Salam …adik-adik yang dihormati sekalian..
Di dalam program Motivasi Sentuhan Qalbu ini akan menekankan beberapa
perkara. Perkara ini kita selalunya lupa walaupun senang untuk dilakukan dan
menjadi Sunnah nabi saw. Adik-adik sekalian:
1. Memberi Salam
Tanamkan dalam diri untuk mendahulukan ucapan salam sebagaimana yang
dilakukan oleh nabi saw. Para sahabat sentiasa tertunggu-tunggu untuk
mengucapkan salam kepada Baginda. Namun Rasulullah saw sentiasa mendahului
sahabat yang lain. salam maknanya bahagia dan lawannya neraka. Kaya lawannya
miskin, berjaya lawannya gagal, syurga lawannya neraka, syurga lawannya neraka,
Islam lawannya kafir. Rasulullah saw pernah bersabda: Kamu tidak akan masuk
syurga sehingga kamu beriman. Dan tidak sempurna iman sehinggalah kamu berkasih
sayang di kalangan kamu. Apabila saling sayang menyayangi ini telah ada,
Rasulullah pun bertanya kepada para sahabat, Sudikah kamu semua saya ajarkan
satu perkara, jika kamu lakukan kamu akan saling sayang-menyayangi? Apakah dia,
ya Rasulullah. Rasulullah pun menjawab, Sebarkan salam.
Adik-adik sekalian Ibrahim Adham menyebut ucapan salam yang ikhlas akan
menghindarkan kita daripada kejahatan dan musibah sebagaimana ucapan fitnah
akan menimbulkan dosa dan malapetaka. Rasulullah saw pernah menyebut bahawa
setelah Allah menjadikan Nabi Adam a.s, Allah memerintahkan Nabi Adam supaya
berjumpa dengan para malaikat. Wahai Adam, kamu berilah salam kepada malaikat.
Kamu dengarlah baik-baik bagaimana mereka akan menjawab salam kamu itu. Nabi
Adam pun memberi salam kepada para malaikat dengan lafaz Assalamualaikum. Para
malaikat pun menjawab, Walaikumussalam warahmatullahi. Apabila malaikat
menjawab demikian, Allah pun memberitahu bahawa itulah ucapan-ucapan Nabi Adam
dan zuriatnya yang akan datang.
Di dalam riwayat Ahmad Rasulullah saw bersabda PERKARA pertama yang Nabi saw sampaikan ketika berada di al-Madinah a-Munawwarah adalah : ” Wahai manusia, berikanlah salam, beri lah makan, jalinkanlah silaturrahim, solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur nescaya kamu akan memasuki syurga dengan selamat sejahtera
Beza antara orang yang memberikan kalimah salam dengan selamat pagi..kita akan selamat pada waktu pagi sahaja, kiranya kita memberi selamat petang, maka hanya waktu petang sahaja kita sihat dan selamat. Setiap kawan yang memberi salam kepada kita maknanya dia mendoakan diri kepada kita agar kita selamat. Jika tidak apakah kita mampu mendoakan kepada setiap orang agar dirinya selamat. Maka sebarkan salam agar kita sentiasa mendoakan orang lain, dan orang lain pula mendoakan kesejahteraan kita.
Salam itu bermakna saya doakan semoga awak sejahtera dan Allah akan
mendatangkan rahmat, kurniaan Allah , Allah akan memberkati. Sebagai contoh sedikit
kita belajar, tetapi banyak difahami, banyak dikongsi, ilmu tidak boleh
disimpan. Jangan kedekut dengan ilmu, ilmu akan sentiasa bertambah, tidak
sebagaimana duit. Apabila diberi jumlahnya akan berkurang. Ilmu semakin banyak
diberi semakin banyak. Salam juga adik-adik melambangkan kita seorang yang tidak
sombong dan bongkak. Sabda Nabi: "Oran-orang yang mendahului salam
terlepas daripada sifat sombong,bongkak dan tinggi diri"
Sabda
nabi saw: رأسُ التواضُعِ الإبتداء بِالسلامِ
Adik-adik yang
dihormati,
Rasulullah saw
mengingatkan kita bahawa Sesiapa yang berkata:
l
السلام عليكم : akan
dapat 10 kebajikan
l
السلام عليكم ورحمة الله : akan
dapat 20 kebajikan
l
السلام عليكم ورحمة الله
وبركاته: akan dapat 30 kebajikan
l
السلام عليكم ورحمة الله
وبركاته ومغفرته: akan dapat 40 kebajikan
Antara lain kelebihan memberi salam
adik-adik ialah Riwayat al-Hakim apabila
berjabat tangan Allah akan memberikan 100 rahmat, 90 bagi orang yang memulakan
dan 10 bagi yang orang yang ia berjabat
2. Senyum
Jangan kita senyum kerana terpaksa. Orang yang senyum kerana terpaksa
dirinya akan menjadi penat. Senyum adalah sedekah, senyum boleh mendatangkan
kebahagian kepada orang lain. Orang lain akan seronok dengan kita. Betapa
besarnya pahala orang yang membahagiakan orang lain. Bagaimana bila kita jumpa
orang dalam keadaan masam, muka ketat, macam nak marah je, apsti orang pun
menyampah dan menjauhkan diri dengan kita. Begitulah hebatnya senyum. Manisnya
muka nabi saw kerana Baginda sentiasa senyum.
