Pendahuluan
Perlu diketahui bahawa manusia sering lupa dan tidak memahami setiap
sesuatu yang Allah ciptakan mempunyai pasangan. Langit-bumi, tinggi-rendah,
cantik-hodoh, bulan-bintang, dan lain-lain. Begitulah juga Islam juga ada
pasangannya iaitu Iman. Tanpa Iman, Islam tidak memberi sebarang makna. Ini
dapat kita lihat banyak ayat al-Quran, bahkan boleh dikatakan ke semuanya
memfokuskan kepada kalimah ”mukmin”,
bukannya ”Muslimin”. Jika dihitung terdapat 175 kali disebut kalimah
al-Mukmin, Mukminin”. Timbul persoalan kepada kita, kenapa Allah tidak membantu
dan menyebelahi orang-orang Islam pada masa ini . Ini membawa maksud jika kita
mendabik dada kita sebagai muslim di sisi Allah, ia tidak membawa sebarang makna, selagi kita
tidak mukmin.[1]
Mukmin itu tidak akan tercapai kecuali dengan iman
yang menjadi asas paling utama kepada seseorang manusia. Maka mana mungkin
dianggap benar-benar beriman tanpa
bersungguh-sungguh menyerah diri dalam berkhidmat (amal) kepada agama Allah dan
kehendaknya. Akidah dan Ibadah, Islam dan Iman, percaya dan menyerah, hati dan
perbuatan semuanya tidak boleh dipisah-pisahkan. Islam tidak mencukupi dengan
percaya sahaja tanpa menyerah diri sepenuhnya kepada Allah dalam semua aspek
kehidupan. Jika kita menyerah diri sepenuhnya bermakna, segala perintah dan
hukumNya kita taati, suruhanNya kita kerjakan, laranganNya kita hentikan.
Inilah Islam yang sebenarnya sebagaimana yang diperingatkan oleh Allah SWT
dalam surah al-Nur, 47: