Ads 468x60px

Labels

Rabu, 14 Disember 2011

Ramadhan: Mendidik Sifat Bersabar


Pendahuluan

Sabar menurut pandangan ulamak Dzun nun al-Mishri ialah menjauhkan diri dari mengingkari, tenang ketika berhadapan bala dan tidak berhajat kepada makhluk ketika fakir dan dalam menempuh kesusahan hidup. Al-Jurjani pula menjelaskan sabar ialah tidak mengadu tentang penderitaan bala kepada selain Allah. Manakala menurut al-Asfahani, sabar ialah menahan diri terhdp apa yg dituntut oleh akal dan syarak sama ada disuruh melakukan atau dituntut agar tidak melakukannya.
           
Kelebihan Bersabar

Menurut Abdullah Ibn Salam r.a. pada hari Kiamat akan dibangkitkan orang-orang yang sabar dan diseru supaya pergi ke Syurga tanpa dihisab. Balasan ini diberikan kepada mereka yang sabar di atas ketaatan kepada Allah dan sabar daripada melakukan maksiat, serta sabar di atas segala ujian yang datang daripada Allah SWT. Allah SWT merakamkan di dalam al-Quran tentang kelebihan ini dalam firman Allah SWT:

Ertinya: Sesungguhnya orang-orang yang Bersabarlah sahaja akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira"


Sabda nabi saw yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a.:

Sesiapa yang sabar atas segala fardhu Allah, maka baginya 300 darjat. Sesiapa yang sabar atas segala yang diharamkan oleh Allah, maka baginya 600 darjat. Sesiapa yang sabar atas musibah bala, maka baginya 900 darjat”.

Manusia yang Dikasihi Allah Diuji Dengan Bala

Manusia yang dikasihi dan disayangi oleh Allah tidak terlepas daripada ujian dan cubaan hidup yang terpaksa ditanggungnya dengan penuh redha. Kepayahan dan kesusahan ujian ini adalah untuk membersihkan dirinya daripada dosa-dosa dan maksiat yang dapat disucikan. Semua ini adalah untuk menguji seseorang hamba agar redha dengan apa yang diperlakukan oleh Allah ke atas dirinya.

Nabi saw bersabda:

Apabila Allah mengasihi seseorang hambanya, maka Allah akan menimpakan ke atas dirinya bala yang tidak ada penyembuh agar dapat menyucikan dirinya daripada dosa.
.

Nabi saw bersabda:
Apabila Allah mengasihi seseorang hambanya, maka Allah akan menimpakan ke atas dirinya bala yang tidak ada penyembuh agar dapat menyucikan dirinya daripada dosa. Maka jika dirinya seorang yang sabar, maka dirinya akan memilih dan redha dengan ujian tersebut. Maka dirinya akan dikasihi Allah dengan kasih yang sebenar”
Nabi saw juga bersabda: ”Allah telah mewahyukan kepada nabi Musa bin Imran a.s: Wahai Musa sesiapa yang tidak redha dengan Qada’ku dan tidak sabar atas ujianku dan tidak bersyukur dengan nikmatku, maka keluarkanlah daripada bumi dan langitku, dan carilah tuhan yang lain selainKu”

