Bagaimana anda ingin membeli
rumah jika tidak mempunyai modal atau wang pendahuluan?
Sebenarnya rata-rata kita rakyat Malaysia tahu yang hartanah merupakan
satu pelaburan yang sangat menguntungkan. Namun kebanyakan kita tahu untuk
membeli rumah mesti ada modal. Kadang-kadang modal yang diperlukan sangat
tinggi bergantung kepada harga rumah yang mahu dibeli. Ramai di kalangan kita
yang hanya sanggup menyewa sehingga 10 hingga 15 tahun. Membeli rumah tanpa
modal ini bermaksud anda tidak perlu membayar wang pendahuluan atau wang muka
yang tinggi.
Dua teknik yang cukup
berkesan untuk anda beli rumah tanpa modal.
1 – Rumah Diskaun 10%
Anda mesti mencari rumah yang memberi diskaun sebanyak 10%. Apabila anda
berjaya memperolehi diskaun 10% pada harga rumah baru, anda boleh membuat permohonan
pembiayaan rumah sebanyak 90%. Mengikut peraturan Bank Negara, pembelian rumah
pertama dan rumah kedua layak untuk anda memohon dan memperolehi 90% pembiayaan
atau pinjaman rumah.
2 – Beli Rumah Terpakai
Tanpa Bayar Wang
Teknik yang kedua ini
memerlukan usaha yang lebih. Anda perlu membuat perbincangan dengan pemilik
rumah terpakai. Perbincangan anda mesti tertumpu kepada bagaimana anda boleh
membeli rumah tersebut dengan mendapat kelulusan bank 100%. Pada hakikatnya
pihak bank hanya mampu memberikan anda 90% pinjaman. Tetapi disebabkan
perbincangan anda dengan pemilik berjaya, maka seakan-akan anda membeli rumah
dengan pembiayaan 100%.
Jika ini berlaku, anda
telah menjalankan pembelian rumah dengan tanpa modal.
0 ulasan:
Catat Ulasan