Ads 468x60px

Labels

Rabu, 4 Januari 2012

Menukar Tanah Wakaf Untuk Masjid Dengan Tanah Yang Lebih Banyak Manfaat


Soalan:
Bolehkah bagi nazir tanah wakaf keperluan masjid menukarkan dengan tanah yang lebih banyak manfa'atnya?

Jawapan:
Haram menukarkan tanah wakaf, menurut Mazhab Syafi'i, dan menurut Mazhab Hanafi boleh, asal dengan tanah yang lebih banyak manfa'atnya.

Keterangan: Dari kitab Syarqawi. Alat-Tahrir bab. Wakaf.

Selasa, 3 Januari 2012

Wakaf Pendidikan Di Gontor Indonesia

Wakaf Pendidikan Di Gontor Indonesia

Memindah Alat-Alat Masjid


Soalan:
Apakah hukumnya memindah alat-alat masjid, seperti atapnya ke atap kamar mandinya? Dan bolehkah mengambil alat-alat masjid yang telah rosak?

Jawapan:
Tidak boleh mengambil alat-alat masjid dipergunakan untuk lain-lainnya, kecuali diperuntukkan masjid, dan tidak boleh dijual atau diberikan orang lain, tetapi kalau sudah rosak dan tidak dapat dipakai, maka menjadi hak milik masjid.
Keterangan: Dari kitab l'anatut-Thalibin Juz III bab Wakaf.

Isnin, 2 Januari 2012

Hukum Sumbangan Non-Muslim Untuk Pembangunan Masjid

Soalan:
Masyarakat Indonesia yang memegang teguh dasar negara Pancasila dan UUD 1945 sangat toleran terhadap pemeluk agama lain. Bahkan mereka saling bantu membantu dan tolong menolong, bukan hanya dalam kehidupan kemasyarakatan, tetapi juga dalam kehidupan agama. Salah satu bentuk nyata dari sikap saling bantu membantu dan tolong menolong bangsa Indonesia adalah kesediaan kaum muslimin Indonesia memberikan bantuan untuk pembangunan rumah ibadah agama lain. Demikian juga sebaliknya, kesediaan orang-orang non-muslim memberikan bantuan untuk pembangunan masjid, musholla, pondok pesantren dan sebagainya.

Ahad, 1 Januari 2012

Penggunaan Masjid Wakaf


Dr. Hj Ismail bin Omar Abdul Aziz, Mufti Kerajaan Brunei, telah ditanya beberapa soalan:
  1. Dalam kawasan masjid Sengkurong terdapat sebuah bangunan yang didirikan berdekatan dengan masjid tersebut. Bangunan tersebut digunakan sebagai tempat jamuan selepas majlis tadarus al-Quran. Bolehkah bangunan itu digunakan sebagai tempat belajar agama untuk kanak-kanak belajar sebagaimana sekolah agama
  2. Penduduk sebuah kampong memerlukan tempat untuk kanak-kanak belajar. Ini berikutan ketiadaan tempat pengajian kerana bangunan sekolah Melayu yang biasa digunakan tidak ada yang kosong lagi. Terdapat satu cadangan untuk mendirikan bangunan di dalam kawasan masjid untuk tujuan tersebut.