Dengan penuh hormat dan takzim sukacita kaola
memaklumkan bahawa Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah menyumbangkan
pembinaan sebuah rumah di bawah Rancangan Bantuan Skim Perumahan Yayasan
Sulatan Haji Hassanal Bolkiah kepada seorang perempuan.
Untuk makluman Pehin, perempuan berkenaan telahpun
meninggal dunia pada 12 Oktober, 1999 dan Allahyarham tidak sempat mendiami
rumah tersebut kerana ianya siap dibina sepenuhnya setelah Allahyarham
meninggal dunia. Rumah tersebut didirikan di atas tanah bergeran yang dimiliki
oleh Allahyarham sendiri. Tanah tersebut terletak di Kampong labu estate,
daerah temburang dan ianya merupakan kurnia Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
kepada Allahyarhamdi bawah Skim Penggeranan yang dikendalikan oleh Jabatan
Tanah, Kementerian Pembangunan.
Untuk makluman Pehin juga, sebagaimana maklumat yang
diterima daripada Ketua Kampung Labu Estate, Temburong bahawa Allahyarham tidak
mempuntai waris yang berhak ke atas tanah dan rumah tersebut. Beliau hanya
mempunyai anak-anak angkat yang tidak berdaftar. Allahyarham juga tidak pernah
membuat sebarang wasiat secara bertulis semasa hidupnya mengenai dengan
kedudukan tanah yang telah dikurniakan dan juga rumah yang akan di kurniakan.
Sehubungan dengan itu, sukacita kaola pohonkan jasa baik
dan kerjasama Pehin sekiranya akan dapat memeberikan pandangan mengenai
kedudukan tanah milik Allahyarham dan rumah bantuan Skim Perumahan yayasan
sultan Haji Hassanal Bolkiah yang di peruntukan kepada Allahyarham itu.
Answer :
ألحمدلله والصلاة والسلام على
سيدنا رسول الله محمد صلى الله عليه وسلم وعلى اله وأصحابه والسالكين سبيله ،
والداعين بدعوته الى يوم الدين وبعد
Apabila Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
menyumbangkan pembinaan ruamh di bawah rancangan Bantuan Skim Perumahan yayasan
Sultan haji Hassanal Bolkiah kepada perempuan tersebut, sama ada perempuan itu
memohon rumah tersebut terlebih dahulu, kemudian dipersetujui secara rasmi oleh
Yayasan, maka kecenderungan kita, skim seperti itu termasuk dalam kategori
bantuan (tabarru’). Tabarru’ itu ialah seorang mukallaf membelanjakan harta
atau wangnya atau memberikan suatu benda yang member manfaat kepada orang lain
samaada sekarang atau pada masa hadapan tanpa imbalan dengan tujuan kebajikan
dan perkara-perkara baik (ma’ruf) pada kebiasaanya. (Al-Mausu ah Al-Fiqhiyah
10/65)
Walaupun rumah itu belum sempat didiami oleh tersebut,
namun jika Yayasan telah berjanji, lebih-lebih lagi secara bertulis rasmi untuk
memberikan rumah itu kepadanya, ini adalah satu tanda penyerahan
kepadanya.persetujuan perempuan tersebut untuk membenarkan rumah tersebut
dibina di atas tanahnya juga merupakan penerimaan bantuan berkenaan.
Qarinah-qarinah cara pemberian dan penerimaan seperti ini adalah memadai
sekalipun tanpa lafaz.
Ibnu Qudamah menyebutkan dalam kitabnya Al-Mughni :
والصحيح أن المعاطاة والأفعال
الدالة على الإيجاب والقبول كافية ولا يحتاج الى لفظ وهذا اختيار ابن عقيل فإن
النبي صلى الله عليه وسلم كان يهدي ويهدى اليه ، ويعطى ويعطى ، ويفرق الصدقات
ويأمر سعاته بتفريقها وأخذها وكان اصحابه يفعلون ذلك ولم ينقل عنهم في ذلك إيجاب
ولا قبول ولا أمر به ولا تعليمه لأحد ولو كان ذلك شرطا لنقل عنهم نقلا مشهورا ،
وكان ابن عمر على بعير لعمر فقال النبي صلى الله عليه وسلم لعمر : "
بعنيه" ، فقال : هو لك يا رسول الله ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
"هو لك يا عبد الله بن عمر فاصنع به ما شئت " ولم ينقل قبول النبي صلى
الله عليه وسلم من عمر ولا قبول ابن عمر من النبي صلى الله عليه وسلم ولو كان شرطا
لفعله النبي صلى الله عليه وسلم وعلمه ابن عمر ولم يكن ليأمره أن يصنع به ما شاء
قبل أن يقبله .
