Ads 468x60px

Labels

Isnin, 27 Februari 2012

JENIS BARANGAN YANG DIJUAL DI BANGUNAN WAKAF


Sekiranya di satu tanah wakaf yang telah dibangun semula mempunyai kedai-kedai atau pusat membeli-belah, adakah disyaratkan barangan yang dijual di situ mesti barangan yang halal sahaja ?
Tidak mesti mensyaratkan penyewanya supaya menjual barang-barang halal sahaja tetapi jika ia memberitahu kepada kita bahawa tujuan ia menyewa ialah untuk berniaga barang-barang yang haram maka kita harus menolaknya daripada menyewakannya.
Jika selepas disewakan kelihatan penyewa tadi menjalankan perniagaan barang-barang haram, kita hendaklah bertindak menghentikan penyewaannya seberapa yang terupaya.

Majlis Agama Islam Singapura

1 ulasan:

  1. bukankah syarat-syarat dalam mebangunkan tanah wakaf untuk tujuan komersil mesti mengikut hukum syarak. Oleh itu, bagaimana yang dikatakan bahawa penyewa tidak disyaratkan untuk menjual barangan yang halal sahaja? sekiranya diberitahu bahawa menjual barangan haram baru dinasihatkan dan sekiranya selepas disewa, didapati terdapat barangan haram haruslah dihentikan seberapa terdaya. Tidakkah di situ nampak seperti meringan-ringankan hukum syarak.

    BalasPadam