Kematian adalah sesuatu yang amat ditakuti oleh manusia. Manusia sanggup
mengorbankan masa dan menghabiskan wang demi menjaga kesihatan agar tidak
bertemu dengan kematian. Kesihatan
badan amat dijaga dan diberi perhatian dengan pelbagai rawatan dan ubatan. Kematian
jasad akan ditangisi dan diratapi oleh semua manusia kerana perginya jasad yang
tidak akan kembali lagi. Namun manusia sering lupa bahawa kematian tidak hanya
menimpa kepada jasad atau badan semata-mata, tetapi juga kepada hati. Pada
hakikatnya ramai manusia yang mati hati mereka sebelum matinya jasad. Kematian
hati tidak akan ditangisi sebagaimana kematian jasad. Dalam diri manusia hati
adalah organ badan yang terpenting sehinggakan Imam Syafie mengatakan bahawa manusia
berfikir dengan hati dan bukannya dengan akal. Rasulullah saw juga menegaskan
bahawa apabila hati baik maka baiklah jasad keseluruhannya, apabila ia rosak,
maka rosaklah semua jasad yang lain.
Justeru, manusia patut menjaga kesihatan hati
mereka sentiasa sihat agar umur hati sepanjang usia jasad. Ini bermakna
penjagaan hati dan jasad perlu selari dan tidak melebihkan antara satu sama
lain. Ketempangan hidup apabila manusia mementingkan penjagaan kesihatan badan
atau fizikal tanpa melihat kepentingan yang lebih utama iaitu penjagaan hati.
Tanda-Tanda Hati Yang Mati
Manusia yang hidup dapat merasai kesenangan, kesusahan, kegembiraan,
kesedihan dan lain-lain, berbeza dengan manusia yang mati. Demikianlah juga
dengan hati manusia, yang telah mati, hati tidak lagi merasai sedih,
resah-gelisah dan gundah-gulana, bimbang dan takut dengan kesalahan diri,
apabila tuan punya hati meninggalkan perintah-perintah Allah, menentang dan
melawan hukum-hakamNya. Jauh dari menyesali, malah berbangga dan bermegah dengan
kesalahan yang dilakukan. Dirinya akan senang menyebelahi kepada kejahatan dan
dirinya sentiasa gembira dan tenang sekalipun berada dalam lembah dosa. Hati
akan terhijab dengan dinding gelap yang tebal antara manusia dengan Allah.
Terdapat 5 jenis
dosa yang lebih besar apabila dilakukan daripada dosa yang dilakukan, antaranya
ialah:
- Membesarkan
dosa yang telah dilakukan dan tidak menganggapnya sebagai satu dosa
- Menganggap
dosa yang dilakukan adalah kecil dan meremeh-remehkan dosa
- Mengekalkan
diri dalam keadaan berdosa dan tidak bercita-cita untuk meninggalkannya
- Mempertontonkan
dosa kepada orang lain secara terang-terangan tanpa menyembunyikan.
- Bersifat
berani dalam mengerjakan dosa tanpa perasaan takut dan bimbang
Bagaimana Menghidupkan Hati
Apabila Allah memberikan hidayah dan taufiqNya, maka Allah menggembirakan
hati untuk melakukan kebaikan. Hati akan terasa lapang dan sentiasa
mengharapkan kepadaNya. Orang yang beriman hatinya sentiasa hidup dan tidak
akan mati selama-lamanya. Amal ibadah yang mendekatkan hati kepada Allah adalah
syarat terpenting bagi menghidupkan hati. Fatah al-Maushili menjelaskan bahawa hati perlu diisi dengan ilmu.
Sekiranya hati kita tidak diberikan hikmah dan ilmu pengetahuan selama tiga
hari maka hati akan menjadi mati. Ilmu adalah makanan hati yang mengandungi nur
Ilahi. Abdullah Ibn Mas’ud mengatakan bahawa:
المُؤْمِنَ يَرَى نَفْسَهُ
من ذُنُوْبِهِ كَأنَّهُ قَاعِدٌ تحتَ جَبَلٍ يَخَافُ أنْ يَقَعَ عَلَيْه,
والمُنَافِقُ يَرَى ذُنُوْبِهِ كَذُبَابٍ وَقَعَ على أنْفِهِ, فقال بِهِ هَكَذَا
فَأطَارَهُ
Ertinya: Seorang mukmin yang melihat
dosanya bagaikan bukit yang akan runtuh, sedangkan bagi orang munafiq melihat
akan dosanya bagaikan lalat yang hinggap dihujung hidungnya, maka hanya
diusirnya dengan tangan sahaja.
