Ads 468x60px

Labels

Jumaat, 25 November 2011

Apa Erti Islam Tanpa Iman



Pendahuluan

Perlu diketahui bahawa manusia sering lupa dan tidak memahami setiap sesuatu yang Allah ciptakan mempunyai pasangan. Langit-bumi, tinggi-rendah, cantik-hodoh, bulan-bintang, dan lain-lain. Begitulah juga Islam juga ada pasangannya iaitu Iman. Tanpa Iman, Islam tidak memberi sebarang makna. Ini dapat kita lihat banyak ayat al-Quran, bahkan boleh dikatakan ke semuanya memfokuskan kepada kalimah ”mukmin”,   bukannya ”Muslimin”. Jika dihitung terdapat 175 kali disebut kalimah al-Mukmin, Mukminin”. Timbul persoalan kepada kita, kenapa Allah tidak membantu dan menyebelahi orang-orang Islam pada masa ini . Ini membawa maksud jika kita mendabik dada kita sebagai muslim di sisi Allah,  ia tidak membawa sebarang makna, selagi kita tidak mukmin.[1]
Mukmin itu tidak akan tercapai kecuali dengan iman yang menjadi asas paling utama kepada seseorang manusia. Maka mana mungkin dianggap benar-benar beriman  tanpa bersungguh-sungguh menyerah diri dalam berkhidmat (amal) kepada agama Allah dan kehendaknya. Akidah dan Ibadah, Islam dan Iman, percaya dan menyerah, hati dan perbuatan semuanya tidak boleh dipisah-pisahkan. Islam tidak mencukupi dengan percaya sahaja tanpa menyerah diri sepenuhnya kepada Allah dalam semua aspek kehidupan. Jika kita menyerah diri sepenuhnya bermakna, segala perintah dan hukumNya kita taati, suruhanNya kita kerjakan, laranganNya kita hentikan. Inilah Islam yang sebenarnya sebagaimana yang diperingatkan oleh Allah SWT dalam surah al-Nur, 47:


Ertinya: dan (di antara orang-orang yang tidak dikehendakiNya ke jalan Yang lurus ialah) mereka yang berkata: "Kami beriman kepada Allah dan kepada RasulNya serta kami taat"; kemudian sepuak dari mereka berpaling (membelakangkan perintah Allah dan Rasul) sesudah pengakuan itu, dan (kerana berpalingnya) tidaklah mereka itu menjadi orang-orang yang sebenarnya beriman.



Di dalam surah al-Anfal, ayat 27, sekali Allah memberi amaran kepada manusia agar tidak mengkhianati amanah Allah dan RasulNya. Firman Allah SWT:

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).


Mukmin Hakiki

Manusia yang mukmin adalah mereka yang telah mantap iman mereka. Manusia yang paling takut kepada Allah SWT setelah mengenali sifat-sifat keagungan Allah SWT dan mengenali dirinya yang tidak sunyi daripada kesilapan dan kesalahan. Dirinya akan dipersoalkan oleh Allah dan tidak akan sama sekali terlepas daripadaNya. Perasaan takut adalah teras kepada iman, sebagaimana yang ditafsirkan oleh Ibn Kathir dalam ayat, Surah al-Mulk:12

Ertinya: Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.



Tidak tepat jika dikatakan Islam sering bergaduh sesama Islam, kerana hamba yang mempertahankan Islam dan risalah Allah adalah mereka yang mukmin. Justeru, insan yang mukmin akan sentiasa bertentangan dengan insan yang menggelar muslim atau Islam.  Islam bukan jaminan boleh menyatupadukan ummah, sebaliknya Iman sahaja yang . Tidak ada jaminan di dalam al-Quran yang mana Allah akan membantu mereka, tetapi jaminan itu hanya ditujukan kepada orang-orang yang mukmin sahaja. Ini dibuktikan dengan firman Allah SWT:

Etinya: Adalah menjadi hak Kami, membantu orang-orang yang mukmin”


Bahagian Amal Soleh

Amal soleh sebagai ibadat terbahagi kepada tiga:

  1. Amal soleh yang dibangsakan kepada hati seperti iman, tawakkal dan lain-lain. Ia tidak dapat dilihat dengan pancaindera, tetapi dapat diketahui
  2. Amal soleh yang dibangsakan kepada lidah seperti berzikir, membaca al-Quran, berselawat dan lain-lain. Ia tidak dapat dilihat tetapi dapat didengari dan diketahui
  3. amal soleh yang bersifat perbuatan seperti sembahyang, berzakat, berhaji dan lain-lain yang dapat dilihat dan diketahui.

