Ads 468x60px

Labels

Jumaat, 20 Januari 2012

Hukum Menyerahkan Sebahagian Tanah Wakaf Kepada Pihak Berkuasa


Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-46 yang bersidang pada 22 Apr 1999 telah membincangkan Hukum Menyerahkan Sebahagian Tanah Wakaf Kepada Pihak Berkuasa. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  • Tanah wakaf tidak boleh sama sekali dipindah milik kecuali kerana darurat yang memerlukan demikian berdasarkan syarat-syarat yang tertentu.
  • Tanah wakaf yang diambil/dipindah milik kepada kerajaan pihak berkenaan hendaklah membayar pampasan mengikut nilai tanah yang diambil atau menggantikan dengan tanah lain yang setara atau yang lebih baik nilainya.
  • Tanah wakaf yang hendak dibangunkan hendakklah dikecualikan syarat penyerahan tanah untuk tujuan pembinaan kemudahan awam seperti jalan, saliran, tapak pencawang letrik dan sebagainya. Bagaimananpun kemudahan awam itu bolehlah dibina diatas tanah wakaf itu.
  • Bagi tanah wakaf khas untuk tujuan-tujuan tertentu seperti masjid, sekolah dan seumpamanya pihak yang mengambil tanah itu hendaklah memperuntukkan bahagian-bahagian yang tertentu sebagai gantian tanah wakaf yag diambil mengikut nilai semasa bagi mengekalkan status wakaf tersebut. Contohnya bangunan bertingkat-tingkat yang didirikan, beberapa unit tertentu (mengikut nilai semasa) diperuntukkan untuk masjid atau sekolah atau sebagainya seperti yang diniatkan oleh pewakaf.

Pencerobohan Tanah Wakaf

Pencerobohan Tanah Wakaf

Khamis, 19 Januari 2012

Ekonomi Masjid

Ekonomi Masjid

Rabu, 18 Januari 2012

Hukum Membangunkan Tanah Wakaf Khas Dengan Pembangunan Sekain Daripada Niat Asal Pewakaf


Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1-3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Membangunkan Tanah Wakaf Khas Dengan Pembangunan Selain Daripada Niat Asal Pewakaf. Muzakarah telah memutuskan bahawa membangunkan tanah wakaf khas khususnya wakaf masjid dengan tambahan projek pembangunan atau beberapa penambahbaikan bagi menjamin harta wakaf tersebut kekal adalah diharuskan oleh Islam dengan syarat pembangunan ini hendaklah berdasarkan keperluan yang boleh ditentukan oleh pemerintah dan tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Selasa, 17 Januari 2012

Ke Arah Mengislamisasikan Kanun Tanah Negara

Ke Arah Mengislamisasikan Kanun Tanah Negara