Ads 468x60px

Labels

Sabtu, 8 Oktober 2011

Biarlah Kita Memimpin Dan Dipimpin

Pendahuluan

Allah Taala yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana dengan kehendak-kehendak-Nya, menciptakan dunia dan seluruh isinya. Kemudian menjadikan manusia untuk hidup di dalamnya dengan tujuan memperhambakan diri kepada-Nya sekaligus menjadi khalifahNya. Manusia mesti berperanan sebagai khalifah iaitu wakil di bumi, demi untuk mengatur,mentadbir, mengurus, memaju dan membangunkan dunia ini. Ia melibatkan semua aspek kehidupan sama ada di dalam bidang ekonomi, pendidikan,pertanian, kemasyarakatan, pembangunan dan lain-lain mengikut syariat-Nya. Ini telah dinyatakan melalui Al Quranul Karim di dalam surah al-Baqarah:30




øŒÎ)ur tA$s% š/u Ïps3Í´¯»n=yJù=Ï9 ÎoTÎ) ×@Ïã%y` Îû ÇÚöF{$# ZpxÿÎ=yz ( (#þqä9$s% ã@yèøgrBr& $pkŽÏù `tB ßÅ¡øÿム$pkŽÏù à7Ïÿó¡our uä!$tBÏe$!$# ß`øtwUur ßxÎm7|¡çR x8ÏôJpt¿2 â¨Ïds)çRur y7s9 ( tA$s% þÎoTÎ) ãNn=ôãr& $tB Ÿw tbqßJn=÷ès? ÇÌÉÈ  

Ertinya: dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".



Allah berfirman lagi:

§NèO öNä3»oYù=yèy_ y#Í´¯»n=yz Îû ÇÚöF{$# .`ÏB öNÏdÏ÷èt/ tÝàZoYÏ9 y#øx. tbqè=yJ÷ès? ÇÊÍÈ  

Ertinya: Kemudian Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka Yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan Yang kamu akan lakukan.

(Surah Yunus:14)



Peringkat Tanggungjawab Manusia

Walaupun al-Quranul Karim telah menerangkan tentang tugas dan tanggungjawab manusia di dunia ini dan dijelaskan bahawa mereka yang menunaikan tanggungjawab akan masuk ke Syurga, manakala yang tidak bertanggungjawab ke Neraka, namun tidak semua manusia percayakan berita ini serta beriman dengannya. Bahkan yang percaya dan beriman dengannya pun, kerana tidak mampu melawan nafsu serta mempunyai kepentingan-kepentingan peribadi. Ramai di kalangan manusia yang tidak dapat memperhambakan diri kepada Allah dengan sebenar-benar dan gagal menjadi khalifah-Nya untuk mentadbir dan mengurus dunia ini dengan syariat-Nya.

            Justeru, bagi mengetahui secara umum tentang peringkat-peringkat manusia sebagai hamba dan khalifah Allah di bumi ini, maka di sini dijelaskan dengan tujuan kita dapat menentukan diperingkat manakah diri kita berada, sama ada kita berada pada peringkat yang derhaka, peringkat yang bertanggungjawab atau yang cuai.



Pertama:  Golongan manusia yang tidak tahu atau tidak sedar mereka itu hamba Tuhan dan khalifah-Nya.



Mereka ini adalah golongan yang tidak mengambil tahu apakah dirinya hamba dan khalifah Allah atau tidak kerana mereka tidak beriman dengan al-Quran dan al-Sunnah. Oleh itu, mereka tidak memperhambakan diri kepada Allah. Sekiranya mereka memperhambakan diri dan melakukan penyembahan, namun bukan kepada Allah dan caranya juga tidak seperti yang Allah kehendaki olehNya.

            Begitu juga mereka mentadbir kehidupan di dunia ini, tidak mengikut syariat Allah, tetapi berdasarkan kepada ideologi dan akal mereka sendiri. Mereka tidak akan merujuk kepada perlembagaan Allah kerana mereka tidak menganggap dirinya khalifah Allah. Mereka berbuat sesuka hati, dan mengurus kehidupan tanpa ada hubung kait sama sekali dengan Allah. Mereka adalah golongan orang-orang kafir.

