Ads 468x60px

Labels

Isnin, 27 Jun 2011

Kubur di Tanah Wakaf Masjid

Seorang telah mewakafkan tanahnya khas kerana masjid dan kemudian daripada itu telah didapati seorang lain pula menanamkan mayat bapanya di atas tanah itu dengan tidak pula diketahui oleh nazir wakaf itu. Maka sekarang hendak dibangunkan masjid di atas tanah itu dari kerana itu nazir wakaf meminta supaya dipindahkan mayat itu ke tempat lain oleh sebab kubur itu terkena betul pada tanah tapak masjid itu. 

Yang demikian di pohon petuanya apa hukum menanam mayat di atas tanah wakaf yang tersebut itu adakah boleh dipindahkan mayat itu ke tempat lain atau tidak kerana tempat itu hendak dibangunkan masjid sekarang adanya. 

Jawapan:

Wajib atas waris mayat itu membongkar dan memindahkannya dan jika tidak ada waris, wajib atas kerajaan membongkar dan memindahkannya ke tempat perkuburan lain, kerana menanamnya di dalam tanah wakaf kerana masjid itu ceroboh wajib menghapuskannya dengan serta merta. والله أعلم.

Negara asal : Malaysia
Negeri : Johor
Badan yang mengisu fatwa : Mufti Kerajaan Johor
Penulis/Ulama : Dato’ Said Alwe TahirAl-Hadad
Tarikh Diisu : 1936-1961

0 ulasan:

Catat Ulasan