Majlis Perpisahan Tuan Hj Malek, Pegawai Kedutaan Brunei Darussalam di Bukit Bintang
Selasa, 10 September 2013
Perbincangan Panel Penasihat Institut Kajian Zakat dan Wakaf Malaysia (IKaZ)
ISU-ISU PELAKSANAAN ISTIBDAL HARTANAH WAKAF DI MALAYSIA
Pendahuluan
Pada dasarnya
hukum syarak mengharuskan pelaksanaan konsep Istibdal dilihat dan dianggap
sebagai suatu mekanisme yang boleh mengekalkan kesinambungan tanah wakaf
tanpa mengorbankan prinsip asal wakaf. Konsep
Istibdal atau lebih dikenali sebagai
pertukaran harta wakaf pada hakikatnya merupakan salah satu jalan penyelesaian
kepada masalah-masalah yang membabitkan pembangunan harta wakaf.[1] Tujuan asal seseorang
mewakafkan harta adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mengharapkan
pahala secara berterusan, selain rahmat, keberkatan dan keredhaanNya. Tujuan
asal ini tidak akan kesampaian jika adanya halangan-halangan yang tidak dapat
dielakkan. Antaranya seperti pelupusan status wakaf akibat pengambilan tanah
wakaf oleh pihak berkuasa. Maka nazir selaku pemegang amanah harta wakaf perlu
menyelesaikan permasalahan ini dengan mengambil alternatif dan pendekatan agar
manfaat harta wakaf dapat disalurkan untuk selama-lamanya sebagaimana niat
pewakaf. Namun aspek pelaksanaannya memerlukan kepada ketelitian dengan
mengambilkira pelbagai aspek perundangan negara dan hukum syarak. Di Malaysia
pelaksanaan istibdal tanah wakaf masih tidak begitu popular dan kurang difahami
oleh masyarakat di Malaysia sehingga menimbulkan pelbagai isu dan tanggapan negatif terutama di kalangan masyarakat awam.
Keberkesanan Audit Berkualiti Dalam Memantapkan Sistem Pengurusan Wakaf di Majlis Agama Islam Negeri
![]() |
| Temubual:
En.Azmi bin Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah Audit Cawangan Negeri Terengganu |
Hasil dapatan kajian
ini terdapat banyak isu yang dibangkitkan oleh pihak Audit. Kajian Audit ini
sangat penting kerana maklumat yang dihasilkan oleh JAN dapat dimanfaatkan oleh
semua pihak terutama mereka yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan
wakaf dan para pentadbir di MAIN. Ini kerana maklumat berkaitan wakaf yang
terdapat di MAIN sukar didapati dan sebahagiannya dianggap sulit dan tidak
boleh didedahkan kepada umum. Pengauditan dilakukan di MAIN yang secara
langsung merujuk kepada dokumen dan rekod yang berkaitan perancangan,
pelaksanaan dan pemantauan harta wakaf. Temubual dan soal selidik juga
dilakukan dengan pegawai yang terlibat dan pihak Audit telah melakukan lawatan
ke beberapa lokasi tanah dan pembangunan tanah wakaf. Ini semua bagi memastikan
pengurusan wakaf MAIN telah dilaksanakan menepati dengan hukum syarak dan
mematuhi Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri masing-masing dan Enakmen
Wakaf. Sehubungan dengan itu, maklumat yang didapati melalui Laporan JAN tidak
boleh dipertikaikan dan boleh menjadi pandu arah dalam menentukan prestasi
pembangunan tanah wakaf di Malaysia.
Isnin, 22 Oktober 2012
Timbangan ‘Amal di Hari Akhirat
Pada hari ini
manusia berhadapan dengan Allah SWT yang Maha Perkasa, Maha Besar dan Maha
Agung. Jika tujuh petala langit dan bumi dan segala isinya dihadapkan di
hadapan Allah, maka akan cair kerana takut, malu dan hormat kepada keagungan
Allah SWT. Para malaikat yang bertubuh besar saiznya dikatakan antara dua
cuping telinga sejauh 700 tahun jarak perjalanan. Semuanya tunduk merendah diri
kerana mengagung dan membesarkan Allah. Memperaku keagungan dan kebesaran
Allah, menghormati kekuasaan Allah.
Langgan:
Catatan (Atom)






