Perkataan manusia di dalam al-Quran telah disebut sebanyak 18 kali.
Perbincangan tentang insan sangat penting dalam konteks memahami tanggungjawab
dan peranan manusia sebagai insan. Bermula dengan konsep inilah akan melahirkan
bentuk insan yang mempunyai nilai-nilai keinsanan itu sendiri mengikut
fitrahnya, sebagai seorang muslim, mukmin, muttaqi dan muhsin, bersifat
atau sebaliknya sehingga menjadi insan yang kufur, syirik, munafiq dan
hipokrit.
Aristoteles mendefinisikan manusia sebagai haiwan berakal yang sihat, yang boleh mengeluarkan pendapat dan berbicara berdasarkan kepada akal fikirannya.[1] Kita sebagai manusia sudah semestinya ingin mengetahui tentang hakikat diri manusia dan kehadiran kita ke muka bumi Allah. Walaupun manusia telah mengkaji dan menyelidiki latar belakang diri mereka, namun manusia tetap tidak akan mengenali dirinya sendiri selagimana manusia tidak mahu menerima hakikat kejadian dirinya oleh Allah SWT. Ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Ghazali
Ertinya: Sesiapa yang kenal dirinya, maka dia akan
kenal tuhannya
Manusia dan Unsur-unsur Kejadian
Kejadian manusia adalah daripada segumpal darah yang terkumpul di dalamnya
unsur-unsur tanah yang berbentuk material seperti oxygen, hydrogen, carbon,
calsium dan sebagainya yang dikenali sebagai jasmani. Kemudian Allah SWT
meniupkan pula ruh yang suci yang menghidupkan manusia, iaitu rohani. Justeru
itulah kehidupan manusia di dunia ini tidak boleh dipisahkan daripada dua unsur
ini. Bahagian fizikal adalah bertujuan untuk bekerja dan bahagian ruh adalah
untuk beribadah. Maka jadilah ibadat itu sebagai amal (pekerjaan) dan amal itu
adalah ibadat. Sekiranya seseorang manusia itu dikuasai jasad sahaja, maka
jadilah insan itu sama seperti haiwan atau binatang. Jika sebaliknya maka dia
tidak akan menjadi insan sepenuhnya, tetapi dia cuba untuk menjadi makhluk yang
lebih mulia daripada insan pada pandangannya.
Allah SWT berfirman:
uqèd ÞOn=÷ær& ö/ä3Î/ øŒÎ)
/ä.r't±Sr& šÆÏiB
ÇÚö‘F{$#
øŒÎ)ur
óOçFRr& ×p¨ZÅ_r& ’Îû
ÈbqäÜç/ öNä3ÏG»yg¨Bé& ( Ÿxsù
(#þq’.t“è?
öNä3|¡àÿRr& ( uqèd
ÞOn=÷ær& Ç`yJÎ/ #’s+¨?$#
ÇÌËÈ
Ertinya: Ia lebih mengetahui akan keadaan
kamu semenjak ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa
anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka
janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia
lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.
Firman Allah SWT:
( $pkš‰r'¯»tƒ
â¨$¨Z9$#
(#qà)®?$# ãNä3/u‘
“Ï%©!$# /ä3s)n=s{ `ÏiB
<§øÿ¯R
;oy‰Ïnºur
Ertinya: Wahai sekalian manusia!
bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri
yang satu (Adam)
Dalam diri manusia terdapat lima organ penting
yang merangkumi roh, Qalbu, hawa nafsu, jasad dan anggota badan. Kelima-lima
unsur ini dianggap sebagai sebuah kerajaan yang memerintah. Roh diaggap sebagai
raja atau pemerintah, manakala hawa nafsu adalah musuh yang sentiasa dan
seringkali membangkang apa yang diperintahkan oleh pemerintah. Qalbun
adalah singgahsana diraja dan jasad mewakili wilayah pemerintahan. Anggota
badan yang meliputi pancaindera yang lima dianggap sebagai rakyat jelata.
