Ads 468x60px

Labels

Sabtu, 7 Januari 2012

Fatwa Pengambilan Semula Tanah Wakaf di Negeri Perak


1. LATAR BELAKANG.
1.1 Kerajaan Negeri Perak, dari masa ke semasa telah dan akan mengurniakan tanah kepada Majlis Agama Islam Perak bagi tujuan-tujuan pembinaan masjid, surau, tapak perkuburan, sekolah agama rakyat dan lain-lain tujuan pembangunan Islam.
1.2 Kadangkala timbul masalah apabila tanah-tanah tersebut mahu dimajukan dengan melibatkan pengambilan semula oleh kerajaan dan projek-projek pembangunan yang lain.
1.3 Satu keputusan fatwa perlu di adakan dengan jelas terhadap isu tersebut agar penggunaannya tidak menyalahi hokum-hukum waqaf dalam Islam jika sekiranya status tanah tersebut adalah tanah waqaf.
1.4 Jawatankuasa Syariah Negeri Perak telah bermesyuarat pada 3 Zulqaedah 1422 bersamaan 17 Januari 2002 kali ke 154 telah membincang meneliti dan membahas perkara berkenaan.
1.5 Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh ahli-ahli mesyuarat seperti berikut:

2. KEPUTUSAN JAWATANKUASA SYARIAH.
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak kali ke 154 yang bersidang pada hari ini 3 Zul qaedah 1422 bersamaan 17 Januari 2002 bersetuju bahawa tanahtanah pemberian kerajaan untuk tujuan rumah ibadat orang Islam, masjid, surau dan tanah perquburan adalah dikira waqaf manakala tanah-tanah pemberian kerajaan untuk tujuan pembangunan adalah dikira sebagai harta baitul mal.

3. DALIL DAN HUJJAH
3.1 Dipetik dari kitabAsna al-Matholib Syarh Raudhi al-Tholib, (أسنى المطالب شرح روض الطالب ) karangan al-Qadhi Abi Yahya Zakaria al-Ansori al-Syafie, jilid ke-5;
Syarat bagi orang yang mewaqafkan adalah ahliyah at-Tabrru' maka sah waqaf dari orang kafir untuk tujuan pembinaan masjid walaupun bukan atas tujuan taqarrub kepada Allah begitu juga sah waqaf dari hamba mub'idh bukan hamba mukatab , begitu juga tidak sah waqaf dari seorang muftis dan juga waqaf seorang yang masih dijagai hartanya oleh walinya dan waqafnya diuruskan oleh walinya Seorang Pemerintah sah waqafnya dari baitul mal untuk pihak-pihak tertentu pendapat ini seperti yang difatwakan oleh Ibnu Solah dan Imam An Nawawi.
3.2 Dipetik dari kitab (الفقه المنهجي على مذهب الإمام الشافعي)al-Fiqh al-Manhaji 'Ala Mazhab al-Imam as-Syafie, juzuk ke-5, m/s 17 - Bab Waqf Imam al-Muslimin wa Khalifatuhum min Bait al-Mal (وقف إمام المسلمين وخليفتهم من بيت مال المسلمين )

0 ulasan:

Catat Ulasan