Bila Nama Mak Kita
Sebut…
Kita selalu lupa menyebut nama ibu kita. Agaknya bilakah kita sebut nama
ibu. Bila kita perkenal diri, nama ayah jugak yang kita perkenalkan. Semua
pemimpin-pemimpin besar dunia yang hebat kita tak kenal ibu mereka. Contoh
siapa yang kenal ibu Tun Dr Mahathir Muhamad, ibu Dato’ Seri Mohd najid. Jarang
kita kenal nama ibu-ibu, sebab tidak ada orang nak perkenalkan nama ibu. Nama
ibu tidak akan ditulis dimana-mana kecuali diminta untuk menulisnya. Dimana ada
nama kita ada, di situ ada nama bapa
kita. Betul kan.
Kita selalu
menyebut nama bapa kita bila kita berjaya. Terpahat di nama bapa tapi tak ada
pulak orang nak tulis dan sebut nama ibu. Nama ibu disebut di saat kita berada
di liang lahat dan terpahatnya di pusara nama ibu kita. Saat kita ditalqinkan
nama ibu disebut-sebut. Sedangkan nabi mengangkat nama ibu sebanyak 3 kali dan
menyebut nama bapa hanya sekali dan itulah jawapan terakhir. Jangan lupa jasa
ibu. Selalulah kita sebut nama ibu, tulis nama ibu di setiap nota hidup kita
agar nama ibu sentiasa terpahat di hati. Ibu sentiasa di hatiku. Sebenarnya ibu
yang bersusah payah melahirkan kita. 9 bulan ibu mengandung bukanlah saat yang
singkat. Betapa perit dan deritanya ibu untuk melahirkan seorang anak. Selepas
anak dilahirkan nama bapa jugak yang disebut-sebut.
Mengenali Diri Kita
Berapa ramai
yang di kalangan kita yang kenal diri dia. Mungkin 50%, 30%, mungkin 20%. Berapa batang gigi yang ada dalam mulut kita
pun kita tidak tahu. Sebab kita tak pernah kira berapa batang yang ada. Adakah
kita mengetahui dan siapa yang pernah mengira bilangan batang gigi yang ada. Apatah
lagi kita nak kita nak kira berapa bilangan bulu mata dan rambut kita. Yang
pastinya semua orang tak tau jawapannya, itulah sebabnya kita perlu akui pada
hakikatnya kita tidak kenal diri kita. Mungkin hanya sedikit sahaja yang kita
kenal. Sebab kata Imam Ghazali, siapa yang kenal diri dia, maka dia akan kenal
pencipta dia (Allah). Sebab ramai orang tak kenal diri dia, maka sebab itulah
ramai orang tak kenal pencipta dia. Bila dia tak kenal pencipta dia, maka dia
takkan tau apa kehendak pencipta. Apa sebab pencipta (Allah) melahirkan dirinya
ke dunia. Bila diri kita tak tahu sebab apa tujuan kita dilahirkan, maka kita
tak ada matlamat dan hala tuju hidup. Itulah sebab ramai manusia tak faham misi dan visi hidup. Misi
hidup maknanya kenapa kita dilahirkan dan visi hidup maknanya apa yang kita nak
buat.
Hati adalah Kita
Bila orang
Tanya kita, siapa kita, maka kita akan jawab sambil menunjukkan tangan kita ke dada
(hati). Inilah fitrah bahasa badan…Kan. Dalam I/C pengenalan diri kita ada muka
kita, tapi kenapa bila orang Tanya pasti kita letak tangan kat dada kita. Jawapannya
ialah hakikat diri kita adalah hati kita. Sebab itulah jugak Allah tidak
melihat seseorang kecuali apa yang ada di hati mereka. Allah jugak menegaskan
bahawa manusia sentiasa melihat sesuatu yang tak baik di mata mereka, tetapi
itulah jugak yang menjadi ikutan. Sebab Allah menyebut yang buta bukan mata,
tetapi hati yang berada di dalam dada manusia.
