapangan
terbang, stesen bas, kedai-kedai makanan dan sebagainya menjadi faktor pilihan
pada ramai pembeli. Disebabkan itulah nilai rumah di Bandar Utama dan Mutiara
Damansara naik memuncak, disebabkan wujudnya One Utama & The Curve disana.
Bergantung kepada pasaran anda, kemudahan sekolah, hospital, tadika atau pusat
sukan pasti berbeza. Sekiranya anda berkemampuan dan tergolong dalam golongan
yang berada semestinya International School menjadi pilihan anda. Tadika pun
‘high-class’. Tapi kalau pasaran biasa-biasa sahaja, sekolah kerajaan pun sudah
memadai. Cuba cari juga sekolah agama sebab ia semakin pupus dimamah pusat
membeli – belah. Lagi satu, HIJAU juga penting.
Walaupun
ramai yang gemar duduk di KL, tapi saya percaya masih ada juga yang lebih
mementingkan unsur-unsur kehijauan. Sebab itu taman di KLCC meriah bila hujung
minggu dan selepas waktu pejabat. Anda mendapat kelebihan kalau belakang rumah
anda ada taman. Lebih bonus sekiranya depan rumah itu mengadap taman, tasik
atau hutan simpan. Ia memang suasana yg menakjubkan dan dapat memberi
ketenangan setelah penat seharian berkerja. Dari segi kemudahan pengankutan
pula, ia banyak mendorong kepada pembangunan di sesebuah kawasan itu.
Pengangkutan awam yang paling popular pada masa kini seperti PUTRA, STAR atau
KOMUTER. Semua orang terlalu HYPE dengan keretapi ini. Secara tidak langsung
nilai hartanah sekitarnya naik tak tentu hala. Ramai pembeli mahukan rumah
berdekatan dengan LRT bagi memudahkan mereka bergerak. Jangan lupa juga bas
terutamanya jika anda target golongan berpendapatan rendah.
Panduan
3: Pusat komersial
Jenis-jenis
perniagaan di sesuatu kawasan juga mencerminkan masyarakat atau kejiranan
sesuatu kawasan. Sekiranya kedai-kedai dikawasan itu seperti tidak berapa maju,
ini menunjukkan penduduk di kawasan itu penduduknya kurang berbelanja atau
penduduk tergolong dalam golongan yang berpendapatan rendah. Sekiranya McD atau
KFC, wujud dikawasan tersebut itu petanda jumlah population yang dah sampai ke
tahap pembangunan yang memberangsangkan. Tapi kalau ada kopitiam tu maknanya
kawasan tu memiliki kadar pembelian yang baik. Dan kalau ada Dome atau
Starbucks, tu lebih bagus. Perumahan yang memiliki penduduk dengan daya membeli
yang tinggi berpotensi untuk naik nilainya dengan kadar yang sangat cepat. Ini
kerana mengaliran wang yang berlaku dikawasan tersebut sangat cepat dan pantas.
Seiring dengan kemajuan dan pembangunan. Nilainya secara langsung akan
meningkat.
Panduan
4: Pemaju
Percaya
atau tidak, rekod kerja pemaju dalam pembinaan projek-projek hartanah menjadi
kayu ukur nilai hartanah itu tinggi atau tidak pada masa hadapan. Nama-nama
seperti UM Land, I&P, SP Setia dan IJM memang diakui mempunyai ‘class’
tersendiri dalam mana-mana projek perumahan. Kebiasaannya hartanah-hartanah
daripada pemaju kelas A sedikit tinggi berbanding yang lain, namun mutu dan
kualiti projeknya amatlah memuaskan. Hal ini tidak bermakna pemaju-pemaju yang
kurang ‘terkenal’ ini tidak mampu membina rumah-rumah yang bagus. Masih lagi
bagus! Cuma nama mereka kurang menyerlah. Contohnya, syarikat Sime Darby. Ia
subuah syarikat yang besar dan terkenal. Pasti pembeli akan sangat teruja dan
yakin yang projek ini akan menaikkan nilai kawasan itu tapi tak semua projek
mereka berhasil. Ada jugak banyak projek Sime Darby di Johor yang nilainya tak
naik langsung. Malah makin turun. Jadi jangan la beli rumah itu semata-mata
kerana pemaju dan harapkan nilainya akan naik. Tapi masih boleh dibeli untuk
dijadikan tempat tinggal atau disewakan sahaja.
Panduan
5: Elakkan kawasan terpencil
Kawasan
terpencil boleh dikatakan seperti hujung kampung. Tempat-tempat hujung ni susah
sikit nak ada permintaan. Boleh jugak naik, tapi perlu ambil masa yang lama
sebab tidak ada pemangkin kemajuan itu. Namun keadaan boleh berubah. Contohnya
seperti di Taman Tun Dr Ismail pun dahulunya hujung KL. disebabkan harganya
lebih murah berbanding Bangsar waktu itu, jadi ramai jugak pekerja kerajaan
yang beli rumah dikawasan tersebut dan akhirnya sekarang ia menjadi PJ golden
triangle. Sesuatu yang membanggakan dan membangun. Tapi ingat, ia bukan
mengambil masa yang sekejap, sekurang-kurangnya 10 tahun baru kita dapat lihat
kemajuan dan pembangunan itu. Jadi kalau nak melabur dalam hartanah sebegini,
anda mesti berani ambik risiko.
Kesimpulannya,
hartanah adalah sumber terbesar dimana ia memberi kebaikan dalam aliran tunai
anda setiap bulan. Harga hartanah berpotensi untuk naik. Ia seperti aliran wang
itu gaji dan harga rumah naik itu sebuah bonus. Ia memang berbaloi sekiranya
anda merancang untuk pencen awal. Setiap hari kerja kutip wang sewa sahaja
selepas pencen. Ia betul-betul menguntungkan,betul tak?
0 ulasan:
Catat Ulasan