Selasa, 27 Disember 2011
Rabu, 14 Disember 2011
Ramadhan: Mendidik Sifat Bersabar
Pendahuluan
Sabar menurut pandangan
ulamak Dzun nun al-Mishri ialah menjauhkan diri dari mengingkari, tenang ketika
berhadapan bala dan tidak berhajat kepada makhluk ketika fakir dan dalam
menempuh kesusahan hidup. Al-Jurjani pula
menjelaskan sabar ialah tidak mengadu tentang penderitaan bala kepada selain
Allah. Manakala menurut al-Asfahani, sabar ialah menahan diri terhdp apa yg
dituntut oleh akal dan syarak sama ada disuruh melakukan atau dituntut agar
tidak melakukannya.
Kelebihan
Bersabar
Menurut Abdullah Ibn Salam
r.a. pada hari Kiamat akan dibangkitkan orang-orang yang sabar dan diseru
supaya pergi ke Syurga tanpa dihisab. Balasan ini diberikan kepada mereka yang
sabar di atas ketaatan kepada Allah dan sabar daripada melakukan maksiat, serta
sabar di atas segala ujian yang datang daripada Allah SWT. Allah SWT merakamkan
di dalam al-Quran tentang kelebihan ini dalam firman Allah SWT:
Ertinya: Sesungguhnya orang-orang yang
Bersabarlah sahaja akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira"
Khamis, 8 Disember 2011
UNSUR HARAM DALAM PENDAPATAN
Mencari dan mendapatkan rezeki di bumi
Allah ini adalah amat dituntut sebagai satu kewajipan. Justeru Allah SWT
mengizinkan umat manusia agar menikmati apa jua rezeki yang baik di dunia ini.
Allah SWT berfirman di dalam surah al-Mulk ayat 15:
Ertinya: Dialah yang menjadikan bumi ini
mudah bagi kamu. Maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian
dari rezekinya…”
Kita perlu menyedari bahawa
setiap pekerjaan dan menghasilkan pendapatan yang halal, sebenarnya kita
melaksanakan perintah Allah SWT di dalam ayat di atas. Ia dianggap sebagai satu ibadah dan amal soleh
yang menghampirkan diri kita kepada Allah SWT. Ini bermakna ibadat kita tidak
hanya dikhususkan kepada amalan solat, berzakat, haji dan lain-lain, tetapi
setiap pekerjaan dan usaha sama ada sebagai pegawai kerajaan, atau bekerja
sendiri tergolong sebagai ibadah, selagi niat kita untuk mendapat keredhaan
Allah serta menepati dengan syarat-syarat kerjaya yang ditetapkan oleh Allah
SWT dan RasulNya.
Sehubungan
dengan itu, apa-apa hasil atau pendapatan dan perbelanjaan setiap di antara
kita tidak akan terlepas daripada dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat nanti.
Rasulullah saw bersabda:
عن معاذ بن جبل: قال رسول الله (صلى): لا تزول قدما
عبد يوم القيامة حتى يسؤل عن أربع خصال: عن عمره فيما أفناه؟ وعن شبابه فيما
أبلاه؟ وعن ماله من أين أكتسبه وفيما انفقه؟ وعن علمه ماذا عمل فيه؟
Ertinya:
Tidak akan bergerak kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ditanya empat
perkara: umurnya ke mana dihabiskan, zaman mudanya ke mana dihabisnya, hartanya
dari mana diperoleh dan dimana dibelanjakan, dan ilmunya apa yang dilakukan
dengannya.
Di dalam hal ini Rasulullah
saw mengingatkan umatnya bahawa antara ujian yang akan dihadapi oleh umat akhir
zaman ialah harta. Inilah juga yang amat
dibimbangi dan ditangisi oleh Sayidina Umar al-Khattab ketika tentera Islam
berjaya menawan Parsi dan merampas mahligai Istana Puteh. Nabi saw bersabda:
Ertinya: Sesungguhnya
bagi setiap ummat itu ada cabaran dan ujian, ujian bagi umatku adalah harta.
Islam telah meletakkan prinsip yang jelas
dalam setiap urusan berkaitan dengan harta dan pendapatan agar ia tidak
mendatangkan kezaliman dan penganiayaan kepada pihak lain. Ini kerana harta
yang diperoleh akan memberi kesan kepada hati, akhlak dan tindak-tanduknya
Bahaya Godaan Harta Dunia
Yusuf al-Qardhawi menjelaskan bahawa
manusia sering tergoda dengan harta kekayaan. Godaan harta bukan hanya pada
mengumpulkan harta, menyimpan dan
mendapatkannya dalam bentuk yang halal, tetapi juga dalam bentuk yang haram
sama ada disedari atau tidak, atau sengaja tidak menyedari dan mengetahui
tentang haram atau syubahat harta berkenaan. Inilah sikap manusia sejak dahulu
sehingga sekarang ada di kalangan mereka yang bukan sahaja tidak boleh menerima
hukum-hakam yang dijelaskan kepada mereka, bahkan mempersoalkannya yang
akhirnya membawa kepada hilangnya keberkatan dalam hidup. Allah SWT merakamkan sikap manusia di
dalam surah al-Qalam ayat 14-15 :
Ertinya: Kerana dia seorang hartawan dan ramai
anak-anaknya (maka ia mendustakan ugama Kami)?. apabila dibacakan kepadanya
ayat-ayat keterangan kami, ia berkata: " (Ini ialah) cerita-cerita dongeng
orang-orang dahulu kala".
