Ads 468x60px

Labels

Rabu, 11 Januari 2012

Fatwa Pengambilan Tanah Wakaf Tapak Masjid


Isu:
Fatwa Pengambilan Tanah Wakaf Tapak Masjid Taman Munsyi Ibrahim Lot PTD 84437 seluas 4,4923 ekar bagi menggantikan tapak masjid Taman Bukit Mewah Lot PTD 39931 seluas 14, 776 Mp di Mukim Tebrau Johor Bharu.

Keputusan:
Istibdal adalah diharus dengan beberapa syarat:
1.Majlis Bandaraya Johor Bharu hendaklah terlebih dahulu membayar nilaian baki keluasan iaitu 0.84 ekar kepada Majlis Agama Islam Johor dengan nilaian semasa atau;
2.Majlis Bandaraya Johor Bharu hendaklah terlebih menggantikan dengan tapak lain di kawasan lain yang memerlukan tapak masjid daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru atau memohon dengan kerajaan.

Selasa, 10 Januari 2012

Waqaf Pemerintah Muslim Dari Harta Baitul Mal


Ulama'-ulama' mazhab Syafie telah mengharuskan bagi Imam-imam(pemerintah) muslimin dan khalifahnya untuk mewaqafkan sebahagian dari tanah-tanah baitul mal jika tindakan itu membawa kemaslahatan kepada umat Islam. Dalam hal ini mereka mengecualikan syarat sempurna milik bagi pewaqaf disebabkan khalifah tidak memiliki harta-harta baitulmal, walaupun begitu mereka berpendapat bahawa sah waqaf berkenaan . Mereka berdalil kepada waqaf yang telah di lakukan oleh Omar AI Khattab semasa beliau memegang jawatan khalifah yang dikenali sebagai waqaf Sawwad al-'Iraq. Telah berkata Imam Nawawi Rahimahullah di dalam Raudhah ''Jika Imam berpandangan untuk mewaqafkan tanah rampasan perang sepertimana yang dilakukan oleh Omar r.a hukumnya adalah harus jika mendapat persetujuan dari mereka yang berhak terhadap harta itu samada persetujuan mereka dengan penggantian hak mereka atau selainnya.

Negara asal : Malaysia
Negeri : Perak
Badan yang mengisu fatwa : Dato’ Seri Haji Harussani B. Zakaria
Penulis/Ulama : Dato’ Seri Haji Harussani B. Zakaria
Sumber:http://infad.kuim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=2092, 20 Januari 2006

Sabtu, 7 Januari 2012

Fatwa Pengambilan Semula Tanah Wakaf di Negeri Perak


1. LATAR BELAKANG.
1.1 Kerajaan Negeri Perak, dari masa ke semasa telah dan akan mengurniakan tanah kepada Majlis Agama Islam Perak bagi tujuan-tujuan pembinaan masjid, surau, tapak perkuburan, sekolah agama rakyat dan lain-lain tujuan pembangunan Islam.
1.2 Kadangkala timbul masalah apabila tanah-tanah tersebut mahu dimajukan dengan melibatkan pengambilan semula oleh kerajaan dan projek-projek pembangunan yang lain.
1.3 Satu keputusan fatwa perlu di adakan dengan jelas terhadap isu tersebut agar penggunaannya tidak menyalahi hokum-hukum waqaf dalam Islam jika sekiranya status tanah tersebut adalah tanah waqaf.
1.4 Jawatankuasa Syariah Negeri Perak telah bermesyuarat pada 3 Zulqaedah 1422 bersamaan 17 Januari 2002 kali ke 154 telah membincang meneliti dan membahas perkara berkenaan.
1.5 Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh ahli-ahli mesyuarat seperti berikut:

2. KEPUTUSAN JAWATANKUASA SYARIAH.

Jumaat, 6 Januari 2012

Fatwa Pengambilan Tanah Di Melaka


Fatwa bayaran pampasan bagi pengambilan tanah wakaf
Rujukan pewartaan 2 Feb. 1995. No.54
Pada menjalankan kuasa-kuasa yang yang telah diberikan oleh seksyen 30 (1) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Melaka) 1991, Mufti Negeri Melaka bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah membuat fatwa yang berikut:
A)Bahawa menurut hukum syarak tanah-tanah wakaf tidak boleh dijual beli, tidak boleh diberikan kepada sesiapa dan tidak boleh dipindah milik. Demikianlah sebagaimana yang berlaku pada wakaf sayyidina Umar al-Khattab r.a. tanahnya di Khaibar, yang mana menjadi wakaf yang pertama dalam Islam
B)Bahawa menurut seksyen 37, Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Melaka) 1991, tanah-tanah wakaf di negeri Melaka ini terletak pada Majlis Agama Islam sebagai pemegang Amanah yang Tunggal
C)Oleh yang demikian, jika tanah wakaf diambil balik oleh pihak berkuasa negeri kerana apa jua sebab, maka pampasan wajiblah dibayar baginya dan wang pampasan itu hendaklah terletak hak dan dibayar kepada Majlis Agama Islam, supaya diganti tanah lain sebagai mengekalkan wakaf dan menunaikan kehendak yang berwakaf

Khamis, 5 Januari 2012

Fatwa Pengambilan Tanah Wakaf Di Negeri Kelantan

Soalan:
Satu kertas mengenai perkara yang tersebut diatas dibentang dalam mesyuarat untuk mendapat keputusan fatwa. Menurut kertas tersebut, amalan pengambilan balik tanah rakyat oleh kerajaan adalah merupakan suatu perkara biasa untuk tujuan tertentu menurut kuasa yang diberikan oleh (Akta Pengambilan Tanah 1960)

Jawapan: