Ads 468x60px

Labels

Jumaat, 6 Januari 2012

Fatwa Pengambilan Tanah Di Melaka


Fatwa bayaran pampasan bagi pengambilan tanah wakaf
Rujukan pewartaan 2 Feb. 1995. No.54
Pada menjalankan kuasa-kuasa yang yang telah diberikan oleh seksyen 30 (1) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Melaka) 1991, Mufti Negeri Melaka bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah membuat fatwa yang berikut:
A)Bahawa menurut hukum syarak tanah-tanah wakaf tidak boleh dijual beli, tidak boleh diberikan kepada sesiapa dan tidak boleh dipindah milik. Demikianlah sebagaimana yang berlaku pada wakaf sayyidina Umar al-Khattab r.a. tanahnya di Khaibar, yang mana menjadi wakaf yang pertama dalam Islam
B)Bahawa menurut seksyen 37, Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Melaka) 1991, tanah-tanah wakaf di negeri Melaka ini terletak pada Majlis Agama Islam sebagai pemegang Amanah yang Tunggal
C)Oleh yang demikian, jika tanah wakaf diambil balik oleh pihak berkuasa negeri kerana apa jua sebab, maka pampasan wajiblah dibayar baginya dan wang pampasan itu hendaklah terletak hak dan dibayar kepada Majlis Agama Islam, supaya diganti tanah lain sebagai mengekalkan wakaf dan menunaikan kehendak yang berwakaf

0 ulasan:

Catat Ulasan