Solat
Berapa ramai
di kalangan kita yang meninggal solat lima waktu. Cuba kita pejamkan mata kita..tanyalah
diri kita berapa kalikah kita meninggalkan solat subuh, solat Zohor, Solat
Asar, Solat Maghrib, Solat Isyak. Alangkah sedihnya kita kan…hanya 8 orang
daripada 95 orang yang menyempurnakan solat 5 waktu. Maknya ramai kita yang tak
solat, so bagaimana kita nak masuk syurga. Bila ditanya nak masuk syurga tak? Semua
mengangkat tangan bersungguh-sungguh nak masuk syurga. Masing-masing bercita-cita
nak masuk syurga. Tak ada seorangpun yang tak nak masuk syurga. Semua orang tak
suka kepada neraka. Benci kepada neraka dan takut kepada neraka. Semuanya tahu
dan maklum betapa sakit, pedihnya dan panasnya api neraka. Tau tak kita bila
kita tak solat bermakna kita sengaja menempah jalan ke neraka. Betul kan. Kita
merancang ke neraka. Merancang ke neraka lebih mudah daripada merancang ke
syurga. Bagaimana agaknya kita mati dalam keadaan 90% di kalangan kita yang tak
solat. Layak tak kita nak masuk Syurga Allah. Malunya kita di hadapan Allah
kan. Nak syurga Allah dengan mudah. Agak-agaknya siapakah yang rasa-rasanya dia
masuk Syurga. Kalau rasa dapat masuk syurag, yakin sepenuhnya ke? Inilah sebab
kenapa Allah tidak memberi kejayaan kepada umat Islam. Kalaulah semuanya di
kalangan kita yang solat 100% pastinya Islam akan berjaya. Umat Islam akan
menjadi umat yang terkuat dan mampu menguasai dunia.
Jadi, ubahlah
diri kita, program motivasi yang kita lalui ini akan bermula setelah kita balik
ke rumah. Di rumah kita mulakan kehidupan baru. Amalkan dan istiqamahlah dengan
apa yang belajar. Amalkan sekalipun susah, tapi akan mudah di kemudian hari.
Mohonlah doa dengan Allah agar Allah melembutkan hati kita. Nak ubah …ubahlah
dari dalam jiwa/ hati. Surah al-Ra’du Allah menyebut ; Allah tidak akan
mengubah diri seseorang, sehinggalah dirinya sendiri yang mengubah dari dalam
(jiwa/hati).
Kita
Manusia Pilihan Allah
Kita selalu
berkenalan dengan kawan kita, jiran kita, tapi ada tak masa kita berkenalan
dengan diri kita sendiri. Cuba sekali kita berkenalan dengan diri sendiri
dengan menyoal pelbagai pertanyaan. Pernah tak kita tanya pada diri kita siapa
yang minta kita dilahirkan ke dunia ini?, siapa yang minta kita dilahirkan
dalam Islam? Kenapa kita terpilih atau dipilih? Apakah kita ini sengaja
dipilih? Apa tujuan kita dilahirkan? Agaknya macamana jika kita dilahirkan
dalam keadaan kafir atau bukan Islam? Apa jawapan kita? Jika kita dapat jawab
soalan tersebut bermakna kita sedar siapa diri kita. Semua orang akan rasa
sebenarnya dia tidak layak gagal dalam hidup. Kajian sains perubatan menunjukkan
seseorang manusia yang dilahirkan ke dunia adalah terhasil daripada 150-300juta
sperma. Jika sperma kurang daripada jumlah tersebut bermakna sperma tersebut
tidak berkualiti untuk melahirkan seorang manusia, atau sukar untuk melahirkan
anak.
Cuba kita
fikir agaknya susah tak kita nak pilih seorang ketua daripada 300juta orang?.
Kalau kita ada ahli 100 orang nak pilih seorang daripadanya untuk menjadi
ketua, pun susah apatah lagi nak pilih satu daripada 300juta. Cuba kita renung
dan fikir bagaimana Allah memilih kita dari kalangan 300juta. Cuba kita
bayangkan sebenarnya kita seumpama peserta yang menyertai pertandingan
marathon. Kita antara 300juta peserta yang menyertai pertandinga tersebut.
Setelah berakhirnya pertandingan tersebut, kita dinobatkan sebagai juara.
Peserta yang berjaya tersebut sememangnya yang hebat, bijak, tangkas, kuat dan
lain-lain sifat orang cemerlang.
