Ads 468x60px

Labels

Jumaat, 3 Februari 2012

Tanda Terbukanya Pintu Rahmat Allah

Pendahuluan

Apabila kita meyakini bahawa selain Allah adalah miskin, papa, lemah, tidak kuat, maka itu adalah tanda bahawa pergantungan kita hanya kepada Allah SWT. Maka kita tidak lagi berhajat kepada manusia, dan kita akan menjadi semakin jauh daripada bergantung kepada manusia dan hilangnya mengharap kepada pertolongan daripada manusia. Allah adalah tempat segala bergantung harap kita dalam setiap aspek kehidupan, seperti rezeki, ajal, maut, jodoh dan lain-lain semuanya telah ditentukan Allah. Keputusan yang dibuat oleh manusia adalah penyebab sahaja. Ini kerana segala yang terjadi dalam kehidupan ini adalah bersumberkan daripada Allah sebagai penentu.


Hati tidak sunyi daripada sesuatu yang menjadi lawannya. Hati yang lari daripada makhluk sudah pasti akan bergantung harap kepada Allah dan akan menuju kepadaNya. Apabila hati merasai fakir, miskin, hina, lemah sebagai hamba di sisi Allah, maka hati akan bertambah yakin kepada Allah dan mengajak seluruh anggota untuk tunduk dan jinak kepada Allah SWT. Maka tidak ada lagi pengaruh luar daripada dunia untuk mempengaruhi dengan bisikan dan dakwaan, selain ia datang daripada Allah. Hati akan gembira disebabkan amal ikhlas yang dilakukan kerana Allah dan bukan kerana manusia. Datangnya ketenangan dan kebahagian yang menusuk ke dalam hati dan jiwa.





Hati yang Jinak Dengan Allah



Apabila hati semakin jinak dengan Allah, maka Allah sesekali tidak akan menolak dan menahan permintaan hambaNya. Malah Allah akan terus menggerakkan hati hambaNya untuk terus bermohon doa kepadaNya. Lidahnya dijadikan semakin ringan untuk terus memohon. Di saat ini dirasakan bahawa dirinya semakin dekat dengan Allah dan merasai dirinya terlalu fakir, hina dan sangat berhajat kepada Allah dan petunjukNya.

            Hamka[1] menyatakan bahawa doa seorang mukmin itu mempunyai 3 tingkatan. Antaranya ialah:

  1. Mengakui bahawa seruan telah didengari dan isi seruan itu telah dipercayai. Maka dia telah beriman kepada Allah
  2. Memohon diampunkan segala dosa kelalaiannya selama ini
  3. Ingin cepat mendapat anugerah Allah kerana telah mengakui keimanan kepada Allah

           

Allah menjelaskan tiga keadaan ini bahawa hati yang jinak akan merasai dirinya lalai, maka dirinya bermohon kepada Allah dengan penuh khusyuk setelah dapat mendengar seruan dan ajakan supaya memilih jalan yang benar. Maka dia akan bermohon kepada Allah:



terasa terbuka hijab dengan Allah ke arah jalan yang benar dan merasai dirinya semakin bernilai. Maka dia memohon agar Allah memberikan kepadanya janji-janji yang akan diberikan kepada orang yang beriman kepada Allah SWT. Manusia yang beriman kepada Allah akan diberikan kelapangan dan petunjuk jalan hidup di dunia. Maka dia bermohon kepada Allah:







Justeru itu juga Allah akan memperkenankan apa yang dikehendaki sama diberikan secara terus, atau ditangguh kepada waktu yang lebih sesuai menurut perancangan dan kemahuan Allah. Permohonan manusia biasanya akan mengikut kemahuan dan kehendaknya, tetapi apabila perancangan Allah itu lebih diutamakan maka keputusan yang diterima disusun atur oleh Allah yang lebih baik. Allah SWT berfirman;



$pkšr'¯»tƒ z`ƒÏ%©!$# (#þqãZtB#uä bÎ) (#rçŽÝÇZs? ©!$# öNä.÷ŽÝÇZtƒ ôMÎm6s[ãƒur ö/ä3tB#yø%r& ÇÐÈ  

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.