Kata Khatim al-Jaiz:

  1. Sesiapa yang mengatakan dia cinta kepada Allah, tetapi dia tidak warak, maka dia adalah pembohong
  2. Sesiapa yang mengatakan dia akan masuk syurga, tetapi dia seorang yang bakhil dengan hartanya untuk amal kebajikan, maka dia adalah seorang penipu
  3. Sesiapa yang mengatakan dia cinta kepada Rasulullah saw, tetapi dia tidak mahu mengikuti sunnahnya, maka dia adalah seorang pendusta


Menurut Abu Bakar al-Wasiti, terdapat 3 tingkatan kurniaan Allah kepada manusia:

i.                    Manusia yang dikurniakan Allah dengan cahaya petunjuk dan terpelihara daripada kufur dan munafiq
ii.                  Manusia yang dikurniakan Allah dengan cahaya ’Inayah yang menjadikan dirinya terselamat daripada dosa sama ada kecil atau besar
iii.                Manusia yang dikurniakan Allah dengan  m/s 300 jld 1


Menerima dan Gembira dengan Cahaya Allah

Limpahan cahaya Allah akan diberikan kepada orang yang tekun beribadat, bersih daripada segala dosa besar dan kecil dan suci daripada penyakit-penyakit yang bersarang di hati. Matahati akan dapat menerima ilmu yang bermanfaat dan langsung menghargainya. Hati akan membelakangi dan menolak sesuatu yang tidak baik. Hati akan gembira dengan sebab ketaatan yang dikerjakan. Kegembiraan hati ini boleh dibahagian kepada tiga:

  1. Gembira kerana telah mengerjakan ketaatan kepada Allah dan mengharapkan pahala serta takut dengan siksaan Allah
  2. gembira dalam taat kerana dapat melihat kita berjaya mengerjakan ketaatan tersebut dan telah berusaha serta dirinya terasa bersih dan suci
  3. gembira dengan taat kerana dirasai Allah telah memberikannya nikmat dan kurniaan. Hasil daripada kedua-dua ini dapat dirinya mengerjakan ketaatan kepada Allah

Kegembiraan yang pertama lebih baik daripada kegembiraan yang kedua. Ini kerana tujuannya adalah untuk mendapatkan pahala dan takut dengan seksaan api neraka. Namun demikian, terdapat kekurangannya iaitu masih bergantung kepada amal dan tidak sepebuhnya kepada Allah SWT. Ini kerana pada dasarnya amal ibadat yang dilakukan adalah mengharapkan kepada pahala dan ketaatannya kepada Allah dengan tidak melakukan segala laranganNya adalah disebabkan mengharapkan agar dijauhkan daripada seksaan api neraka, maka jika tidak kerana mengharapkan kepada kedua-dua tersebut, maka amal ibadat dan ketaatan itu tidak dilaksanakan.
            Manakala kegembiraan yang kedua boleh mendatangkan sifat ’ujub hasil daripada melakukan ibadat dan ketaatannya kepada Allah. Kita berbangga dengan diri sendiri kerana telah berusaha dan berhasil mengerjakan amal, sedangkan orang lain masih ada yang belum beramal. Sifat ini tidak baik untuk diamalkan kerana boleh menghilangkan pahala amal dan dimurkai Allah.
            Kegembiraan amal yang paling baik adalah yang ketiga. Kerana mengingatkan kita bahawa tanpa taufiq dan nikmat Allah, mana mungkin kita dapat mengamalkann segala perintah Allah SWT. Semua dalam kehidupan kita termasuk amal, usaha dan perbuatan manusia datang daripada Allah SWT sebagai nikmat yang tidak ternilai. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT, dalam surah Yunus ayat, 58:

Ertinya: Katakanlah (Wahai Muhammad) "kedatangan al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)".


Allah SWT memohon manusia agar merasai kegembiraan hasil daripada kurniaan Allah dengan rahmat dan nikmat yang diberikanNya. Jika kegembiraan disebabkan oleh selain daripada perkara tersebut ia dianggap kegembiraan yang membawa kepada kelalaian. Apabila merasai kegembiraan dengan nikmat pemberian Allah, maka dirinya tidak akan sesekali melupai Allah, menunaikan segala perintah dan menjauhi larangannya. Ini yang dikatakan hakikat terima kasih kita kepada Allah.


Peningkatan Amal dan Syukur

Apabila akidah ini datang dalam diri seseorang, maka yakinlah bahawa dirinya akan ditambahkan lagi dengan nikmat dan rahmatNya yang lain.Allah SWT berfirman, dalam surah Ibrahim ayat,7:

Ertinya: dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras".





[1] Ismail Abdullah Siputeh (2006), Insan dari Aspek Etimologi dan Perspektif Islam, cet.1, Penerbitan Kolej Universitu Islam Malaysia, hlm.34

0 ulasan:

Catat Ulasan