Ingat Sebelum Terlambat
Manusia apabila berada di puncak kekayaan,
mereka hilang pertimbangan tentang peraturan dan hukum-hakam yang ditetapkan
Allah, apatah lagi unsur-unsur keberkatan. Manusia sering dan sengaja melupakan
bahawa Allah dengan KurniaNya dan kebaikanNya menjamin rezeki hamba-hambaNya.
Allah berfirman di dalam surah al-Ankabut ayat 60:
Ertinya: dan (ingatlah)
berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang
memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua yang Maha Mendengar,
lagi Maha mengetahui.
Pada
zaman hari ini kekayaan adalah lambang kehormatan dan kemuliaan manusia di sisi
manusia. Menurut Syeikh Ibn Asyur manusia perlu menyedari bahawa amal soleh dan
keberkatan daripada harta adalah perlu diutamakan daripada harta yang banyak,
tetapi tidak halal. Biarlah harta yang diperoleh sedikit tetapi halal dan kita
tidak banyak dipersoalkan di akhirat, dan sedikit masa sahaja menunggu di
padang Mahsyar.
Unsur-unsur Haram dalam Pendapatan Harta
dan Kerjaya
Beberapa perkara yang perlu diketahui oleh para pekerja terutama mereka
yang bekerja makan gaji. Sebahagian tindak-tanduk ini telah menjadi amalan atau
kebiasaan sehingga tidak diragui keharamannya. Semua ini adalah dianggap menipu
dalam pendapatan harta yang diharamkan oleh Allah SWT.
1. Menggunakan peralatan Syarikat untuk
tujuan peribadi
Terdapat di kalangan pekerja
yang menggunakan kertas, pen, fax, menelefon anak di rumah, rakan-rakan dan
lain-lain yang tidak ada hubungan dan kaitan dengan kerjayanya. Ia adalah haram
kerana menggunakan hak syarikat untuk kepentingan peribadinya.
2. Menipu Syarikat Ketika
Membuat Tuntutan
Membuat tuntutan berlebihan
seperti kos minyak, pembelian peralatan syarikat dengan kos tambahan sendiri,
atau pekerja berjaya mendapat harga yang lebih murah. Contohnya RM1 500 tetapi menaikkannya kepada
RM2000, dan bakinya RM500 diambil. Begitu juga membuat Quatation sendiri
daripada syarikat yang tidak wujud untuk mendapatkan tender sesuatu barang.
Bagaimanapun
jika pegawai berkenaan berterus terang dengan majikannya dan memohon sebarang
intensif atas kejayaan dan kecekapannya mendapat dan mengurangkan kos syarikat
dengan mencari barang yang lebih murah, maka harus mengambilnya dengan izin
majikan.
3. Membuat Tuntutan Kerja
Lebih Masa dengan Perancangan
Hukum haram kepada pekerja
yang sengaja melambatkan kerjanya pada waktu biasa dengan niat untuk melakukan
kerja lebih masa atau Over Time. Sekalipun hukum asalnya adalah harus,
tetapi ia diharamkan kerana melengahkan waktu bekerja biasa dengan harapan
untuk mendapat bayaran gaji yang lebih.
4. Menerima Hadiah Khas
Pegawai yang bertanggungjawab
sengaja memilih syarikat tertentu mendapatkan tender kerana dijanjikan imbuhan
khas. Begitu juga jika pegawai yang berkenaan sengaja memilih dan mencadangkan
syarikat tertentu untuk mendapatkan tender kepada majikannya kerana mempunyai
saham atau pelaburan/ perkongsian dalam syarikat tersebut. Semua aktiviti
seperti ini adalah diharamkan.
5. Resit Harga Palsu
Pegawai yang bertanggungjawab membeli
barang untuk kegunaan syarikat dan membuat pakatan dengan penjual barang untuk
menaikkan harga barang dan ditulis di dalam resit dengan harga yang lebih
tinggi daripada harga sebenar. Pihak pembekal juga berdosa kerana bersyubahat
dengan membuat resit palsu.
Begitu juga jika penjual enggan bekerjasama maka pegawai
berkenaan mencipta resit palsu. Semua ini adalah diharamkan di dalam Islam.