Kedua: Golongan yang tahu bahawa mereka adalah hamba dan khalifah Allah di bumi, tetapi tidak ada rasa kehambaan dan kekhalifahannnya


Golongan ini tahu dan sedar bahawa mereka adalah hamba Allah dan khalifah-Nya di bumi tetapi kerana jahil, lemah melawan hawa nafsu,cinta dunianya begitu kuat, kepentingan peribadinya terlalu banyak, maka rasa kehambaannya kepada Allah begitu lemah. Maka golongan ini bersikap cuai memperhambakan diri kepada Allah. Mereka lemah dalam pengabdian diri kepada Allah ldan sentiasa cuai.

            Begitu juga rasa kekhalifahannya kepada Allah amat tipis. Mereka tidak memperjuangkan Syariat Allah  di dalam urusan hidup dan pentadbirannya. Justeru, saat mereka berusaha, berjuang, mentadbir, mengurus, membangun serta memajukan dunia ini, mereka  tidak ada rasa tanggungjawab kepada Allah. Maka mereka pun melakukan kejahatan dan penyelewengan di muka bumi ini.

            Undang-undang yang dibangunkan adalah berdasarkan akal atau ideologi atau pragmatisme dan bukan daripada al-Quran dan al- Sunnah lagi. Kalau ada pun berlaku hanya di sudut-sudut yang sangat terbatas atau aspek-aspek yang tertentu sahaja. Mereka ini adalah golongan umat Islam yang fasiq atau zalim dan ditakuti kalau dibiarkan  boleh membawa kepada kekufuran.



Ketiga: Golongan yang merasa kehambaan dan kekhalifahan kepada Allah di bumi.

Rasa kehambaan dan rasa kekhalifahannya kepada Allah itu kuat. Oleh itu mereka dapat melahirkan sifat-sifat kehambaan serta memperhambakan diri kepada Allah dengan membaiki segala yang fardhu dan sunat dengan bersungguh-sungguh. Mereka juga bertanggungjawab sebagai khalifah-Nya di bumi sesuai dengan kedudukan dan kemampuan masing-masing. Mereka benar-benar bertanggungjawab dengan sebaik-baiknya di sudut-sudut kekhalifahannya. Syariat Tuhan berjalan serta dilaksanakan dalam kepimpinan mereka. Inilah golongan orang-orang yang soleh.



Keempat: Golongan yang sifat kehambaannya dan memperhambakan diri kepada Allah lebih menonjol daripada kekhalifahannya kepada Allah.



Mereka adalah golongan yang terdiri dari kalangan orang-orang yang soleh. Penumpuan mereka lebih kepada beribadah kepada Allah dengan menghabiskan masa beribadah, memperbanyakkan fadhoilul ‘amal, berzikir, membaca al-Quran, bertasbih, berselawat dan mengerjakan amalan-amalan sunat sama ada sembahyang sunat mahupun puasa sunat. Mereka tidak membebankan diri atau menonjolkan diri mereka dengan tugas-tugas dalam masyarakat. Mungkin sifat-sifat kepimpinannya tidak menonjol atau lemah dibandingkan dengan kehambaannya. Maka orang ramai tidak melantik mereka menjadi pemimpin. Kalau ada pun sekadar pemimpin keluarga dan masyarakat sekitarnya sahaja. Jsuteru, sekadar itulah daerah kekhalifahannya. Maka kerana itulah masa yang banyak dihabiskan untuk memperbanyakkan ibadah. Golongan ini dikatakan ‘abid yang baik.



