Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-77 yang bersidang pada 10 - 12 April 2007 telah membincangkan Hukum Berkaitan Pembangunan Tanah Wakaf Di Bawah Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9). Muzakarah telah memutuskan bahawa:
- Status Bangunan yang Telah Siap Dibina Di Atas Tanah Wakaf
- Bangunan yang telah siap dibina di atas tanah wakaf tidak menjadi wakaf secara automatik. Sekiranya pihak JWZH ingin mewakafkannya, ia tidak menjadi halangan.
- Bangunan tersebut perlu didaftarkan sebagai harta wakaf yang baru dan perlu memenuhi rukun-rukun wakaf dan enakmen negeri-negeri.
- Pembangunan Menggunakan Dana Program Pembangunan Harta Wakaf RMK 9 Di Atas Tanah Baitulmal Milik MAIN
- Tanah baitulmal milik MAIN dan bangunan yang dibina di atas tanah tersebut yang menggunakan dana program pembangunan Harta Wakaf RMK 9 boleh didaftarkan sebagai harta wakaf.
- Untuk memenuhi dan mematuhi peraturan syariah, JWZH hendaklah merujuk kepada syarat-syarat wakaf yang sedia ada.
- Pemajakan Tanah Wakaf Kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan
- Tanah wakaf boleh dipajak tetapi tidak boleh dijual.
- Penjualan Pajakan Unit Kedai/Kediaman/Ruang Pejabat Yang Telah Dibangunkan Di atas Tanah Wakaf
- Unit-unit kediaman atau kedai yang dibina di atas tanah wakaf boleh dipajak kepada individu bagi tempoh jangka panjang.
- Syarat dan kaedah yang perlu dipatuhi supaya menepati keperluan syarak adalah berdasarkan Akad Pajakan (sewaan).
- Status Kerajaan Persekutuan Dalam Pembangunan Tanah Wakaf
- Kerajaan Persekutuan boleh dianggap sebagai pewakaf dengan syarat peruntukan yang disediakan untuk membangunkan tanah wakaf diniat untuk wakaf.
- Sebagai pewakaf, kerajaan berhak menentukan syarat-syarat harta yang diwakafkan. Sungguhpun begitu, perlantikan nazir tidak dibenarkan kerana bercanggah dengan Enakmen sedia ada.
- Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JWZH) Sebagai Pemegang Amanah Dana Program Pembangunan Harta Wakaf RMK 9
- JWZH boleh menjadi pemegang amanah dana Program Pembangunan Harta Wakaf RMK 9 melalui entiti wakaf kebangsaan yang akan ditubuhkan menerusi usahasama ekonomi dengan MAIN dengan syarat mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak di antara MAIN dan JWZH.
- Pemegang Amanah Tunggal Wakaf
- Isu MAIN sebagai pemegang amanah tunggal wakaf bukan merupakan isu syariah sebaliknya isu dasar yang melibatkan pentadbiran.
- Wakaf Wang Tunai
- Berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan di dalam Islam.
- Pengecualian atau Remitan Cukai Tanah Terhadap Harta Wakaf.
- Harta wakaf wajar mendapat pengecualian daripada cukai.
0 ulasan:
Catat Ulasan