6. Mengguna Syarikat
Sendiri
Pegawai yang mempunyai kuasa
untuk menawarkan tender tetapi menggunakan kuasanya sendiri membekalkan
barangan jualannya daripada syarikatnya sendiri tanpa pengetahuan majikannya
adalah haram. Sebaliknya jika majikan telah diberitahu dan bersetuju tanpa
sebarang syarat kerana barangan yang dibekalkan berkualiti dan harga yang
kompetitif berbanding syarikat yang lain, maka ia dihukumkan harus, kecuali
majikannya mensyaratkan mesti memberikan kepadanya komisyen, maka ia
diharamkan.
(Rujukan: Buku Wang, Anda & Islam, Tulisan al-Fadil
Ust Zaharudin Abd Rahman, Pensyarah UIAM)

Hadis nabi saw: Sesiapa yang telah kami ambil mereka melakukan suatu
pekerjaan dan telah ditetapkan baginya gaji atau upah, maka apa yang diambilnya
selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan)
(Hadis
riwayat Abu Daud)

Kata Ulamak
lelaki itu terbahagi kepada 4:
1. Lelaki yang berilmu dan dia tahu bahawa dia berilmu, dia adalah orang
yang alim, maka ikutilah dia.
2. Lelaki yang berilmu tetapi dia tidak tahu bahawa dia berilmu, dia
adalah orang yang tidur, maka
kejutkanlah dia.
3. Lelaki yang tidak berilmu dan dia tahu bahawa dia tidak berilmu,
dia adalah orang yang minta petunjuk, maka tunjukilah.
4. Lelaki yang tidak berilmu tetapi dia tidak tahu bahawa dia tidak
berilmu, dia adalah orang yang jahil, maka tinggalkanlah dia.
Tasawuf & Kaunseling: Ke Arah Pemantapan Akhlak Mukmin
Kedudukan Ilmu Tasawuf
Ilmu Tasawuf ialah ilmu yang membicarakan tentang pembersihan dan penyucian hati untuk sampai ke tahap ihsan dalam melaksanakan ubudiyyah kepada Allah SWT. Ilmu tasawuf dapat menyembuh manusia daripada pelbagai penyakit batiniyyah dan mengembalikan manusia kepada landasan keikhlasan dan mencapai kesucian serta kesempurnaan yang asal (fitrah). Justeru, sasaran ilmu ini adalah untuk mentarbiyah insan agar memiliki peribadi dan budi pekerti atau akhlak yang mulia.
Ilmu Tasawuf ialah ilmu yang membicarakan tentang pembersihan dan penyucian hati untuk sampai ke tahap ihsan dalam melaksanakan ubudiyyah kepada Allah SWT. Ilmu tasawuf dapat menyembuh manusia daripada pelbagai penyakit batiniyyah dan mengembalikan manusia kepada landasan keikhlasan dan mencapai kesucian serta kesempurnaan yang asal (fitrah). Justeru, sasaran ilmu ini adalah untuk mentarbiyah insan agar memiliki peribadi dan budi pekerti atau akhlak yang mulia.
Ramai di kalangan kita yang mementingkan ilmu
Tauhid dan Fiqh, namun mengabaikan ilmu tasawuf. Kepentingan mempelajari ilmu
ini telah digambarkan oleh Imam Malik yang mengatakan, seseorang yang
mempelajari ilmu Fiqh dengan mengabaikan tasawwuf, dia menjadi fasiq,
menghimpunkan kedua-duanya adalah berjaya merealisasikan kebenaran”. Imam
Syafie pula menjelaskan:” Aku cinta tiga perkara dari dunia kamu: meninggalkan
kepura-puraan, melembutkan perwatakan dengan kebaikan, dan mengikuti jalan yang
dilalui oleh golongan ahli tasawuf”.
Maka untuk membangunkan masyarakat mukmin yang
beriman, bertaqwa dan berakhlak mulia hendaklah mempelajari ketiga-tiga ilmu
yang dinyatakan. Kemewahan hidup dan kecintaan serta lalai dengan dunia menjadikan
umat Islam lupa kepada Allah dan ajaran agama yang menjamin kesempurnaan hidup
dunia dan akhirat.
Selasa, 6 Disember 2011
Hijrah dan Jihad: Ke Arah Mencari Petunjuk & Agama Yang Benar
Pendahuluan
Menurut Ibn Taimiyah jihad pada hakikatnya ialah berusaha
bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang diredhai oleh Allah SWT dari
keimanan, amal soleh dan menolak sesuatu yang dimurkai oleh Allah dari
kekufuran, kefasikan dan kederhakaan. Firman Allah SWT:
“Dan orang-orang yang
berusaha bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak Agama kami, Sesungguhnya
kami akan memimpin mereka ke jalan kami (yang menjadikan mereka gembira serta
peroleh keredhaan) dan Sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah
berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya”.
Langgan:
Catatan (Atom)