(Surah Muhammad:7)



Allah akan membuka pintu-pintu rahmatnya dengan mudah apabila hati ini digerakkan sendiri olehNya. Permohonan yang terbaik ialah kita memohon keamponan dosa yang kita lakukan, dan memaafkan segala kesalahan dan menyelamatkan kita daripada seksaan di akhirat kelak. Doa ini dilakukan secara terus menerus dan berkekalan, dan bukannya sekadar waktu tertentu sahaja atau waktu yang dihajati sahaja. Manusia sangat berhajat kepada Allah kerana yakin bahawa segala apa yang ada di langit dan di bumi tidak terlepas daripada seksaan Allah. Tidak ada sesuatu lain yang dapat menandingi kekuasaan dan kekuatan serta keputusan Allah. Inilah penghayatan batin manusia yang dekat dengan Allah yang tidak pernah lupa dan merasai jemu serta bosan dengan memohon hajat kepada Allah sebagai tempat pergantungan harap. Inilah yang dikatakan mereka telah mengenali makrifat Allah dengan lebih dekat dan rapat. Firman Allah SWT:



z>$yftFó$$sù öNßgs9 öNßgš/u ÎoTr& Iw ßìÅÊé& Ÿ@uHxå 9@ÏJ»tã Nä3YÏiB `ÏiB @x.sŒ ÷rr& 4Ós\Ré& ( Nä3àÒ÷èt/ .`ÏiB <Ù÷èt/ ( tûïÏ%©!$$sù (#rãy_$yd (#qã_̍÷zé&ur `ÏB öNÏd̍»tƒÏŠ (#rèŒré&ur Îû Í?Î6y (#qè=tG»s%ur (#qè=ÏFè%ur ¨btÏeÿx._{ öNåk÷]tã öNÍkÌE$t«Íhy öNßg¨Yn=Ï{÷Š_{ur ;M»¨Zy_ ̍øgrB `ÏB $pkÉJøtrB ㍻yg÷RF{$# $\/#uqrO ô`ÏiB ÏYÏã «!$# 3 ª!$#ur ¼çnyYÏã ß`ó¡ãm É>#uq¨W9$# ÇÊÒÎÈ  



Ertinya: Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - Sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)".



(Surah Ali Imran:195)





Keadaan ini berbeza dengan orang awam, doa dan hajat mereka dilakukan apabila ada keperluan sahaja, atau ada sesuatu musibah yang berlaku ke atas dirinya. Apabila hajatnya telah tercapai atau musibah yang menimpa dirinya telah tidak ada lagi, maka hilanglah hajatnya kepada Allah dengan begitu cepat sekali. Apabila datang cubaan seperti sakit, miskin, gagal, cemas, sesuatu keputusan yang tidak menyebelahinya, maka di saat ini lantas hatinya teringat kepada Allah dan memohon agar Allah memenuhi kemahuan dan kehendaknya, sekalipun bertentangan dengan sepatutnya. Kekhusyukan hati adalah disebabkan kerana sesuatu yang lain setelah kekuatan dan kebijaksaan sendiri gagal untuk menanganinya. Ia hanya akur kepada kekuatan dan keagungan Allah ketika saat diperlukan. Dia merendah diri kepada Allah ketika kemampuannya lemah dan terbatas. Penghayatan cinta dan kasih kepada Allah adalah bermusim, dan tidak meresapi ke dalam hati sanubari. Sepatutnya dia perlu merasai sebagai hamba Allah, bahawa kekuasaan dan keagungan Allah sentiasa bersama dirinya sepanjang masa dan waktu di mana jua dia berada, di saat dirinya senang dan susah, miskin dan kaya, berilmu dan jahil, tenang dan kacau bilau, huru-hara dan aman. Namun manusia biasa hanya memilih saat tertentu sahaja bersama-sama dengan Allah. Manusia sebenarnya bersikap tidak adil dengan penciptanya .

Hati yang telah terikat kukuh dan terjalin erat dengan Allah tidak akan tenang, tenteram dan bahagia apabila tidak dikaitkan dengan kehendak Allah. Hatinya tidak akan tunduk kepada selain Allah, dan takut serta pasrahnya hanyalah kepada Allah yang Satu, Maha Agung, Maha Bijaksana. Ibadat zahir (tubuh) dan ibadat batin (hati) akan bersatu padu ke arah yang satu. Saling mengimbangi dan meninggal antara satu sama lain. Waktu inilah ibadatnya telah sampai kepada peringkat ’Ubudiyah. Semua yang terhasil ini bukannya boleh berlaku dengan mudah dan dalam tempoh masa yang singkat. Semakin lama makrifat ini akan semakin bertambah dan meningkat tinggi di dalam hatinya. Cahaya kebesaran dan keagungan Allah semakin subur membiak di hati. Itulah menyebabkan mereka melihat sesuatu dengan matahati (cahaya hati). Cahaya ini akan menyinari hati hamba-hamba Allah dan tidak akan hilang dan lenyap sehingga ke hari Akhirat.