Rakyat yang diperintah sentiasa menyebelahi pembangkang yang menjadi musuh
kepada pemerintah. Begitulah keadaan diri manusia yang sentiasa kalah dengan
hawa nafsu. Apabila manusia meninggal dunia,
Inilah yang diperingatkan oleh Luqman al-Hakim kepada anaknya, kata beliau:
“ Wahai anakku, manusia itu dibahagikan
kepada tiga pecahan: 1/3 adalah untuk Allah (roh), 1/3 untuk dirinya (amal) dan
1/3 lagi untuk ulat-ulat (jasad).
Hakikat Kehebatan dan Manusia
Insan atau manusia adalah makhluk Allah SWT yang sangat istimewa yang
pilihan Allah. Manusia lebih mulia dan lebih utama berbanding makhluk Allah
yang lain. Ini kerana antara sebab Allah menciptakan manusia adalah untuk
membongkar rahsia keagungan dan kebesaran Allah, atau disebut sebagai rahsia Ilahi yang terpendam di alam ini. Rahsia ini tidak
diberikan kepada makhluk yang lain.[2]
Apabila manusia apabila merenungi dirinya sendiri, maka dia telah dapat
mengenali Allah SWT. Begitu juga segala apa yang ada di langit matahari, bulan,
bintang semuanya untuk manusia. Apa yang ada di bumi lautan, sungai, hutan dan
lain-lain semuanya untuk manfaat manusia. Bahkan Allah jua yang mencipta para
Malaikat yang sesetengahnya ditugaskan untuk menjaga manusia, sebaliknya tugas
manusia tidak sedemikian. Malah Adam a.s bapa kepada seluruh manusia diciptakan
di dalam tempat yang teramat mulai iaitu Syurga dan diciptakan sendiri dengan
tangan Allah, tidak sedikitpun bercampur dengan tangan yang lain. Manakala
kejadian ini disaksi dan dihadiri oleh para malaikat dan iblis. Diutuskan para
rasul dan nabi dan disokong oleh para awliya’ dan ulamak dengan larangan, tegahan,
ancaman, suruhan, galakan dan lain-lain demi mengatur hidup manusia. Manusia
juga adalah pemegang kunci nikmat Allah.
Di Mana Kemulian Manusia
Setelah bapa manusia Adam a.s telah diciptakan Allah dengan tanganNya
sendiri, dan roh Ilahi ditiupkan, maka para Malaikat diseru agar sujud
kepadanya dan Iblis yang tidak sujud telah dibuang oleh Allah daripada syurga
dan tidak boleh mendekati pintu Tuhan. Di samping dibekalkan dengan akal yang
murni, dan syahwat daripada Allah, manusia juga dibekalkan bersamanya musuh
yang utama iaitu Iblis apabila manusia mencecahkan kakinya ke dunia. Maka dapat
disimpulkan bahawa kemuliaan dan tingginya darjat manusia di sisi Allah
berbanding makhluk lain ialah disebabkan oleh ilmu. Ini jelas apabila Allah
menyeru malaikat untuk sujud kepada Adam setelah diajarkan kepada Adam as
segala ilmu, lalu dibantahi oleh Malaikat. Kisah ini dirakamkan oleh Allah SWT
di dalam surah al-Baqarah, ayat 30-31:
øŒÎ)ur tA$s% š•/u‘
Ïps3Í´¯»n=yJù=Ï9
’ÎoTÎ)
×@Ïã%y` ’Îû ÇÚö‘F{$#
Zpxÿ‹Î=yz ( (#þqä9$s% ã@yèøgrBr& $pkŽÏù `tB ߉šøÿãƒ
$pkŽÏù
à7Ïÿó¡o„ur
uä!$tBÏe$!$#
ß`øtwUur
ßxÎm7|¡çR x8ωôJpt¿2
â¨Ïd‰s)çRur y7s9
( tA$s% þ’ÎoTÎ) ãNn=ôãr& $tB
Ÿw
tbqßJn=÷ès? ÇÌÉÈ zN¯=tæur tPyŠ#uä uä!$oÿôœF{$#
$yg¯=ä. §NèO
öNåkyÎztä
’n?tã Ïps3Í´¯»n=yJø9$#
tA$s)sù ’ÎTqä«Î6/Rr& Ïä!$yJó™r'Î/ ÏäIwàs¯»yd
bÎ) öNçFZä. tûüÏ%ω»|¹
ÇÌÊÈ
Ertinya: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu
berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang
khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu
dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi
itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan),
padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan
berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak
mengetahuinya", dan ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama
benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia
berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu
golongan yang benar".
