Ads 468x60px

Labels

Rabu, 5 Oktober 2011

Haji: Lambang Kesatuan Akidah Umat Islam

Pendahuluan

Pada 9 Zulhijjah jutaan manusia menyempurnakan ibadat Haji dengan berwukuf di Arafah yang menjadi syiar kesatuan umat Islam yang berpegang kepada akidah yang satu.  Semenjak pada hari Arafah, seluruh kaum muslimin di segenap ceruk dan rantau dunia melaungkan kalimah yang satu iaitu bertakbir, bertahlil dan bertahmid menandakan pengakuan mereka bahawa hanya Allah SWT yang selayaknya ditaati dan disembah. Laungan ini juga menandakan kita semua berikrar dengan Allah bahawa seluruh kehidupan kita, perjuangan kita dan apa jua pekerjaan kita adalah berdasarkan kepada penyerahan diri kepada Allah SWT. Namun yang menjadi persoalan kepada kita ialah apakah laungan dan ikrar tersebut dihayati dan realisasikan dalam kehidupan umat Islam kini?


            Pengabdian diri yang sebenar kepada Allah SWT ialah dengan menterjemahkan syariat Allah dalam semua aspek kehidupan yang terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Justeru, terzahirnya haji yang Mabrur itu ialah apabila kita benar-benar menerima kehendak dan perintah Allah yang membuktikan pematuhan kita kepadaNya. Sejarah nabi Ibrahim a.s bersama anaknya Ismail cukup membayangkan kepada kita inilah pengorbanan dan penyerahan diri serta kepatuhan yang hakiki kepada Allah SWT. Nabi Ibrahim as tidak pernah mempersoalkan perintah Allah yang sememangnya diyakini sekalipun mengorbankan nyawa anak kesayangannya. Begitu juga anaknya Ismail, menerima dengan tenang, bahkan dengan tegas mengatakan: ”Wahai bapa kesayanganku! Lakukan apa yang diperintahkan oleh Allah”.

            Dalam hal ini juga perlu dilihat bagaimanakah corak didikan ibu Siti Hajar dan ketaatannya terhadap suami yang dicintai. Inilah contoh keluarga yang berjaya dididik dengan akidah yang mantap dan jitu. Jauh berbeza dengan umat Islam kini, segala kehendak dan perintah Allah bukan sekadar tidak dilaksanakan, bahkan dipersoalkan kewajaran dan kesesuaiannya. Mereka menghadapi krisis hilang keyakinan terhadap agama mereka sendiri.  Allah mengingatkan kita dalam surah al-Baqarah ayat 85:



4 tbqãYÏB÷sçGsùr& ÇÙ÷èt7Î/ É=»tGÅ3ø9$# šcrãàÿõ3s?ur <Ù÷èt7Î/ 4 $yJsù âä!#ty_ `tB ã@yèøÿtƒ šÏ9ºsŒ öNà6YÏB žwÎ) Ó÷Åz Îû Ío4quŠysø9$# $u÷R9$# ( tPöqtƒur ÏpyJ»uŠÉ)ø9$# tbrŠtãƒ #n<Î) Ïdx©r& É>#xyèø9$# 3 $tBur ª!$# @@Ïÿ»tóÎ/ $£Jtã tbqè=yJ÷ès? ÇÑÎÈ  



Ertinya: ” maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.



Pengorbanan, Keazaman dan Tawakkal



Umat Islam kini berhadapan dengan pelbagai cabaran, bala bencana yang silih berganti, seolah-olah tidak ada negeri lain yang didatangi kecuali Negara umat Islam. Inilah akibat kita sudah meninggalkan suruhan Allah, tidak mempedulikan aturan agama, melencung daripada jalan yang lurus dan lebih suka kepada jalan yang benkok. Maka kini jadilah kita umat yang berpecah belah, berpuak-puak, hina dan tidak dihargai. Semua ini menuntut umat Islam untuk melakukan pengorbanan agar umat Islam berjalan mengikut aturan Allah dan RasulNya. Ingatlah Allah mempunyai sifat Rahman (Pemurah) kepada semua manusia, tetapi Rahim (Penyayang) hanya kepada orang-orang yang beriman sahaja. Jangan kita lupa bahawa segala kesenangan dan nikmat yang Allah berikan adakalanya berupa Istidraj sebagaimana disebutkan di dalam ayat 44-45 surah al-An’am:



$£Jn=sù (#qÝ¡nS $tB (#rãÅe2èŒ ¾ÏmÎ/ $oYóstFsù óOÎgøŠn=tæ z>ºuqö/r& Èe@à2 >äó_x« #Ó¨Lym #sŒÎ) (#qãm̍sù !$yJÎ/ (#þqè?ré& Nßg»tRõs{r& ZptGøót/ #sŒÎ*sù Nèd tbqÝ¡Î=ö7B ÇÍÍÈ   t



Ertinya: ”kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria Dengan Segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).”





Pengajaran Dari Kisah Nabi Ibrahim a.s



Nabi Ibrahim a.s adalah antara nabi yang digelar Ulul ‘azmi kerana banyak mengalami penderitaan dan cabaran sama ada daripada keluarga dan anaknya sendiri. Baginda berhadapan dengan bapanya sendiri yang menyembah berhala sehingga diusir daripada keluarga. Bukan sekadar itu sahaja,malah berhadapan dengan Raja Namrud sehingga Baginda dibakar hidup-hidup.