Jangan Bersangka Buruk dengan Allah



Allah yang mempunyai sifat Kasih dan Sayang, iaitu Maha Penyayang, Pengasih yang sentiasa mengawasi dan menjaga manusia di mana jua manusia berada. Maka kita tidak boleh berburuk sangka dengan Allah dengan mengatakan Allah sengaja menyusah dan membebani kita. Perlu diketahui bahawa setiap ketentuan daripada Allah adalah baik dan menjadi pilihanNya, sekalipun bertentang dengan kehendak manusia. Ini bermakna ketentuan Allah ada yang tersembunyi dan nyata. Tidak ada sesuatu makhlukpun yang dapat mengetahuinya. Inilah yang dijelaskan oleh Allah SWT di dalam surah al-Baqarah, ayat 216 :



|=ÏGä. ãNà6øn=tæ ãA$tFÉ)ø9$# uqèdur ×nöä. öNä3©9 ( #Ó|¤tãur br& (#qèdtõ3s? $\«øx© uqèdur ׎öyz öNà6©9 ( #Ó|¤tãur br& (#q6Åsè? $\«øx© uqèdur @ŽŸ° öNä3©9 3 ª!$#ur ãNn=÷ètƒ óOçFRr&ur Ÿw šcqßJn=÷ès? ÇËÊÏÈ  

kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.





Dalam pelbagai keadaan sudah pasti manusia berhajat kepada apa yang disukai mengikut kehendak hati dan nafsunya. Sebaliknya dalam keadaan tertentu tidak semua kehendak dan kemahuan manusia itu baik di sisi Allah. Ada hal-hal tertentu yang sangat tidak disukai oleh kita, sebaliknya begitu disukai oleh Allah. Begitulah setiap keputusan manusia tidak semestinya baik di sisi Allah, tetapi semua keputusan Allah itu perlu diterima dan diyakini bahawa ia adalah baik, malah yang terbaik dan paling sempurna. Abu Talib al-Makki mengatakan bahawa:



Manusia benci kepada sakit, tidak senang dengan fakir, kemiskinan dan kemudharatan, namun mengikut perkiraan Allah, semua itu membawa kepada kebaikan di Akhirat. Begitulah juga manusia suka kepada kekayaan, sihat, pangkat dan sebagainya, sedangkan semua ini kemungkinan membawa akibat yang tidak baik di dunia dan akhirat.



Luasnya Nikmat Allah SWT



Perlu diketahui bahawa nikmat dan kurniaan Allah SWT kepada manusia itu terbahagi kepada iaitu nikmat yang bersifat lahir dan nikmat bersifat batin. Nikmat lahir ialah apa yang jelas dapat dilihat dengan pancaindera iaitu kesihatan, manakala nikmat batin merangkumi ujian-ujian daripada Allah SWT yang terkandung di dalamnya nilai-nilai keamanan, keyakinan, kesabaran dan lain-lain dalam menempuhinya. Hamba yang soleh apabila dikurniakan nikmat yang sihat dan kaya akan merasai dirinya semakin jauh dengan Allah dan terasa diri dilupai olehNya. Lantas datang perasaan kebimbangan di dalam hatinya jika keadaan ini boleh melalai dan melupakan dirinya kepada Allah SWT. Kesakitan dan kemiskinan menjadikan dirinya semakin dekat dengan Allah, dan semakin tinggi pergantungannya kepada Allah, dengan sebenar-benar pergantungan. Di saat menghadapi kesakitan dan penderitaan hidup, ibadatnya semakin bertambah dan perhambaannya kepada Allah SWT semakin tinggi.