Lahirnya
Kita Ke Dunia Untuk Berjaya
Persoalan
yang bermain di kepala kita ialah kenapa Allah pilih kita satu-satunya untuk
dilahirkan ke dunia? kenapa tidak orang lain. Hakikatnya kita sentiasa lupa.
Allah meletakkan kita di dalam rahim ibu kita. Rahim adalah tempat kasih sayang
yang diberikan kepada wanita. Bermakna betapa Allah yang memiliki dan tuan
punya sifat kasih dan sayang, memilih kita sebagai insan terbaik untuk
dilahirkan dengan penuh kasih sayang Allah. Sepatutnya kita amat berterima
kepada Allah kerana memilih kita dan menentukan kita ini adalah insan terbaik.
Kita sebenarnya menerima pengiktirafan daripada Allah sebagai insan pilihan
Allah, orang kepercayaan Allah, orang yang menerima amanah Allah.
Setelah kita
lahir ke dunia, maka lahirlah seorang yang hebat, kita diazankan oleh bapa kita
di telinga kanan dan mengiqamahkan di telinga kiri kita. Antara lafaz yang disebut
oleh bapa kita ialah “Hayya ‘Alal Falah”. Makna dalam bahasa Melayu ialah
marilah menuju kejayaan. Setelah kita yang dilahirkan kita diazankan atau
diajak kepada kejayaan. Sebenarnya Allah yang nakkan kita berjaya. Allah lebih
mengetahui tentang kemampuan dan kehebatan kita. Justeru, kita sepatutnya
berjaya dan sememangnya berjaya kerana dipilih oleh Allah untuk lahir ke dunia
mentadbir, mengurus mengikut kehendak Allah. Cuba kita pejam dan rapatkan mata,
Tanya diri kita kenapa Allah pilih aku, sesungguhnya aku lupa bahawa Allah
kasih dan sayang kepada aku. Kita lupa saat kejuaraan kita yang Allah
memenangkan kita walaupun banyak saingannya. Ucapkanlah terima kasih kepada
Allah. Syukurlah kepadaNya yang memberi kepercayaan kepada kita. Tadahlah
tangan kita Tanya pada Allah, kenapa Allah menjadikan perempuan banyak
kelebihan berbanding lelaki. Bercakaplah dengan Allah, kenapakah kita tidak
merasai bahawa istimewanya diri kita. Aku dilahirkan dalam keadaan sempurna,
tidak cacat, cantik, lengkap sedikitpun tidak ada yang kurang. Terima kasih ya
Allah, ya Allah aku ini terlalu jahil. Bercakaplah dengan diri sendiri bahawa
suatu hari nanti kita akan kembali kepada Allah dalam keadaan senyum atau
bersedih.
Wahai diriku
engkau telah dipilih oleh Allah, peluklah diri kita ..bersedia untuk pergi ke
syurga Allah. Kami datang ke sini untuk belajar, terimalah doa kami dan
terimalah doa kami. Ya Allah bantulah kami untuk merasai diri kami amat
berharga. Apa yang dikehendaki oleh kamu yang Allah, itulah yang terbaik untuk
kami. Bisikkan kepada kawan-kawan agar Allah memberikan kejayaan kepada kami.
Kini kami yang Allah sudah mengenali diri kami, siapa diri kami yang
sebenarnya, betapa mulianya Allah menciptakan kami. Inilah diri kita yang
fitrah. Jadilah kami ini orang yang hebat, sebab dijadikan Allah dan
sememangnya dipilih oleh Allah.
Tengoklah
gambar-gambar kita sewaktu kecil dahulu, saat itu kita dipeluk oleh ibu dan
ayah kita. Ibu dan bapa kita akan menunggu sewaktu menghantar kita ke tadika. kita
menangis apabila ibu dan bapa meninggalkan kita. Betapa sayangnya ibubapa kita
kepada diri kita. Kita sentiasa dicium dan dijaga kita jika hilang. Setelah
kita remaja, kita menghadapi peperiksaan UPSR. Ingat semasa kita mengambil
keputusan peperiksaan tersebut. Ada di kalangan kita yang mengambilnya dalam
keadaan sedih. Bila mak tahu keputusan itu, menangis hati mak. Kini kita sedang
menghadapi peperiksaan SPM. Apakah kita betul-betul bersedia atau tidak?
Setelah balik daripada program ini kita akan belajar betul-betul. Tidak akan
main-main lagi. Kini kita melangkah gagah masuk ke dewan untuk mengambil
peperiksaan SPM. Kita menjawab dengan baik. Bila keputusan dah keluar mak dan
ayah adalah orang yang paling gembira dengan kejayaan kita. Semasa kita ingin
mengambil result tersebut semua guru mengucapkan tahniah kepada kita. Kita
terpinga-pinga kenapa semua guru melihat aku. Aku berlari-lari mencari guru
kelas untuk mendapatkan result. Guru kelas mengucapkan tahniah. Bila ku tatapi
memang suatu yang tidak terduga..semua matapelajan ku ambil semuanya “A”.
Matematik, sains, Bahasa Melayu dan lain-lain semuanya A. Aku terus ke surau
sujud syukur kepada Allah. Betapa tidak sabarnya aku untuk bertemu mak dan ayah
bahawa impian dan cita-cita mak tercapai. Berbalao pengorbanan mak dan ayah
selama ini. Ingatan ku terkenang sewaktu aku sedang mengulangkaji pelajaran
ibuku bersama di sisiku dengan segelas air agar mengantukku hilang. Mataku
segar segala pelajaran langsung terus ke ingatanku. Begitulah keadaan aku
beberapa bulan sebelum tibanya tarikh peperiksaan.
Setelah tiba
di rumah mak sedia menanti. Kita tanya Mak... mana ayah? Mak Tanya kenapa ni?
Terus sekeping kertas putih kita hulurkan pada ibu sambil memeluk erat badan
ibu. Inilah saat betapa manisnya pelukan seorang ibu. Betapa nikmatnya saat ini
ibu sempat melihat kejayaan kami. Ibu sempat melihat dengan jelas keputusan
peperiksaan aku. Tidak terbayang oleh ku bagaimana jika mata ibuku kabur.
Terima kasih Allah atas nikmat yang sangat bernilai. Permata yang berharga.
Lantas mak
telefon ayah yang sedang bekerja memberitahu anak kita Berjaya. Keputusan SPM
ini melayakkan saya ke Universiti Petronas sebagaimana yang aku impikan.
Setelah 4 tahun berada di university kini tiba hari konvokesyen, aku naik ke
pentas sambil mataku memandang kedua ibu dan bapa di hadapanku. Mak kata kat
ayah..anak kita dah berjaya. Kita ambil gambar mak dan ayah yang memakai jubah
kita. Kini kita dah bekerja di sebuah syarikat dengan gaji yang cukup lumayan.
Cita-cita untuk bersama ibu dan ayah menunaikan haji telah berjaya. Impian
sudah menjadi kenyataan. Hasil gaji yang kita simpan mampu membawa mak dan ayah
ke kota suci Makkah. 20 tahun yang lepas aku sangat inginkan untuk mengelilingi
kaabah bersama ibu dan ayah. Aku memegang erat kedua-dua belah tangan ibu ayah.
Aku sama-sama mencium hajar aswad. Aku berjaya memberi peluang kat mak ayah
manadah tangan di maqam nabi Ibrahim, kekasih Allah SWT.
Setelah 20
tahun kini aku masih mengenang sangat manisnya bersama kawan-kawan di Kem Bina
Taqwa Dengkil bersama 95 orang peserta. Program ini adalah anjuran Muslimat
Masjid Jamek ar Rahimiah Klang. Program ini cukup memberi makna dalam hidup
aku. Program ini mengubah pesepsi hidup aku tentang kehidupan. Selama ini aku tahu hidup ini ada Tuhan, adanya
Allah..ada PesuruhNya..Rasulullah saw tetapi aku belum rasa bagaimana Allah
hamper dengan aku. Aku belum cukup ilmu untuk menikmati rasa bertuhan. Rasa
sayang kepada nabi saw yang bersusah payah demi umatnya. Islam memuliakan kita
daripada hidup dalam kejahilan. Terima Allah kerana menyampaikan hasratku untuk
membawa ibu dan ayah ke Makkah. Hari ini aku melihat ibu bapaku mampu
tersenyum. Derita yang dilalui selama ini terbalas jua. Membesarkan anak-anak
dengan tulang empat kerat. Berpeluh di bawah sang matahari perit tidak terkira.
Tapi demi anak-anak sanggup dihabiskan wang ringgit sekalipun mak dan ayah
bukanlah orang berada. Terima kasih Allah, saya sayang Allah, I Love You Allah.
Allah berkatilah hidup mak dan ayah yang membesarkan aku sejak kecil dan
membesarkan aku dengan penuh kasih sayang. Berkatilah kehidupan mereka jadilah
kami anak-anak yang soleh…
ok adik-adik
berjumpa lain kesempatan..Selamat Beramal
0 ulasan:
Catat Ulasan