Bahagian Sabar
      Sabar melakukan ketaatan: istiqamah menurut syariat Allah, sentiasa beribadat, membuat kebajikan, mencegah kemungkaran
      Sabar daripada melakukan maksiat dan kejahatan: melawan nafsu terhdp pemberontakannya, menjauhkan daripada godaannya dan memerangi penyelewengannya
      Sabar di atas musibah yang menimpa: meyakini bahawa kehidupan di dunia adalah medan ujian, Allah lebih mengetahui keadaan hambanya, untuk membezakan manusia yang benar-benar beriman, jahat serta munafiq
      Sabar daripada tidak menyakiti manusia lain
            Sabar fardhu adalah datang dengan taufiq Allah. Sabar di atas musibah yang melanda akan diberikan pahala yang besar. Manakala sabar daripada menyakiti manusia adalah mahabbah (kasih sayang). Sabar yang ketiga ini adalah sebagai tanda kasih dirinya kepada Allah dan pada makhluk Allah yang dianggap oleh sesetengah ulamak sebagai sabar yang paling afdhal atau terbaik. Ini berdasarkan kepada hadis nabi saw:
Ertinya: Orang mukmin yang bercampur dengan manusia dan sabar apabila disakiti oleh manusia, terlebih baik daripada mukmin yang tidak bercampur dengan manusia dan tidak sabar apabila disakiti oleh mereka”.
            Kata sesetengah ulamak pula sabar yang baik ialah tuan punya diri yang ditimpa musibah sama ada pada harta, diri dan anak-anaknya tidak diketahui oleh orang lain dengan sebab dirinya tidak mengadu kepada manusia selain Allah. Sabar ini dianggap terlebih baik daripada ibadah kerana dirinya mampu bersabar dengan redha terhadap Qada’ atau ketentuan Allah dan Qada’Nya. Menurut al-Wahab, golongan yang bersabar dengan bala Allah akan ditempatkan di dalam Syurga yang terbaik iaitu Haziratul Qudsi. Mereka adalah ahli musibah yang sabar dengan ujian Allah dan bersyukur dengan nikmat Allah.

Keperluan dan Keistimewaan sifat Sabar
Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa sabar adalah termasuk akhlak yang paling utama yang mendapat perhatian al-Quran sehingga Allah menyebut kalimah ini sebanyak 70 kali. Menurut Abu Thalib al-Makky, sebahagian ulamak menjelaskan bahawa tidak ada yang lebih utama daripada sabar, sehingga Allah menyebutkannya sebanyak 90 kali di dalam al-Quran, dan tidak diketahui sesuatu yang lain yang disebut oleh Allah sebanyak 90 kali kecuali sifat sabar.
            Sifat sabar hanya dikhususkan kepada manusia sahaja dan tidak diberikan kepada binatang dan juga malaikat. Binatang dikuasai sepenuhnya oleh syahwat. Maka satu-satu pembangkit gerak dan diamnya hanyalah syahwat. Binatang tidak mempunyai kekuatan untuk menolak tuntutan syahwat.  Malaikat pula dibersihkan daripada syahwat, maka ia tidak perlu kepada kekuatan yang berfungsi untuk melawan setiap kecendungan ke arah yang tidak sejajar dengan sifat ketaatan dan kesucian Ilahi. Justeru, manusia adalah makhluk yang dicipta melalui beberapa proses yang dibekalkan akal, dan akan berhadapan dengan pelbagai cubaan dalam kehidupannya. Maka sabar adalah kekuatan yang diperlukan untuk menjadi insan yang waras dan bersikap rasional dalam apa jua tindakan mereka.

Hukum Sabar
Sabar Fardhu: sabar atas meninggalkan maksiat dan segala bala & kesakitatan
Sabar Sunat: sabar atas meninggalkan perkara makruh dan yg mubah dan meninggalkan dunia lebih daripada hajat. Atau sabar dalam perkara dendam
Peringkat Sabar
      Sabar orang awam: menahan atas segala kesusahan dan kesakitan yang dilakukan akan dia oleh Allah Taala daripada segala hukumnya dan ketaatan dan menjauhkan daripada maksiat kerana inginkan pahala dan takut seksaanNya
      Sabar orang Muridin: Menerima kesusahan @ kesakitan dengan hati yang senang. Kerana memahami bhw semuanya datang daripada Allah Taala. Tidak melihat kepada pahala, @ takut pada seksaan Allah, bahkan semata-mata kerana suruhan Allah
      Sabar Zahidin dan Salikin: Sabar atas segala hukum Allah dan memahami ketentuan lauh mahfuz Allah, yang tidak berubah-ubah. Redha dengan segala ketentuan Allah (sabarullah)






0 ulasan:

Catat Ulasan