Ads 468x60px

Labels

Ahad, 1 Januari 2012

Penggunaan Masjid Wakaf


Dr. Hj Ismail bin Omar Abdul Aziz, Mufti Kerajaan Brunei, telah ditanya beberapa soalan:
  1. Dalam kawasan masjid Sengkurong terdapat sebuah bangunan yang didirikan berdekatan dengan masjid tersebut. Bangunan tersebut digunakan sebagai tempat jamuan selepas majlis tadarus al-Quran. Bolehkah bangunan itu digunakan sebagai tempat belajar agama untuk kanak-kanak belajar sebagaimana sekolah agama
  2. Penduduk sebuah kampong memerlukan tempat untuk kanak-kanak belajar. Ini berikutan ketiadaan tempat pengajian kerana bangunan sekolah Melayu yang biasa digunakan tidak ada yang kosong lagi. Terdapat satu cadangan untuk mendirikan bangunan di dalam kawasan masjid untuk tujuan tersebut.



Jawapan:
  • Jika bangunan itu tidak dinamakan masjid, maka ia bukan masjid sekalipun ia diwakafkan untuk maslahat masjid. Sebaliknya jika bangunan itu diwakafkan bagi maslahat masjid, kemudian ia hendak dijadikan sebagai sekolah yang mempunyai bilik-bilik darjah, bangku, meja dan lain-lain. Maka sudah tentu ia mengubah tujuan bagi mendirikan bangunan itu kerana sesuatu wakaf hendaklah mengikut syarat-syarat yang dikenakan oleh pewakaf.
  • Jika bangunan itu untuk maslahat masjid dan bukan ia diwakafkan, maka ia hendaklah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada orang yang menderna untuk menukar tujuan daripada maslahat masjid kepada tujuan sekolah. Namun belajar mengaji al-Quran dan ilmu agama dalam bangunan itu adalah harus sekiranya tidak mengganggu pihak lain dengan kedudukan dan susun atur. Sesuatu yang didermakan itu hendaklah digunakan sebagai niat penderma
  • Syarat-syarat pewakaf hendaklah dipatuhi dan masjid, atau bangunan bolehlah digunakan sebagai tempat mengaji dan mengajar. Jika tanah itu adalah wakaf masjid, maka tanah itu adalah tanah masjid, sekalipun tidak ada bangunan masjid di atasnya. Ia tidak boleh dibina selain daripada masjid. Jika tanah itu wakaf bagi masjid dan maslahat masjid pada masa yang sama, maka tidak boleh didirikan sekolah di atas tanah masjid. Ini kerana sekolaj bukan masjid dan bukan juga maslahat masjid.
  • Jika tanah itu bukan tanah wakaf dan tanah itu digunakan untuk masjid dan maslahat masjid, maka tidak boleh didirikan sekolah di atas tanah tersebut. Ini kerana sekolah bukan termasuk maslahat masjid. Ia tidak ada mempunyai kaitan dan hubungan dengan bangunan masjid, atau tidak ada hubungan dengan memakmur masjid (siri Fatwa 44/75).
  • Jika dilihat kepada pendapat-pendapat ulamak di atas, maka tidak harus membina selain apa yang dimaksudkan oleh pewakaf. Contohnya membina bangunan lain seperti ditingkat bawah ialah surau, manakala di tingkat atas dijadikan ruang-ruang kedai, pejabat dan tempat tinggal. Ini kerana tingkat mana sekalipun yang digunakan bagi tujuan lain selain tujuan dan maslahat untuk surau, ia masih tetap terkandung dan terletak di atas tanah wakaf (tapak bagi surau), kecuali jika terkandung di dalam syarat yang dikenakan oleh pewakaf itu sendiri

0 ulasan:

Catat Ulasan