Ads 468x60px

Labels

Khamis, 22 September 2011

Bahaya Berhutang




Pendahuluan
Dalam Islam melepaskan sesuatu kesusahan orang lain amat digalakkan yang termasuk dalam perkara kebaikan, termasuklah memberi hutang kepada mereka yang terdesak atau berhajat. Ia mendatangkan pahala sekiranya diberi dengan penuh keikhlasan dan sipenerima sangat-sangat berhajat. Namun demikian, nabi saw memohon agar kita dijauhkan daripada berhutang yang tidak mampu untuk dijelaskan yang akhirnya menjadikan hidup seseorang itu sengsara dibelenggu hutang.
Berhutang Menjadi Amalan
Aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini Tidak menjadi sesuatu yang pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan rugi. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.
Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalakan tidak perlu membyara jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat. Sabda Nabi SAW bersabda :-
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)
Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana Sabda Nabi SAW :

Hukum Memberi Hutang

Pada dasarnya memberi hutang adalah sunat, tidak meminta hutang adalah harus, tetapi hukum boleh berubah:
* Haram: jika org yang memberi hutang mengetahui kegunaan hutang untuk tujuan yg diharamkan.
* Makruh: jika orang yang memberi hutang mengetahui kegunaan hutang utk tujuan yg tidak bermanfaat @ utk menunjuk-nunjuk, @ penghutang tahu dia tidak mampu membayar semula
Sabda nabi saw lagi : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )
Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Bayaran Hutang Mesti disegerakan

Berdasarkan kepada dali-dalil di atas, maka adalah jelas hutang piutang hendaklah disegerakan bayarannya sekiranya berkemampuan dan tidak boleh ditangguh. Ini berdasarkan juga kepada hadis nabi saw: 
Gopoh-gapah itu datang daripada syaitan kecuali pada lima tempat: Mengahwinkan anak perempuan apabila baligh, membayar hutang apabila sabit, mengebumikan mayat apabila mati, meraikan tetamu apabila berkunjung datang, dan bertaubat daripada dosa setelah melakukan maksiat.

Selain itu antara bebanan orang yang berhutang dan sengaja tidak menunaikan bayaran hutang tersebut, dijelaskan di dalam hadis al-Tabrani daripada Anas: “Ketika kami bersama nabi saw datang satu jenazah yang ingin disembahyangkan. Lalu nabi saw bertanya: Adakah sahabat kamu ini berhutang, mereka berkata: Ya, sabda nabi saw: Sembahyangku tidak memberi manfaat ke atas rohnya, kerana rohnya tergadai di dalam kubur tidak naik ke langit. Jika ada orang yang sanggup melunaskan hutangnya maka aku akan sembahyangkan ke atasnya, kerana jika demikian sembahyangku bermanfaat ke atasnya. Di dalam riwayat yang lain diceritakan seorang lelaki yang mempunyai hutang 2 dinar, maka nabi saw tidak menyembahyangkan ke atasnya. Kemudian Qatadah menjamin untuk melunaskan hutangnya barulah nabi saw sembahyang  ke atas jenazahnya.

Berlandaskan dalil-dalil yang dinyatakan jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah tidak digalakkan di sisi pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-
a) KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

b) PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.

c) PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.

d) UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

 Hutang Belum Bayar Tapi Haji Pergi Juga

Menurut Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi, seseorang yang masih tersangkut dengan bebanan hutang TIDAK WAJIB untuk menunaikan haji. Ulama sependapat bahawa ‘bekalan’ yang dimaksudkan oleh Nabi adalah lebihan harta berbanding tanggungan asasinya, justeru hutangnya terhadap individu perseorangan adalah termasuk dalam tanggungjawab asasinya seperti juga nafqah wajib.
            Hutang perseorangan yang bersifat jangka pendek MESTILAH diselesaikan sebelum pergi menunaikan Haji. Sebagai contoh, terdapat beberapa individu yang masih berhutang dengan sebanyak RM3000, sedangkan janji pelunasan hutang sudah terlewat sekitar setahun dan beberapa bulan. Individu ini tidak layak menunaikan haji kecuali telah melunaskan hutang yang telah dimungkiri tempohnya terlebih dahulu.   Jika ingin juga menunaikan haji, maka WAJIBLAH atasnya meminta izin dari pemberi hutang untuk menunaikan Haji. Tujuannya adalah agar pemberi hutang, boleh redha jika sesuatu berlaku kepadanya sewaktu di tanah suci lalu samada menghalalkan hutang berbaki atau menuntut dari waris keluarganya.Tanpa izin, ia tidak seharusnya pergi menunaikan Haji.
            Jika seseorang berhutang dengan mana-mana institusi kewangan untuk menunaikan haji, ia dibolehkan kerana hutang dari jenis ini TIDAK menjejaskan kelayakan mereka untuk menunaikan haji DENGAN SYARAT, pemergiannya ke Haji tadi TIDAK AKAN membawa masalah kepada pembayaran hutang sistematik kepada institusi kewangan yang dipinjam itu. Jika diyakini pemergiannya ke Mekah, akan menyebabkan terjejasnya kedudukan kewangannya sehingga diyakini boleh menjejaskan tanggungjawab wajibnya seperti nafqah, dan hutang wajib kepada institusi kewangan, maka dalam keadaan ini, TIDAK WAJAR baginya untuk menunaikan Haji malah pemergiannya boleh membawa kepada haram, ini kerana telah sedia maklum bahawa apa-apa yang diyakini membawa kepada haram, maka hukumnya juga jatuh HARAM.
     


3 ulasan:

  1. HAPPY NEW YEAR HAPPY NEW YEAR HAPPY NEW YEAR
    DARI-rossastanleyloancompany

    Apakah Anda membutuhkan kredit yang urg?

    Sangat Cepat dan Transfer Instan ke rekening bank anda
    Bayar kembali bulan setelah Anda
    akun bank
    * Suku bunga rendah 2%
    * Pengembalian jangka panjang (1-30) Panjang
    * Pinjaman fleksibel dan gaji bulanan
    *. Berapa lama waktu yang dibutuhkan untuk membiayai? Setelah mengajukan pinjaman
    Anda mungkin mengharapkan jawaban kurang dari 24 jam
    pembiayaan dalam 48 Jam setelah menerima informasi yang mereka butuhkan
    Dari kru Di perusahaan pinjaman ROSSA STANLEY, kami adalah perusahaan pembiayaan yang berpengalaman yang menyediakan fasilitas pinjaman mudah untuk tulus, korporat, legal dan publik dengan tingkat bunga 2%. Kami memiliki akses ke koleksi uang tunai untuk diberikan kepada perusahaan dan mereka yang memiliki rencana untuk memulai bisnis tidak peduli sedikit atau besar, kami memiliki uang tunai. Yakinlah yang kesejahteraan dan Kenyamanan Anda adalah prioritas utama kami, di sini kami di sini untuk mengurus Anda.

    Hubungi perusahaan pinjaman yang sah dan dapat dipercaya dengan track record layanan yang memberikan kebebasan finansial kepada Perserikatan Bangsa-Bangsa.
    Untuk informasi lebih lanjut dan pinjaman yang meminta untuk bisnis anda, belilah rumah, beli mobil, liburan, hubungi kami via,

    E-mail Resmi: rossastanleyloancompany@gmail.com
    Instagram resmi: Rossamikefavor
    Twitter resmi: Rossastanlyloan
    Official Facebook: rossa stanley favor
    CSN: +12133153118
    untuk respon cepat dan cepat.
    Silahkan mengisi aplikasi di bawah ini dan kami akan memanggil Anda lagi, Kami tersedia 24/7

    DATA PEMOHON

    1) Nama Lengkap:

    2) Negara:

    3) Alamat:

    4) Jenis Kelamin:

    5) Status Perkawinan:

    6) Pekerjaan:

    7) Nomor Telepon:

    8) posisi saat bekerja:

    9) Penghasilan:

    10) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:

    11) Durasi Pinjaman:

    12) nama facebook:

    13) nomor Whatsapp:

    14) Agama:

    15) Tanggal lahir:

    SALAM,
    Mrs.Rossa Stanley Favor
    ROSSASTANLEYLOANCOMPANY
    Email rossastanleyloancompany@gmail.com

