Ads 468x60px

Labels

Isnin, 5 Mac 2012

Berilmu Sebelum Beribadah


Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari daripada ’Uqbah ibn ’Amir r.a:


Ertinya: Carilah ilmu sebelum lahir orang-orang yang suka
mempertikaikan nilai-nilai agama

(Hadis Riwayat Bukhari secara Ta’liq)

Ilmu agama adalah bersumberkan daripada al-Quran dan hadis nabi saw. Oleh itu kita perlu memahami al-Quran atau hadis sebagaimana cara para sahabat memahaminya. Begitu juga kita perlu mempunyai ilmu tentang ibadat ini sebagaimana berdasarkan kepada bagaimana cara yang diketahui oleh sahabat baginda. Hadis di atas menggambarkan perlu memahami ibadat yang dilakukan oleh nabi saw dan para sahabat dengan ilmu. Ramai di kalangan kita hari ini yang beramal sebelum mengetahuinya, atau belajar setelah sekian lama beramal.

Imam Malik: Mengabaikan Ilmu Tasawuf Adalah Fasiq



Ilmu Tasawuf ialah ilmu yang membicarakan tentang pembersihan dan penyucian hati untuk sampai ke tahap ihsan dalam melaksanakan ubudiyyah kepada Allah SWT. Ilmu tasawuf dapat menyembuh manusia daripada pelbagai penyakit batiniyyah dan mengembalikan manusia kepada landasan keikhlasan dan mencapai kesucian serta kesempurnaan yang asal (fitrah). Justeru, sasaran ilmu ini adalah untuk mentarbiyah insan agar memiliki peribadi dan budi pekerti atau akhlak yang mulia.[1]

Siri 1: Kenali Alim Ulamak: Tok Selehor


Tok Selehor adalah salah seorang dari ulama’ lima serangkai yang paling masyhur di kalangan rakyat Kelantan. Ulama’ lima serangkai tersebut terdiri dari Tok Selehor sendiri (1871-1935) yang berasal dari Tumpat, Tok Kenali (1868-1933) dari Kota Bharu, Tok Bachok (1860-1953) dari Bachok, Tok Jelapang (1861- 1934) dari Pasir Mas dan Tok Kemuning (1885-1934) dari Machang. Tok Selehor yang merupakan sahabat baik Tok Kenali terkenal kerana kealimannya dalam ilmu agama. Beliau menyebarkan ilmunya kepada para pelajar dengan membina pondok di Kampung Selehor. Kini kampung tersebut dikenali dengan nama Kampung Kok Pasir. Kehebatan yang dimiliki oleh Tok Selehor dalam penyampaian dakwahnya telah menarik minat masyarakat dari penduduk tempatan dan luar khususnya dari Patani, Kemboja, Palembang, Jawa, Siak dan seluruh Tanah Melayu untuk datang menuntut ilmu dengannya.

Jumaat, 2 Mac 2012

Hakikat Syukur Pada Allah

Persoalan yang selalu bermain difikiran kita apakah mata yang melihat atau hati yang melihat. Kita sering mengatakan adanya mata maka kita mampu melihat. Justeru, manakah yang terlebih penting antara mata dengan penglihatan. Sudah pasti penglihatan adalah terlebih penting. Manusia mampu mencipta mata namun manusia pasti tidak mampu mencipta pendengaran. Apalah gunanya mata yang cantik dan lentik tetapi tidak dapat melihat. Hakikatnya manusia tidak melihat sesuatu dengan mata, sebagaimana berfikirnya manusia bukan dengan akal. Orang yang melihat dengan mata dan berfikir dengan akal adalah golongan yang Ghafil (lalai). Sebab akal dan mata boleh bertindak diluar batas dan mengabuli kita. Maka hakikatnya orang yang melihat dengan mata hati berbeza dengan melihat dengan mata yang zahir. Jika mata hati seseorang dapat mengalahkan mata zahir, maka dirikan akan merasai betapa berharganya mata dan memahami tujuan Allah menciptakan mata. Dia akan dapat menikmati rahsia Keesaan Allah, mata hati akan memperlihatkan cahaya kebenaran.

Khamis, 1 Mac 2012

Dunia Oh Dunia...

Orang yang meletakkan dunia di tangan dan tidak di hati bererti dirinya telah bersedia untuk menuju Allah SWT. Dirinya berjaya meletakkan hati jauh dengan dunia sekalipun dia sering bergelumang dengan dunia. Namun dunia tidak mampu mempengaruhi hatinya. Sekiranya perasaan ini ada dalam diri kita, maka kita boleh meningkat dan menambahkan amal kepada Allah SWT. Apa jua yang dihadapinya di dunia pasti ibadah kepada Allah tidak dilupakan walaupun disibukkan oleh dunia, dikayakan oleh harta benda, disanjung dan dipuja oleh manusia. Apabila kita sampai kepada tahap ini, maka kita tidak lagi mengharapkan kepada ibadah dan amal soleh sebagai cita-cita, tetapi terlebih daripada itu hanya mengharapkan kurnia Allah dalam semua aspek kehidupan. Meskipun dilakukan ibadah dan amal soleh sebanyak mana sekalipun, ia tidak akan menyampai kepada cita-citanya.