Dua perkara ini saling berkait antara satu sama lain di dalam perhubungan
manusia dengan Allah. Bagi mencapai redha Allah dan SyurgaNya maka seseorang
hamba itu perlu berwirid. Wirid ialah segala amal soleh yang dilakukan
oleh seseorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Wirid ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan
jika tertinggal maka segera ia diqada’kan. Hasil daripada usaha dan ketekunan
wirid ini, maka Allah akan menganugerahkan warid. Warid ialah sesuatu
yang dianugerahkan atau kemuliaan yang diberi Allah kepada seseorang hamba
dengan berkat amal solehnya. Anugerah dan kemuliaan ini yang datang daripada
Allah dalam bentuk nur yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera mata, hati
akan dilimpahi dengan ilmu tentang ketuhanan dan menjadikan imannya semakin
bertambah. Ini bermakna Warid adalah kurniaan Allah SWT kepada hambaNya
yang taat dan patuh serta tunduk kepadaNya. Manakala Wirid adalah
kewajipan kita yang dituntut oleh Allah ke atas kita. Ibn ’Ataillah
al-Askandari menyebutkan bahawa:
وُرُوْدُ الإِمْدَاد
بَحَسَبِ الإسْتِعْدَاد
Ertinya: Datangnya bantuan Allah adalah berdasarkan
kepada sejauhmana persiapan hambaNya
Wirid adalah
menjadi hak Allah untuk ditunaikan oleh manusia dengan mengerjakan segala yang
wajib dan menampungnya dengan segala amalan yang sunat. Inilah akhlak orang
yang beriman dan menjadi jalan ahli ibadat bagi menambah dan meningkatkan
imannya kepada Allah SWT. Inilah yang dianjurkan oleh nabi saw di dalam
sabdanya:
أحَبُّ الأعْمالِ إلى
اللهِ تعالى أدْوَامُهَا وإنْ قَلَّ
Ertinya: Sebaik-baik amal kepada Allah ialah amal
yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit
Apabila kita menginginkan diri ini menghampirkan diri kepada Allah, dengan
dikurniakan kelebihan dan kemuliaanNya, maka hendaklah kita melihat kepada diri
kita, sejauhmanakah wirid yang telah kita lakukan? Apakah kita telah melakukan
dengan istiqamah, teratur dan berkualiti? Wirid ini akan datang daripada hati
yang bersih, ikhlas, maka akan datangnya warid setimpal dengan usaha yang kita
lakukan.
Alhamdulillah Jazakumullahu Khairan kasiro.. Terima kasih.
BalasPadam#Wirid adalah amalan zikrullah dengan amalan yang istiqamah setiap hari bagi mendekatkan kita dengan Allah. Ada wirid yang diberi oleh Guru Mursyid supaya seseorang mengamalkannya..
Kemudian #warid pula ilah , hasil dari wirid iaitu berupa rasa atau pancaran cahaya hati jazbah ,merasa rasa ni'mat , zauk dan kelazatan dalam pengabdian kepada Robbul 'Alamin..
Amalan Nafi dan Isbat. Dan Syahadah Penyaksian kepada Ilah Allah dan Penyaksian Kepada Muhammad dan RasulAllah.
Menyaksi dan RasulAllah .
LAA haula WA ala Quuwata illa BilLah!!!
Tiada Ayat dan Upaya
Terima kasih. Semoga kita dan semua terus belajar dan mengajar AlQuran , untuk terus jadi terbaik.
Dan Terus juga mengajak manusia kepada Allah dengan ayat AlQuran perintah yang paling utama iaitu mempelajari dan beramal dengannya serta menyampaikannya iaitu perintah Allah Mempelajari ilmu dan amaln Syahadah /Penyaksian akan Dia ialah @لا الله الا الله . Berasaskan perintah Ayat AlQuran Allah berfirman فاعلم انه لا الله الا الله!.
Maka Berilmulah kamu bahawasanya Dia LAA Ilaah illa Allah, Tiada Ilàh Selain Allah.
Dan hendaklah juga berilmu dengan mengenali Allah melalui Mengenal Rasulullah @dengan ayat Qs49:7
وتعلم أن فيكم رسول الله
Dan Berilmulah bahawa dalam kamu RasulAllah! ..."'