Bagi sesetengah manusia merasakan kesihatan, kekayaan, pangkat adalah lambang dan bukti Allah sayang dan suka kepadanya dengan berkat usaha dan kesungguhannya. Perlu disedari bahawa apabila Allah memberikan kepada kita nikmat, tetapi jika kita tidak mengenali nikmat itu sebagai nikmat daripada Allah, tidak mengenali nikmat itu sebagai satu yang amat bernilai, tidak menghargai dan menghormatinya, malah tidak memuliakannya, maka Allah akan menariknya apabila tiba waktunya.

Jika perasaan cinta kepada Allah semakin berkurang di hati manusia, bahkan dirasakan seperti biasa sahaja, malah tidak sedikitpun ada perubahan di dalam dirinya, sama ada sedih, susah, maka pada umumnya Allah tidak akan mengembalikan lagi nikmat yang diberikan kepadanya.





Menghargai Hadiah Pemberian Allah



Tabiat manusia apabila diberikan kepadanya nikmat, mereka tidak meletakkan nikmat itu pada tempat dan fungsinya. Namun nikmat itu akan disedari apabila sudah tidak ada, atau telah berlalu pergi. Nikmat sihat dirasakan setelah datangnya waktu sakit, nikmat kaya dirasakan setelah menjadi miskin, nikmat muda dapat dirasakan setelah datangnya hari tua, begitulah disebaliknya. Maka setelah itu dapat dirasakan betapa tinggi dan bernilainya nikmat Allah. Kasih dan sayang Allah itu tidak ada tolak bandingnya dengan kasih dan sayang manusia. Sebenarnya Allah memberikan hadiah nikmat sebagai satu penghargaan, tetapi manusia yang tidak tahu menghargai nikmat Allah. Insan yang soleh akan menjadi nikmat Allah sebagai jalan untuk menghampirkan diri kepadaNya. Dirinya  akan semakin hampir kepada Allah, imannya semakin bertambah, keyakinannya semakin menebal.

            Bagi merasai betapa besar dan agungnya nikmat Allah kepada hambanya, maka si kaya perlu memikirkan semasa dirinya belum menjadi kaya, dia seorang yang miskin dan fakir. Orang yang sihat jangan melupai bahawa dirinya berada pada waktu pagi dengan sihat, tidak bermakna ia sampai sihat hingga ke petang. Maka setiap detik datangnya nikmat, maka hendaklah diingatkan kepada lawannya. Orang yang telah bertaubat kepada Allah, hendaklah sentiasa mengingati bagaimana dirinya melakukan maksiat dan jauh menyimpang daripada jalan Allah, namun dengan kasih dan sayang Allah dirinya dikembalikan kepada jalan yang benar. Apabila semua ini dapat disedarinya dengan hati sanubari, maka datanglah sifat syukur dan berterima kasih kepada Allah sebagai Yang Maha Pemberi segala-segala kepada manusia. Tidak ada kuasa lain yang boleh mengatasi kuasa Allah SWT. Maka dirinya akan sentiasa bersama Allah sebagai pengawal dan pemelihara dirinya.








Apa Kata Syeikh Abd Kadir al-Jailani...
 
Sekiranya kamu bertemu seseorang, maka lihatlah kelebihan yang ada padanya dan katakanlah kepada dirimu:
 
 “Mudah-mudahan jadilah dia di sisi Allah lebih baik daripada aku dan semoga Allah mengangkat darjatnya”.
 
Sekiranya kamu bertemu seseorang yang lebih muda daripada kamu, maka katakanlah kepada dirimu:
 
“Dia belum lagi menderhakai Allah, tetapi aku lebih banyak menderhakai Allah. Tidak ragu lagi dia lebih baik daripada aku”
 
Sekiranya kamu bertemu seseorang yang lebih alim daripada kamu, maka katakanlah kepada dirimu:
 
“Dia telah diberi Allah apa yang aku tidak dapat, dan dia lebih mengetahui apa yang tidak aku ketahui”
 
Sekiranya kamu bertemu seseorang yang jahil daripada kamu, maka katakanlah kepada dirimu:
 
Dia ini menderhakai Allah kerana kejahilannya, sedangkan aku derhaka kepada Allah dalam keadaan aku mengetahui dan aku tidak tahu bagaimana kesudahanku”











[1]Hamka (1983), Iman dan Amal Shaleh, cet.1, Penerbit Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur, hlm. 17-20,

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum, sungguh kagum saya dengan tulisan dr. Menyentuh hati saya..Alhamdulillah.

    BalasPadam