Sehubungan dengan itulah, maka hanya manusia yang
sedar tentang hakikat kejadian dirinya melalui ajaran Ilahi dan bimbingan para
rasul dan nabi sahaja yang mampu mengetahui hakikat ini. Orang yang beriman
sahaja yang tahu menahu tentang nikmat Ilahi ini bahawa dirinya mempunyai
kedudukan di bumi Allah ini. Daripada ratusan juta sperma yang terhasil di
dalam rahim ibu, hanya menjadi satu sebagai pilihan Allah. Pilihan ini adalah yang terbaik, terhebat
dan teristimewa yang disebutkan sebagai ”Satu dalam Sejuta”. Pilihan ini telah
termaktub di luh al-Mahfuz. Orang yang mempunyai tali ikatan dengan Allah
sahaja yang merasakan dirinya tidak akan terlepas daripada bimbingan Allah dan
taufiqNya. Tanpa bimbingan ini manusia menjadi lebih kejam daripada binatang.
Golongan ini akan sentiasa berterima kasih kepada Allah dan akan mendekati
Allah pada setiap masa dan waktu. Semakin dekat dirinya dengan Allah, bertambah
kasih kepadaNya, maka bertambah tawakkal kepadaNya.
Setiap yang Hebat Ada Kelemahannya
Apabila kita mengetahui kedatangan kita ke dunia ini telahpun disediakan
dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti, memahami peranan dan tanggungjawab yang
besar, maka Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa: ”Apabila tujuan sangat besar
dan mulia, maka sukarlah jalan yang ditempuhi dan bukanlah sedikit
rintangannya”
mengikut Sayid Qutb manusia adalah makhluk yang punya kurniaan, kekuatan
namun di dirinya terdapat satu faktor kelemahan yang berkekalan iaitu naluri
cintanya terhadap keinginan-keinginan (Syahwat).
Menurut Imam Ibn
’Ataillah al-Askandari, manusia itu boleh dibahagi kepada dua jenis:
- Manusia yang Ghafil: manusia yang
lalai kepada Allah dalam mengikuti jalanNya disebabkan oleh kurang
memahami kalimah Tauhid dan segala sesuatu itu adalah ketentuan Allah
menurut Qada’ dan QadarNya. Ukuran kelalaian seseorang itu dapat dilihat kepada
-
Manakala
tingkatan dan tahap amal manusia juga terbahagi kepada 3:
- Tingkatan
al-’Abid: Orang yang mengerjakan suruhan agama seperti solat,
puasa, haji dan lain-lain dan pada masa yang sama menjauhi daripada
perbuatan dan amalan yang ditegah oleh agama. Mereka mengharapkan dapat
memasuki Syurga Allah dan terlepas daripada azab seksaan neraka.
- Tingkatan
al-Muridin: Orang yang beramal dan taat kepada ajaran agama dengan
tujuan untuk menemui Allah dan sampai kepadaNya. Selain itu dia
mengharapkan Allah membuka pintu hatinya dan dilimpahkan dengan segala
rahsia-rahsia Allah.
- Tingkatan
al-’Arifin: Orang yang banyak beramal kepada Allah, tetapi tidak
ada tujuan yang lain, selain mendapat redha Allah. Malah hatinya
sedikitpun tidak terbayang untuk mendapatkan selainnya.
