Ads 468x60px

Labels

Selasa, 10 Julai 2012

Apa Itu Pelaburan Hartanah


Hasil dari pelaburan hartanah boleh menjana pendapatan pasif, apa yang saya suka tentang hartanah adalah kelebihan "leverage" yang terdapat pada hartanah tersebut. Kita boleh mengawal harta yang bernilai berjuta ringgit tanpa perlu mengeluarkan modal atau dengan hanya menggunakan modal yang kecil. Bukan setakat itu sahaja, malah ini adalah merupakan satu pelaburan yang mudah sehingga pihak institusi kewangan memberikan kita wang beratus ribu malahan berjuta ringgit sebagai modal, tiada bentuk pelaburan lain yang
membolehkan kita mendapat sokongan mudah dari institusi kewangan kecuali hartanah. Tiada pihak akan memberikan kita wang untuk melabur ke pasaran saham atau ke pasaran modal. Tapi mereka dengan mudah memberikan kita wang untuk melabur ke dalam hartanah. terdapat dua jenis pendapatan pasif dari hartanah. Pertama adalah aliran tunai hasil dari sewaan dan kedua adalah penambahan modal hasil dari peningkatan ekuti didalam hartanah tersebut. selain daripada itu, hartanah yang tidak mempunyai hutang boleh dijadikan cagaran untuk menghasilkan lebih banyak pelaburan hartanah lain.

Anda juga boleh mendapatkan lebih maklumat berkenaan dengan pelaburan hartanah dari buku, menghadiri seminar atau menyertai forum berkenaan dengan hartanah. Ini adalah antara bentuk pelaburan yang boleh dipelajari dan mudah untuk dilakukan oleh anda sendiri tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar. Apa yang diperlukan hanyalah Ilmu, semangat dan kesabaran

0 ulasan:

Catat Ulasan