Kelima: Golongan yang sifat kekhalifahannya kepada Allah
            lebih menonjol daripada sifat kehambaannya

Golongan ini biasanya dilantik dan diberi tanggungjawab kepimpinan dan mengurus masyarakat oleh orang ramai. Dirinya mempunyai  karisma dan sifat-sifat kepimpinan  yang mereka tonjolkan. Mereka mungkin menjadi pemimpin negeri atau negara atau sebuah jemaah yang besar. Masanya lebih banyak digunakan atau ditumpukan untuk memimpin dan membangun serta menyelesaikan masalah masyarakat. Kepimpinannya berlandaskan Islam dan Syariat Allah. Mereka mengerjakan ibadah secara sederhana sahaja. Tidak terlalu lemah dan tidak juga terlalu banyak. Golongan ini dianggap pemimpin yang baik.





Keenam:   Golongan yang rasa kehambaan dan kekhalifahannya                         seimbang dan saling menonjol

Golongan ini adalah mereka yang menjadi pemimpin sama ada pemimpin negeri, negara yang menjalankan hukum-hukum Allah di dalam kepimpinannya. Mereka ini sibuk dan menghabiskan masa untuk memimpin dan beribadah serta sibuk dengan masyarakat. Juga sibuk juga dengan Allah. Hubungan dengan Allah seerat hubungan dengan manusia. Inilah yang dikatakan seorang abid yang memimpin secara yang luar biasa, sangat cemerlang seperti Khulafak al-Rasyidin dan Sayidina Umar Abdul Aziz.

Sabda nabi saw:

Sesungguhnya kamu bersungguh-sungguh untuk memegang jawatan pemerintah, sesungguhnya jawatan itu akan membawa penyesalan

           

Kepimpinan mereka sangat adil dan sangat bertanggungjawab kepada rakyat sama ada untuk dunia rakyatnya atau Akhirat rakyatnya. Di samping itu ibadah mereka sangat kuat dan banyak terutama di waktu malam. Kata Sayidina Umar Ibnul Khattab:



“Kalau saya banyak tidur pada siang hari akan terabai urusan saya dengan rakyat. Kalau banyak tidur pada malam hari, akan terabai urusan saya dengan Allah.”



Ini adalah golongan abid dan sekaligus pemimpin yang cemerlang.



Kisah Pelantikan Khalifah Umar Abd Aziz



Apabila Umar Abd Aziz dilantik sebagai Amirul Mukminin, kedengaran suara tangisan di kalangan ahli keluarganya. Lalu ditanya oleh para sahabatnya, kenapakah ahli keluarga dan saudara-mara  kamu menerima jawatan tersebut dengan tangisan, sedangkan ia adalah anugerah yang sepatutnya disambut dengan gembira. Lalu Umar menjawab” Mereka menangis setelah mendengar kata-kataku:

Aku sekarang telah ditlantik untuk memikul tanggungjawab urusan kaum muslimin, maka aku tidak sanggup untuk melalaikannya. Maka ahli keluargaku tidak mempunyai jalan yang lain, melainkan menerima syarat jika ingin memilih untuk tinggal bersamaku. Para isteri dan jariah-jariahku tidak lagi boleh datang mendekati diriku ataupun mereka diceraikan.

Ada riwayat yang mengatakan bahawa Umar hanya mandi janabah dua kali sahaja sepanjang menjadi amirul mukminin selama 2 tahun setengah. Begitu juga Abu Bakar r.a mengambil secukup-cukupnya harta daripada Baitulmal. Apabila beliau meninggal dunia diwasiatkan semua harta yang diambil daripada Baitulmal dipulangkan semula kepada Baitulmal




Bisyr bin Mansur menceritakan bahawa jika dibandingkan ibadat Iblis lebih lama berbanding ibadat para malaikat. Namun akhirnya Iblis laknatullah menjadi musuh utama Allah dan manusia. Justeru, pandanglah amal ibadah sebagai Taufiq daripada Allah, dengan hidayah dan rahmatNya kepada kita tetapi bukan daripada kita, serta merasai ia masih sedikit dan tidak sempurna. Dengan adanya perasaan ini, maka itu terdapat tanda-tanda dan harapan amal ibadah kita diterima Allah dengan izinNya.




0 ulasan:

Catat Ulasan