    BalasPadam
  2. As-salamu alaikum

    Nama saya Kartika Fitri(kartikafitri74@gmail.com) dari Bogor (Indonesia), Saat Pandemi Covid19 ini usaha suami saya berhutang karena tidak bisa mengimbangi, jadi saya cari online bagaimana saya bisa mendapatkan pinjaman pribadi karena tidak punya agunan, saya menghubungi beberapa pinjaman perusahaan tetapi ternyata penipuan dan penipuan setelah mengirimi mereka uang, Anda tidak akan mendengar kabar dari mereka lagi

    Jadi saya melihat posting dari Mahammad Ismali (Mahammadismali234@gmail.com) tentang pinjaman dari Perusahaan Pinjaman Dangote Via email: Dangotegrouploandepartment @ gmail dengan bunga pinjaman 2%, jadi saya menghubungi mereka mengikuti prosedur mereka dan saya mendapatkan pinjaman saya Rp500,000,000.00 (500 juta) disetujui dan ditransfer ke kami

    Saya ingin berterima kasih kepada Perusahaan Pinjaman Dangote dan juga Mahammad ismali dan saya ucapkan terima kasih selamanya, saran saya kepada siapa pun yang membaca ini jangan buang waktu Anda mencari pinjaman lagi dimana hubungi Perusahaan Pinjaman Dangote dan saya bersumpah dengan hidup saya bahwa mereka adalah nyata dan sah

    BalasPadam
  3. Hai semua

    Nama saya FRADESY RIRITIA, saya berasal dari indonesia, saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu anda semua kebenaran, setiap orang yang anda lihat pada catatan mereka di blog dan laman web ini adalah pencuri (SCAMMERS), saya telah menjadi mangsa cerita mereka dan mereka telah merosakkan hidup saya.
    Saya tidak berada di sini untuk memberitahu anda kisah bagaimana saya ditipu dan bagaimana saya kehilangan banyak wang kepada mereka.

    Saya di sini untuk memberitahu anda SYARIKAT PINJAMAN sebenar dan sahajalah yang ALLAH hantar untuk mengubah hidup saya, mereka adalah SEMUA PINJAMAN GRANT GLOBAL, mereka adalah satu-satunya syarikat pinjaman tulen yang diiktiraf dan dibiayai oleh WORLD BANK.

    Mereka adalah satu-satunya syarikat pinjaman tulen, mereka mempunyai syarat dan syarat pinjaman yang cukup besar, untuk menutup semua pinjaman mereka adalah berpatutan dan cepat dilupuskan tidak seperti syarikat palsu lain yang anda lihat di sini dalam talian yang akan mengambil wang anda tanpa mengeluarkan pinjaman anda,
    Tolong jangan tertipu oleh saksi yang mempunyai nombor dan whatsapp indonesia, mereka semua penipu, bagaimana syarikat individu boleh memberi pinjaman ?, itu harus menjadi pertanyaan pertama anda.

    Rakan-rakan saya di Asia, saya mohon agar anda mendengarkan saya ketika saya bersumpah kepada anda dengan nama Allah, bahawa saya mengatakan kepada anda semua kebenaran, Syarikat ALL GLOBAL GRANT LOAN, satu-satunya syarikat yang boleh dipercayai dan mereka akan memastikan anda menerima pinjaman anda setelah anda menyelesaikan proses pinjaman seperti yang diperlukan.
    Mengapa anda tidak menjadi antara berita baik ini dengan menghubungi mereka segera jika anda SANGAT MENARIK untuk meninggalkan perjuangan kewangan anda dan meningkatkan tahap kehidupan anda, berikut adalah EMAIL allglobalgrantloan@gmail.com.

    Anda bebas menghubungi saya di EMAIL fradesyriritia12@gmail.com saya untuk maklumat lebih lanjut, saya dengan senang hati akan mendengar anda berkongsi kisah kebahagiaan anda sendiri.
    Terima kasih semua, dan semoga ALLAH memberkati SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL kerana memberi saya kegembiraan baru ini.

    NAMA Syarikat: SEMUA PINJAMAN GRANT GLOBAL
    EMAIL Syarikat:allglobalgrantloan@gmail.com
    Whatsapp Syarikat: +1 (301) 971-4445
    E-mel Saya: fradesyriritia12@gmail.com

    BalasPadam