Pembiayaan Semula atau lebih dikenali sebagai ‘refinancing‘, merupakan salah satu cara pelabur hartanah mendapatkan modal untuk meneruskan pembelian hartanah berikutnya. Tetapi masih ramai yang kurang pasti tentang keperluan pembiayaan semula ini. Terdapat 6 Faktor Perlu Pembiayaan Semula (Refinancing)
1. Tujuan Pembiayaan Semula
Ini merupakan faktor terpenting yang
perlu diambil kira sebelum keputusan pembiayaan semula dibuat. Pastikan anda
mendapat keuntungan daripada proses ini sama ada menerusi lebihan wang yang
diperoleh, mahu pun daripada pengurangan installment bulanan yang bakal
dikenakan.
2. Nilai Semasa (Current Market
Value) yang Tinggi
Sekiranya anda menginginkan lebihan
wang diterima daripada proses pembiayaan semula ini, pastikan rumah anda
mempunyai nilai semasa yang tinggi. Kerana hanya dengan cara ini akan
memungkinkan anda memperoleh lebihan wang yang anda ingini.
Walau bagaimanapun,sekiranya anda
hanya inginkan installment bulanan yang rendah daripada proses ini, maka
faktor berikut menjadi faktor yang agak penting untuk diambil kira.
Kadar Keuntungan (Interest Rate)
yang Rendah
Tiada
gunanya jika anda membiayai semula rumah anda pada kadar keuntungan yang lebih
tinggi, melainkan janaan lebihan wang yang bakal anda peroleh mampu untuk
membayar installment pada kadar tinggi tersebut. Apa pun adalah lebih
baik sekiranya anda hanya membuat pembiayaan semula, sekiranya kadar
keuntungan berada dalam keadaan yang lebih rendah daripada pinjaman yang
sebelumnya.
Kerana selain daripada installment
yang rendah, anda juga dapat menjimatkan jumlah ‘bunga’ yang bakal
dikenakan ke atas anda.
3. Aliran Tunai Positif
Faktor
ini sebenarnya berkait rapat dengan interest rate di atas. Sekiranya
pembiayaan semula dilakukan, adalah perlu untuk anda melihat letak duduknya
aliran tunai anda. Sebarang kenaikan dari segi installment bulanan
hendaklah mampu ditampung oleh anda, sama ada dari wang poket sendiri mahu pun
keuntungan hasil dari lebihan wang yang anda peroleh dari pembiayaan semula
ini.
Pastikan
yang aliran tunai anda tidak akan terganggung dengan pertambahan jumlah installment
bulanan tersebut. Kerana apa guna anda membiayai semula rumah anda sekiranya
ianya bakal menyesakkan cashflow bulanan anda.
4. Rekod Pembayaran Lampau
Lupakanlah sahaja hasrat anda untuk
membuat pembiayaan semula sekiranya rekod pembayaran bulanan anda tidak ‘secantik’
yang bank harapkan.
‘Cantik’
di sini bermaksud pembayaran bulanan yang tidak pernah tertunggak yang bakal
memudahkan pembiayaan semula anda ini diluluskan.
5. Kos Pembiayaan Semula
Ramai melupakan faktor ini kerana
masing-masing sudah memikirkan lebihan wang yang bakal diperoleh. Bagi mereka
yang kos guaman dan yuran penilaiannya (valuation fee) ditanggung oleh
pihak bank, mereka boleh menarik nafas lega.
Tetapi bagi bank yang tidak
menyediakan pakej sedemikian, maka anda perlu mula memikirkan jumlah yang perlu
dibayar sebelum lebihan tersebut anda peroleh.
0 ulasan:
Catat Ulasan