Apa yang boleh diambil pengajaran daripada kisah pengorbanan nabi Ibrahim a.s ialah perjuagan untuk menegakkan Islam tidak dijanjikan dengan hamparan permaidani merah. Ini turut dijelaskan oleh nabi Muhammad saw, bahawa untuk menegakkan kalimah Allah di akhir zaman ini seumpama menggengam bara api. Perjuangan untuk membawa kebenaran sering akan diuji dengan kesusahan dan kepayahan. Namun kejayaan nabi Ibrahim a.s ialah sikap bertawakkal kepada Allah SWT yang amat tinggi.  Kekuatan pegangan akidah yang tidak berbelah bagi, dan menyerahkan segala urusan kehidupan kepada Allah yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa. Jawapan yang diberikan kepada Jibril: “Cukuplah aku berserah kepada Allah, kerana Ia lebih mengetahui keadaan diriku sekarang”, inilah sikap tawakkal yang paling tinggi, yang melayak diri Baginda digelar Khalilullah (kekasih Allah), sebagaimana yang dirakamkan di dalam al-Quran surah ambiya’ ayat 125.

Apa Makna Nya...?



Sayidina Ali bin Abi Talib kwjh telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: ”Apabila Allah Taala tidak memberkati harta seseorang manusia itu, ia dapat dilihat bagaimana harta itu dihabiskan seumpama menakung air di tanah. Ia tidak meninggalkan apa-apa kesan sekalipun”.       

Hadis di atas adalah merujuk kepada perbincangan tentang rumah kediaman yang menjadi tempat tinggal kita. Islam tidak melarang umatnya membina rumah kediaman yang cantik dan indah, tetapi ia hendaklah dibuat berdasarkan kepada kemampuan kita. Namun demikian, perlu diketahui bahawa kediaman yang indah seumpama istana  jika tidak berhati-hati boleh mendatangkan rasa megah dan bangga diri dengan apa yang dimiliki. Ia boleh menyebabkan pemiliknya menjadi sombong yang akhirnya tidak membawa apa-apa faedah kepada penghuninya.

Rasulullah saw menegah umatnya menunjuk-nunjukkan kekayaan yang ada pada diri kita. Sebaliknya Baginda menggalakkan agar harta kekayaan itu dikongsi bersama dengan mereka yang memerlukannya. Justeru, bagi orang yang berkemampuan hendaklah mengeluarkan hartanya untuk diberikan kepada orang yang layak menerimanya.

Seharusnya harta yang ada pada kita menjadi medium untuk kita terus beribadat kepada Allah SWT. Jika harta yang dimiliki menjadi halangan untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT, maka adalah lebih baik kita tidak memiliki harta yang banyak. Lebih baik kita memiliki sedikit harta daripada banyak yang boleh membawa kepada kemungkaran, dosa dan kelalaian.



Sahabat adalah Para Hartawan



Ramai daripada kalangan sahabat Rasulullah saw adalah hartawan. Antaranya seperti Uthman ibn Affan, Abdul Rahman bin Auf dan ramai lagi. Namun kehidupan mereka sangat zuhud dan tidak mengumpulkan kekayaan dengan niat untuk bermegah-megah dengan harta yang dimiliki. Sebaliknya harta yang ada digunakan sepenuhnya untuk perjuangan menegakkan Islam dan syariat Allah. Mereka sanggup mengeluarkan apa sahaja harta yang mereka miliki untuk kepentingan umat Islam.

’Aun bin Abdullah berkata: ” Dunia dan akhirat di dalam hati bagaikan dua timbangan. Jika salah satunya lebih berat, maka yang satu lagi akan menjadi ringan”. Di dalam hadis Rasulullah saw bersabda:



”Harta yang ada di tangan manusia ibarat sebuah peti besi. Setiap peti itu ada kuncinya. Nyata bahagia bagi setiap manusia yang diberi kunci untuk melakukan kebajikan da ditutupi pintu kejahatan. Manakala celaka pula bagi manusia yang diberi kunci kejahatan dan ditutupi pintu kebajikan”.



Mudah-mudahan kita tidak termasuk di dalam golongan manusia yang dikatakan oleh al-Hasan al-Basri bahawa orang yang paling kuat berteriak pada hari Kiamat ialah mereka yang diberikan nikmat, tetapi digunakan untuk melakukan maksiat kepada Allah SWT.

 
15 Syarat Layak Menerima Bala Allah
Sabda Nabi saw: “ Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana apabila:
 
1.      Harta yang dirampas daripada peperangan hanya diagih kepada orang-orang tertentu sahaja,
2.      Zakat dikeluarkan kerana terpaksa,
3.      Sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri,
4.      Suami terlalu mentaati isteri,
5.      Anak derhaka kepada ibubapa,
6.      Seseorang memuliakan teman lebih daripada ibubapanya sendiri,
7.      Kedengaran banyak bunyi bising,
8.      Ramai di kalangan manusia berberbicara tentang dunia semasa berada di dalam masjid,
9.      Sesuatu umat itu dihina oleh umatnya sendiri
10.  Memuliakan seseorang kerana takut tindakan buruknya,
11.  Arak menjadi minuman biasa,
12.  Orang lelaki memakai sutera
13.  Perempuan dijemput menghiburkan perempuan,
14.  Wanita memainkan alat muzik,
15.  Orang yang terkemudian menghina orang yang terdahulu

Sabda nabi saw:



“Alangkah bertuahnya manusia di dunia ini apabila Allah menurunkan nikmat dan Allah melancarkan lidahnya untuk berkata-kata, Allah memperlihatkan kepadanya keaiban dunia serta penyakit yang disebabkan olehnya, juga penawarnya dan Allah membawa keluar dari dunia ini dengan keadaan selamat menuju ke Akhirat”.






Ibn Mas’ud: “ Tidak ada seorang pun di dunia ini kecuali mereka berada dalam keadaan lemah, hartanya adalah pinjaman, tetamunya akan pergi dan barang pinjamannya akan dikembalikan ……”




















0 ulasan:

Catat Ulasan