Ads 468x60px

Labels

Selasa, 6 Disember 2011

Hijrah dan Jihad: Ke Arah Mencari Petunjuk & Agama Yang Benar

Pendahuluan

Menurut Ibn Taimiyah jihad pada hakikatnya ialah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang diredhai oleh Allah SWT dari keimanan, amal soleh dan menolak sesuatu yang dimurkai oleh Allah dari kekufuran, kefasikan dan kederhakaan. Firman Allah SWT:


“Dan orang-orang yang berusaha bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak Agama kami, Sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami (yang menjadikan mereka gembira serta peroleh keredhaan) dan Sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya”.



(Surah Al-Ankabut:69)

Nabi saw menamakan jihad sebagai kemuncak kepada binaan Islam (sanam al-Islam) kerana jihad melahirkan tenaga yang menggerakkan dakwah rohaniah. Roh atau semangat jihad ini akan muncul di hati sanubari manusia setelah mereka menyerah diri kepada Allah untuk dididik dan diasuh dengan hikmahNya

Empat Jenis Keutamaan Berjihad 

Sesetengah para ulamak menyatakan bahawa terdapat 4 medan untuk keutamaan jihad antaranya ialah berjihad supaya nafsu tunduk mencari petunjuk agama yang benar, berjihad supaya nafsu tunduk untuk beramal, berjihad supaya nafsu tunduk untuk menyebarkan dakwah dan berjihad supaya nafsu dapat bersabar menghadapi kesukaran menjalani dakwah kepada Allah dan segala rintangan yang dilakukan oleh musuh.

Jihad di dalam mencari petunjuk dan kebenaran agama yang benar adalah titik tolak kepada usaha jihad yang dapat menjauhkan diri kita daripada kesesatan dan penyelewengan. Jalan dan manhajnya telah ditentukan di dalam al-Quran dan hadis nabi saw. Dengan ilmu dapat menyedarkan mereka tentang keagungan Allah SWT, kelemahan makluk, kekuasaanNya, dan kejahilan hambaNya. Ilmulah yang memandu mereka kepada kebahagian dunia dan akhirat. Sebaliknya orang yang tidak berilmu akan merosakkan dirinya dengan mengikut jalan-jalan yang tidak diredhai oleh Allah SWT dan RasulNya.

Berjihad Untuk Tunduk dan Beramal

Berjihad dengan mengamalkan dan bergantung kuat dengan apa yang dipelajari akan membuahkan sifat taqwa. Seseorang yang hanya mengenali jalan tanpa melaluinya tidak membawa sebarang faedah kepadanya. Seorang penyair telah berkata: “ seadainya Ilmu ada kemuliaannya tanpa taqwa, maka jadilah iblis itu semulia-mulia makhluk”. Inilah yang dilakukan oleh para sahabat, mereka tidak melangkaui sehingga mereka tahu dan beramal. Mereka mengambil masa yang lama untuk menghafalnya. Contohnya Ibn Umar menghafal surah al-Baqarah selama 8 tahun. Begitu juga nabi saw tidak akan memindahkan satu-satu ilmu, kecuali setelah difahami dan diamalkan oleh para sahabat. Sekiranya amal itu kurang daripada ilmunya, maka ilmu akan menjadi beban kepada orang yang berilmu. Firman Allah SWT dalam Surah al-Kahfi:110:

( `yJsù tb%x. (#qã_ötƒ uä!$s)Ï9 ¾ÏmÎn/u ö@yJ÷èuù=sù WxuKtã $[sÎ=»|¹ Ÿwur õ8ÎŽô³ç ÍoyŠ$t7ÏèÎ/ ÿ¾ÏmÎn/u #Jtnr& ÇÊÊÉÈ  

Maka sesiapa yang mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amal yang salih dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

Berjihad Menyebarkan Dakwah

Inilah antara sepenting-penting jihad khususnya apabila terdapat banyak keburukan dan kejahatan yang dilakukan oleh manusia dan hukum-hukum Allah diketepikan. Ketiadaan jihad ini telah diambil peluang oleh musuh-musuh Islam untuk menyebarkan kebatilan dan kejahatan mereka. Inilah jihad yang ditinggalkan oleh manusia kini sehingga musuh-musuh Islam menguasai mereka dari setiap segi dan penjuru.

            Kewajipan berdakwah kepada agama Allah adalah tanggungjawab utama terhadap Allah apabila mengucap dua kalimah syahadah. Ini bermakna ia adalah tuntutan dan syarat kesempurnaan iman seseorang. Firman Allah SWT dalam surah al-Syura:15:

Ertinya: Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (Mereka - Wahai Muhammad - kepada berugama dengan betul), serta tetap teguhlah Engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadaMu, dan janganlah Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka   

Berjihad Menghadapi kesukaran  dakwah  dan  rintangan oleh musuh

Berjihad pada jalan Allah pasti akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kesulitan. Ia disebabkan oleh kejahilan manusia demi menjaga kepentingan dunia. Orang yang beriman akan bersabar kerana Allah menjanjikan di dalam surah al-Haj:38 dan 40:

* žcÎ) ©!$# ßìÏùºyムÇ`tã tûïÏ%©!$# (#þqãZtB#uä 3 ¨bÎ) ©!$# Ÿw =Ïtä ¨@ä. 5b#§qyz Aqàÿx. ÇÌÑÈ

Ertinya: Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.


3 žcuŽÝÇZuŠs9ur ª!$# `tB ÿ¼çnçŽÝÇYtƒ 3 žcÎ) ©!$# :Èqs)s9 îƒÌtã ÇÍÉÈ

Ertinya: Dan Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamanya (agama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa


Inilah jalan kebenaran yang dilalui oleh para Rasul dan Nabi, dan para salihin, serta hakikat yang terpaksa yang dihadapi oleh para daie hari ini untuk menegakkan kalimah Allah dan melaksanakan SyariatNya.


Tiga Golongan Ahli Ibadah

Sayidina Abu Bakar r.a. telah membahagikan golongan ahli ibadah kepada 3 dan bagi setiap golongan itu ada tandanya yang boleh dikenali.

Golongan Pertama: Mereka yang menyembah Allah SWT kerana takut.

Antara tanda golongan ini ialah:

i.                    Sentiasa mencela dirinya

ii.                  Merasakan amalnya sedikit

iii.                Merasakan kejahatannya banyak


Golongan Kedua: Mereka yang menyembah Allah SWT kerana mengharapkan rahmah

Antara tanda golongan ini ialah:

i.                    Menjadi ikutan manusia dari segala segi

ii.                  Terlalu murah hati di kalangan manusia dan zuhud kepada dunia

iii.                Terlalu sangka baik dengan Allah dan kepada semua makhluk

Golongan Ketiga: Mereka yang menyembah Allah SWT kerana kasih.

Antara tanda golongan ini ialah:



i.                    Memberi apa yang dikasihi dan tidak menghiraukan selainNya melainkan setelah diredhai Allah

ii.                  Melakukan perkara yang tidak disukai oleh nafsu dan tidak menghiraukan melainkan setelah mendapat keredhaan Allah

iii.                Dalam semua keadaan dia bersama dengan pemimpinnya (Allah) sama ada pada suruhan atau pada laranganNya


Sabda nabi saw:

Hendaklah kamu sentiasa berada di dalam majlis para ulamak dan mendengar kata-kata ulamak. Sesungguhnya Allah menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah seperti ia menghidupkan bumi yang mati dengan air hujan




0 ulasan:

Catat Ulasan