Sebenarnya untuk membeli hartanah bukanlah susah.
Tetapi untuk mengelakkan kesilapan yang tidak sepatutnya itulah yang memerlukan
pengetahuan. Ramai di kalangan mereka telah gagal di dalam pelaburan hartanah.
Bukannya mereka tidak tahu bagaimana proses membeli rumah, tetapi majoriti
mereka gagal kerana tidak tahu kaedah melabur didalam hartanah yang sebenarnya.
Sehubungan dengan itu, ramai mereka yang lain takut menceburi bidang ini,
terutama di kalangan orang Melayu.
Mendaki Tangga Pertama
Sebelum membuat sebarang pelaburan, elakkan diri daripada membeli rumah:
1) Harga yang rendah
2) Lokasi yang tidak strategik langsung
3) Networth dan bukannya cashflow positive.
4) Tidak tahu faktor pemangkin kepada pertumbuhan modal hartanah yang dibeli
5) Mendapat khidmat nasihat dari mereka yang BUKAN PELABUR.
Banyak lagi faktor lain yang mempengaruhi
kegagalan ini. Semua orang yang mencuba akan berhadapan dengan kegagalan.
Kegagalan adalah satu proses pembelajaran dan pendidikan. Namun prinsip asas untuk menjadi pelabur yang
berjaya ialah melabur untuk diri sendiri dulu. Ramai diantara kita tidak mahu
melabur untuk diri sendiri. Pengalaman ini cukup penting untuk kita mendaki
kejayaan ke tangga yang seterusnya.
Kumpul
Aset Dalam Usia Muda
Ramai di kalangan para graduan yang baru keluar
dari universiti. Mereka mengikuti trend yang sudah dicipta sejak sekian lama. Tunggu
kerja datang menjemput. Tunggu majikan panggil baru nak mula kerja. Lebih baik
menganggur daripada buat kerja sendiri. Bila dah kerja pula, majoriti mereka memilih
untuk memiliki kereta terlebih dahulu dengan pelbagai alasan. Akhirnya apabila
mereka sedar bahawa mengumpul aset dan mencapai status bebas kewangan dalam
usia muda amatlah penting demi masa depan yang lebih baik, keadaan sudah tidak
sebaik dulu. Kenapa? Kerana mereka kini dihimpit oleh liabiliti yang tidak
sepatutnya. Seperti hutang kereta dan kad kredit, rumah dan lain-lain.
Oleh itu amatlah perlu untuk kita mempunyai
perancangan kewangan yang bagus dan menjamin masa depan kita sekeluarga.
Pelaburan didalam hartanah sebenarnya merupakan satu instrument yang amat baik
dan dikala ini amat kurang masyarakat melayu yang melabur didalam hartanah.
Majoritinya hanya membeli rumah untuk duduk sendiri sahaja.
0 ulasan:
Catat Ulasan