Ads 468x60px

Labels

Khamis, 12 September 2013

Perbincangan Projek LRGS di Intekma Resort UiTM Shah Alam

Meeting LRGS Kumpulan 3 dan 5
Bersama Ahli projek PM Dr Zaid Ahmad (UPM), DR Amaludin (UPM), Prof Ismail Ahmad, PM Dr Zaki , PM Dr Halim dan PM baharuddin Sayin (UiTM)
Bersama ketua projek Prof Dr Inayah Yaakub UKM
Meeting Persediaan LRGS di Intekma Resort UiTM Shah Alam bersama UPM dan UKM. Doakan semua pihak semoga projek research wakaf pendidikan berjaya

Selasa, 10 September 2013

Mesyuarat Bersama Panel Penasihat IKaZ Prof. Dato' Dr Mahmud Zuhdi Abd Majid dan Prof. Datuk Ali Bahrom

Menikmati Keindahan Pantai Tok bali Kelantan

Abang hazwan dan kakak hazwani Bersama Mok Dik
bersama keluarga di rumah pak cik selepas solat raya. Kakak dan abang irfan bersama Umi dan bonda.
Salam Aidilfitri untuk semua yg berada di perantauan. Selepas solat raya bersama makcik.

22 tahun berpisah kini dipertemukan kembali Zakila dan Mohd Amin. Teman persekolahan 1992-2013. Terima kasih kepada Zakila kerana menghubungi saya untuk menyambung tali hubungan silaturrahim.
Majlis Perpisahan Tuan Hj Malek, Pegawai Kedutaan Brunei Darussalam di Bukit Bintang

Perbincangan Panel Penasihat Institut Kajian Zakat dan Wakaf Malaysia (IKaZ)


Perbincangan bersama Yb Bhg Dato Seri Zainal Abidin di Masjid al-Falah Subang Jaya 

ISU-ISU PELAKSANAAN ISTIBDAL HARTANAH WAKAF DI MALAYSIA

Pendahuluan

Pada dasarnya hukum syarak mengharuskan pelaksanaan konsep Istibdal dilihat dan dianggap  sebagai suatu mekanisme yang boleh mengekalkan kesinambungan tanah wakaf tanpa mengorbankan prinsip asal wakaf. Konsep Istibdal atau lebih dikenali sebagai pertukaran harta wakaf pada hakikatnya merupakan salah satu jalan penyelesaian kepada masalah-masalah yang membabitkan pembangunan harta wakaf.[1] Tujuan asal seseorang mewakafkan harta adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mengharapkan pahala secara berterusan, selain rahmat, keberkatan dan keredhaanNya. Tujuan asal ini tidak akan kesampaian jika adanya halangan-halangan yang tidak dapat dielakkan. Antaranya seperti pelupusan status wakaf akibat pengambilan tanah wakaf oleh pihak berkuasa. Maka nazir selaku pemegang amanah harta wakaf perlu menyelesaikan permasalahan ini dengan mengambil alternatif dan pendekatan agar manfaat harta wakaf dapat disalurkan untuk selama-lamanya sebagaimana niat pewakaf. Namun aspek pelaksanaannya memerlukan kepada ketelitian dengan mengambilkira pelbagai aspek perundangan negara dan hukum syarak. Di Malaysia pelaksanaan istibdal tanah wakaf masih tidak begitu popular dan kurang difahami oleh masyarakat di Malaysia sehingga menimbulkan pelbagai isu dan tanggapan negatif terutama di kalangan masyarakat awam.

Keberkesanan Audit Berkualiti Dalam Memantapkan Sistem Pengurusan Wakaf di Majlis Agama Islam Negeri

Temubual: En.Azmi bin Mohammad,
Timbalan Ketua Pengarah Audit
Cawangan Negeri Terengganu
Hasil dapatan kajian ini terdapat banyak isu yang dibangkitkan oleh pihak Audit. Kajian Audit ini sangat penting kerana maklumat yang dihasilkan oleh JAN dapat dimanfaatkan oleh semua pihak terutama mereka yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan wakaf dan para pentadbir di MAIN. Ini kerana maklumat berkaitan wakaf yang terdapat di MAIN sukar didapati dan sebahagiannya dianggap sulit dan tidak boleh didedahkan kepada umum. Pengauditan dilakukan di MAIN yang secara langsung merujuk kepada dokumen dan rekod yang berkaitan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan harta wakaf. Temubual dan soal selidik juga dilakukan dengan pegawai yang terlibat dan pihak Audit telah melakukan lawatan ke beberapa lokasi tanah dan pembangunan tanah wakaf. Ini semua bagi memastikan pengurusan wakaf MAIN telah dilaksanakan menepati dengan hukum syarak dan mematuhi Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri masing-masing dan Enakmen Wakaf. Sehubungan dengan itu, maklumat yang didapati melalui Laporan JAN tidak boleh dipertikaikan dan boleh menjadi pandu arah dalam menentukan prestasi pembangunan tanah wakaf di Malaysia.