Ertinya: “ Menurut qaul ash-shahih : Muamalah secara
al-mu’athah ( المعاطاة )
Dan perbuatan-perbuatan yang menunjukkan kepada ijab dan
qabul itu adalah memadai atau mencukupi dan tidak memerlukan lafaz. Inilah qaul
(pendapat) yang dipilih oleh ibnu Aqil, kerana Nabi Shallahu alaihi wassalam
pernah menghadiahkan dan diberi hadiah dan Baginda pernah diberi dan member,
Baginda juga membahagi-bahagi dan mengagih-agihkannya. Baginda ada menerima
zkat. Para sahabat Baginda juga berbuat demikian. Tidak ada riwayat daripada
mereka tentang wajib ijab dan qabul. Nabi tidak pernah memerintah sahabat
Baginda dan mengajarkannya tentang wajib ijab dan qabul.jika ini (ijab qabul)
merupakan syarat, tentu ada riwayat secara periwayatan yang masyur daripada
mereka. Ketika Ibn Umar( Abdullah bin Umar )menunggang unta kepunyaan Umar,
lalu Nabi Shallallahu alaihi wassalam bersabda kepada Umar: “ juallah unta itu
kepadaku, “ Umar berkata(menjawab) : “ dia (unta itu) untukmu wahai Rasulullah
.” Rasulullah bersabda : “ dia (unta itu) untukmu wahai Abdullah bin Umar .
buatlah dengannya sebagaimana yang engkau suka.” Tidak ada riwayat bahawa Nabi
Shallallahu alaihi wassalam mengucapkan lafaz qabul daripada Umar, demikian
juga tidak ada lafaz Qabul daripada Ibnu Umar (Abdullah bin Umar) yang dia
menerima daripada Nabi Shallallahu alaihi wassalam . Kalaulah ini (ijab dan
qabul) menjadi syarat, sudah pasti Nabi Shallallahu alaihi wassalam akan
melakukannya dan baginda akan mengajarkannya kepada Ibnu Umar. Di samping
ituNabi tidak akan memerintahkannya (Abdullah bin Umar) untuk membuat apa
sahaja terhadap unta itu sebelum ada lafaz qabil (penerimaannya) oleh Ibnu
Umar.”
( Al-Mughni li Ibn Al-Qudamah 6/283)
Berpandukan pendapat di atas, maka dengan sempurnanya
penyerahan dan penerimaan itu, rumah tersebut adalah milik perempuan tersebut.
Oleh lerana perempuan itu telah meninggal dunia, rumah tersebut akan menjadi
milik ahli-hli waris kepada allahyarham.
Jikalau Allahyarham telah di yakini tidak mempunyai ahli
waris, maka segala hartanya termasuk tanah dan rumah sumbangan Yayasan itu,
sekalipun belum sempat didiami akan berpindah menjadi milik Baitulmal. Dalam
perkara ini ulama berkata :
اتفق المذاهب الأربعة على أن
المال الذي يتركه الميت ولم يكن له مستحق بإرث او وصية ، يوضع فى بيت المال
Ertinya: “ Mazhab yang empat telah sepakat bahawa harta
yang ditinggalkan ornag mati dan ia tidak mempunyai waris yang berhak
menerimanya atau tidak ada waris yang berhak menerima wasiatnya, maka harta
peninggalannya itu diletakkan di Baitulmal.”
(Al-Fiqh Al-Islam wa adillatuh 8/407)
Maka terserahlah kepada Baitulmal untuk mentadbir rumah
tersebut,termasuk memberikannya kepada siapa yang difikirkan layak menerimanya,
seperti anak-anak angkat kepada Allahyarham jika mereka ( anak-anak angkat
tersebut ) adalah orang-orang yang layak itu. Dalam hal ini, Baitulmal juga
boleh menjual ruamh dan tanah berkenaan kepada sesiapa sahaja termasuk Yayasan
sendiri.
Walaubagaimanapun, demi menghormati pendapat semua ulama
Fiqh, jika seorang atau mana-mana yayasan atau agensi hendak menyumbangkan
hadiah atau member sesuatu kepada seseorang, maka hendaklah dilakukan dengan
akad, dalam makna yang lain ada ijab dan qabul iaitu ucapan memberi dan ucapan
menerima terhadap barang hadiah yang di sumbangkan atau diberikan itu.
Negara asal : Brunei darussalam
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan mufti
kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darulssalam
Penulis/Ulama : Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Bin
Juned
Tarikh Diisu : 2000
Nota: Fatwa mufti kerajaan Brunei 2000
0 ulasan:
Catat Ulasan