Tingkatan yang pertama adalah orang yang melakukan
ibadat dengan harapan untuk mendapatkan pahala dan syurga Allah. Harapan kepada
Allah akan bertambah kuat apabila bertambahnya amal ibadat. Jika
sebaliknya, harapan kepada Allah akan
berkurang dan menurun. Tingkatan yang kedua orang yang bergembira dengan amal
ibadatnya. Amal ibadat itulah yang menjadi penyebab atau pengantara untuk
dirinya mendapat sesuatu harapan. Harapannya kepada Allah akan bertambah dengan
bertambah ibadatnya, sebaliknya juga akan berkurang dengan berkurangnya amal
ibadat yang dilakukan.
Manusia yang berada pada tingkat yang ketiga
adalah yang mulia di sisi Allah SWT. Ini kerana amal yang dilakukan adalah atas
kesyukuran dan penghargaan terhadap Allah kerana memberikan kepadanya nikmat
dan rahmat. Ketaatannya kepada Allah bukan disebabkan kerana habuan pahala atau
janji-janji syurga. Dia telah meyakini bahawa setiap janji Allah akan pasti
berlaku. Syurga dan neraka itu terletak pada rahmat Allah. Segala sesuatu yang
berlaku di atas Qada’ dan Qadar Allah. Maka dia hanya mengharapkan redha Allah
dan melakukan ibadah kerana takutkan Allah. Tingkatan ini dianugerahkan kepada
insan-insan yang bermujahadah kepada Allah.
Allah
Mempunyai hak ke atas Hamba
Allah SWT mempunyai hak untuk hambanya yang ditunai dan disediakan oleh
Allah SWT. Dalam hal ini manusia tidak mempunyai pilihan dan ketentuan sendiri
kecuali ianya telah ditentukan Allah. Manusia tidak boleh mencampuri dalam
urusan hak Allah, melainkan hanya tunduk dan patuh sahaja. Apabila manusia mula
campurtangan dalam perkara hak Allah untuk hambaNya, maka berlakulah
kepincangan dunia ini, dan binasalah manusia. Berlakunya krisis akhlak dan masalah
sosial yang berlaku kerana manusia tidak mampu untuk membezakan antara hak
Allah untuk hamba-hambaNya. Sedangkan manusia tidak patut dan tidak perlu
mempersoalkan kenapa dibuat, disuruh dan dipaksa oleh Allah SWT, kerana setiap
yang diperintah itulah yang terbaik. Allah SWT yang menentukannya dengan
kehendak dan kekuasaanNya. Manusia. Ini bermakna Allah telahpun menunaikan
hakNya untuk hambaNya dengan sesempurna dan sesebaik. Menurut Muhammad Sahl bin
Abdullah Tasturi, hak Allah untuk hambanya ada 3:
- Menentukan
hukum-hukumnya dilaksanakan oleh hamba-hambaNya
- Menentukan
tentang waktu ajal hamba-hambaNya
- Menentukan
segala sesuatu yang dihadapi oleh hamba-hambaNya di dunia dan akhirat
Berkaitan dengan hak hamba yang mesti ditunaikan, terdapat 3 hak hamba untuk
Allah yang wajib dilaksanakan iaitu:
- Mengikut
nabiNya
- Tawakkal
dan menyerah diri kepadaNya
- sabar
atas ketentuan Allah sehingga kita meninggalkan dunia yang fana ini
Manusia sering mengelirukan hak-hak dan tanggungjawab atau dengan sengaja
melakukan pembohongan terhadap Allah SWT. Ini dapat dibuktikan apabila manusia
memuji Allah, tetapi pada masa yang sama membantah segala kehendak Allah yang
tidak menepati dengan selera dan keputusannya. Manusia juga suka dan gemar
membuat kerja-kerja yang Allah patut lakukan, tetapi kerja-kerja yang sepatut
dilaksanakan olehnya diabai, ditinggal dan dibantahi.
0 ulasan:
Catat Ulasan