Ads 468x60px

Labels

Khamis, 5 Januari 2012

Fatwa Pengambilan Tanah Wakaf Di Negeri Kelantan

Soalan:
Satu kertas mengenai perkara yang tersebut diatas dibentang dalam mesyuarat untuk mendapat keputusan fatwa. Menurut kertas tersebut, amalan pengambilan balik tanah rakyat oleh kerajaan adalah merupakan suatu perkara biasa untuk tujuan tertentu menurut kuasa yang diberikan oleh (Akta Pengambilan Tanah 1960)

Jawapan:
Mesyuarat telah membincang masalah tersebut dan bersetuju memfatwakan sebagaimana berikut:-
(1) Bahawa pengambilan tanah rakyat oleh kerajaan untuk perlaksanaan rancangan-rancangan kerajaan yang mempunyai maslahat umum adalah harus.
(2) Adapun pengambilan tanah rakyat oleh kerajaan untuk perseorangan atau untuk projek yang tertentu maka hukumnya adalah sebagaimana berikut:-
- hukumnya harus jika dipersetujui oleh pemilik tanah berkenaan.
- Jika ianya tidak dipersetujui oleh pemilik tanah tersebut dan tiada apa-apa maslahat umum padanya, maka hukumnya tidak harus.
- Jika pengambilan tanah itu pada pandangan kerajaan sangat mendatangkan kebaikan kepada umum dan tiada pilihan lain bagi menggantikannya maka hukumnya harus sekalipun tanpa persetujuan dari pemiliknya.
(3) Sebarang pengambilan balik tanah tersebut dengan syarat hendaklah diberi suatu pampasan yang adil kepada pemiliknya.
(4) Keputusan itu bersandarkan kepada nas-nas berikut:-

(1) Hadis Rasulullah (s.a.w) yang berbunyi:-
(لا يحل مال امرئ مسلم إلا عن طيب نفس)
Maksudnya: tidak halal harta seseorang Islam melainkan dengan persetujuan tuannya.
(لا ضرر ولا ضرار)
Maksudnya: tiada memudaratkan tiada dimudaratkan.
(2) Kaedah syar’I yang berbunyi: tasrif الأمام على الرعية منوط بالمصلحة (sebarang tindakan yang dibuat oleh pemerintah ke atas rakyat adalah ditilik kepada maslahat umum. Dalil bagi kaedah tersebut ialah berdasarkan hadis (منزلة الأمام من الرعية منزلة الولي من اليتيم) kedudukan pemerintah bagi rakyat sama seperti kedudukan wali atau pengurus terhadap anak yatim.

Negara asal : Malaysia
Negeri : Kelantan
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan
Sumber: http://infad.kuim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=4304 20 januari 2007
Tarikh Diisu : 1994

0 ulasan:

Catat Ulasan