Ads 468x60px

Labels

Rabu, 29 Jun 2011

Hukum Mendirikan Madrasah di Atas Tanah Kubur


HUKUM MENDIRIKAN MADRASAH DI ATAS TANAH KUBUR

Tanah wakaf bagi masjid yang telah runtuh lebih kurang sudah 5 @ 6 tahun manakala runtuh masjid itu ahli-ahli qaryah itu mendirikan Jumaat di tempat yang lain di surau atau di madrasah, begitulah halnya.

Kemudian masa sekarang ahli-ahli qaryah yang dekat dengan tempat tanah wakaf masjid itu hendak didirikan pula sebuah madrasah di tempat tapak itu atau kawasan tanah wakaf masjid itu kerana tempat budak-budak belajar walhal niat si wakaf (orang yang berwakaf) tidak diketahui, adakah harus berbuat demikian atau pun tidak?
Jawapan:

Berkata dalam بغية المسترشدين didalam hukum mendirikan bangunan di tapak sebuah masjid yang kena roboh seperti di bawah ini.
وأن يكون

السعاد صورة كمسجد بأن يطلق عليه اسمه لا نحو رباط أذ يمنع تغيير الوقف بما يغيره بالكلية من اسمه الذي كان عليه حال الوقفز

Ertinya: Bahawa hendaklah bangunan yang baharu itu berupa gambar masjid dengan bahawa boleh dinamakan di atasnya dengan namanya (masjid) dengan tiada bercantum apa-apa, tidak seperti rupa ribat kerana tiada boleh dan tiada sah mengubahkan perdirian wakaf dengan lain-lain rupa yang menukarkan dia sama sekali daripada namanya (masjid) yang ada tersedia padanya ketika diwakafkan.

Tentang pertanyaan tuan: Niat si wakaf tidak diketahui, berkata dalam

بغية المسترشدين.ولو رأينا صورة مسجد ولم ندر من بانيه وهل هو موت أو ملك
وهل تلفظ عامر بوفقه أم لا ثبت له أحكامه أيضا سواء استقاض بين الناس تسمية مسجدا أم لا. وقال م.ر. (محمد الرملى) بشرط الاستفاضة. قال ع.ش. (على الشبراملسى) والاقرب كلام ابن حجر.

Ertinya: Jika kita nampak suatu bangunan berupa masjid pada hal kita tidak tahu siapa yang membangunnya dan adakah tapaknya itu muat (tanah mati) atau pun milik orang dan adakah telah berlafaz yang membinanya mewakafkan dia (diketahui umum) antara manusia menamakan dia masjid atau tidak. Berkata م.ر (محمد الرملى) dengan syarat ada istifadah berkata ع.ش. (على الشبراملسى) yang lebih hampir keputusan Ibnu Hajr (tidak disyaratkan istifadah).

0 ulasan:

Catat Ulasan