Ads 468x60px

Labels

Selasa, 28 Jun 2011

Fatwa Siri 3

ISU-ISU HARTA-HARTA WAKAF (BAITULMAL)

  1. Achong, Ahmad, Ramasami, tiap-tiap seorang ada seekor anak kerbau, maka diserahkan menjaganya kepada seorang kuli, 2 tahun kemudian maka datanglah mereka itu hendak mengambil kerbau-kerbaunya tetapi pada masa itu tiada seorang pun daripada mereka itu yang kenal akan kerbau masing-masing. Adakah kerbau itu jadi milik Baitul Mal?
  2. Abdullah telah bertukar dengan tak sengaja basikalnya yang separuh umur dengan sebuah basikal baru kemudian diisytiharkannya perkara itu dan tiada siapa yang mengaku hingga beberapa bulan adakah basikal baru itu dipunyai atau diserahkan kepada Baitul Mal?
  3. Zaid dan Umar bersempadan kebun kelapanya, buah kelapanya yang gugur bercampur tidak dapat dikenali dan dibezakan dan keduanya tidak mahu beredhaan, adakah kelapa itu diserahkan kepada Baitul Mal?
Jawapan:
  1. Masalah itu hartanya ada dan tuan punyanya pun ada, dan kedua-duanya diketahui, bagaimana pula boleh jadi harta itu milik Baitul Mal. Mudah-mudahan bagi penyoal memahami perkataan dan mengetahui maksudnya, tiada berkata seseorang daripada mereka (ulamak), bahawa harta yang ada ainnya dan ada tuannya yang diketahui boleh jadi hak Baitul Mal, dan masalah yang telah saya petuakan dengannya telah saya sebutkan nas-nas ulamak tetapi tidak difahami akan dia oleh kebanyakan orang-orang (awam) yang mengaku berilmu, hanya masalah itu pada harta yang ada dan tidak diketahui tuannya yang punya bahkan putus asa dari mengetahuinya pada adat, maka harta itu kembali kepada maslahat kaum muslimin dinamakan dengan Baitul Mal dan bukan dimaksudkan oleh ulamak dengan erti Baitul Mal itu sebuah tempat menyimpan harta-harta bagi maslahat kaum mualimin, tetapi maksud mereka dengan yang demikian itu matlamat yakni tempat yang hendak digunakan padanya. Maka apabila dikata orang Baitul Mal untuk muslimin. Maka maknanya semua maslahat dan manfaat bagi orang Islam.
  • Adapun masalah kerbau yang tersebut pada soal tuan maka hukumnya bahawa membawakan salah seorang daripada kedua lelaki itu perkaranya kepada kadi dan menuntut pada kerbau yang kuat sangkanya hak mereka dan bersumpah ia dengannya dan bolehlah dia memiliki kerbau itu jadilah kerbau yang lagi satu itu milik yang seorang lagi.
  • Demikian jugalah hukumnya pada soalan nombor 2 dan 3.
Negara asal : Malaysia
Negeri : Johor
Badan yang mengisu fatwa : Mufti Kerajaan Johor
Penulis/Ulama : Dato’ Said Alwe TahirAl-Hadad
Tarikh Diisu : 1936-1961

0 ulasan:

Catat Ulasan