3 keadaan manusia yang beramal:
i.
Orang yang beramal tetapi dia tidak melihat bahawa
dia seorang yang beramal dan seolah-olah
ii.
Orang yang beramal tetapi sentiasa beranggapan
bahawa amal yang dilakukan sedikit dan masih berkurangan
iii.
Orang yang sama sekali tidak melihat bahawa dia
seorang yang beramal, dan merasakan bahawa amal ibadat yang dilakukan tidak
sempurna dan masih jauh daripada kesempurnaan.
Golongan yang pertama adalah lebih baik daripada
golongan yang kedua. Orang yang beramal tetapi tidak melihat dia melakukan amal
ibadat adalah lebih tinggi nilainya daripada orang yang beramal dengan melihat
amalan, sekalipun amal yang dilakukan masih kurang sempurna. Manakala golongan
yang ketiga adalah orang yang paling mulia di sisi Allah. Mereka yang melakukan
amal ibadat tanpa menuntut upah atau balasan daripada Allah SWT.
Golongan yang ketiga
terselamat daripada sifat ’Ujub yang terhasil daripada amal ibadahnya
yang banyak. Jika seseorang itu merasakan dirinya rajin dan banyak beribadah,
amal yang dilakukan baik dan sempurna, keadaan ini boleh membawa kepada sifat ’Ujub,
atau merasai kagum dengan dirinya sendiri. Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa
seseorang yang mempunyai sifat-sifat yang dinyatakan di atas, bermakna dirinya
telah lupa bahawa amal ibadah yang dibuat adalah nikmat Allah SWT. Allah
berfirman:
Ÿxsù
(#þq’.t“è?
öNä3|¡àÿRr& ( uqèd
ÞOn=÷ær& Ç`yJÎ/ #’s+¨?$#
ÇÌËÈ
Ertinya: Maka janganlah
kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang
lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.
Bisyr bin Mansur menceritakan bahawa jika
dibandingkan dengan ibadat Iblis lebih lama bersama para malaikat. Namun
akhirnya Iblis laknatullah menjadi musuh utama Allah dan manusia. Justeru,
pandanglah amal ibadah sebagai Taufiq daripada Allah, dengan hidayah dan
rahmatNya kepada kita tetapi bukan daripada kita, serta merasai ia masih
sedikit dan tidak sempurna. Dengan adanya perasaan ini, maka itu terdapat
tanda-tanda dan harapan amal ibadah kita diterima Allah dengan izinNya.
BAB 34
BETAPA ALLAH MEMBERI NIKMAT
Allah SWT memberikan sebesar-besar nikmat dengan memantapkan Tauhid dan
keimaman seseorang, dan bukannya semata-mata melimpahi dengan kekayaan dan
kedudukan dan pangkat.
Apakah pengertian mensyukuri nikmat Allah SWT? Mensyukuri nikmat Allah
bermakna kita mempercayai dengan penuh yakin di dalam hati bahawa hanya Allah
satu-satu Pemberi nikmat, dan tidak datang nikmat itu kecuali datangnya
daripada Allah SWT. Dialah sahaja yang memberi nikmat dan tidak ada yang boleh
memberi selainNya. Ini berdasarkan kepada hadis Qudsi yang berbunyi:
إِذَا عَرَفْتَ أَنَّ
النِّعَمَ كُلَّهَا مِنِّّي فَقَدْ شَكَرْتَنِي, فقد رَضِيْتُ منْكَ بذلك
Ertinya: Apabila kamu mengetahui bahawa
semua nikmat itu datang daripadaKu, bererti engkau telah bersyukur kepadaKu dan
telah merelakan yang demikian itu”
Antara nikmat yang mulia dan terlebih utama ialah apabila Allah
mengurniakan ubat hati. Allah merawat hati menjadi senang dan tenang. Ibn
’Ataillah al-Askandari menyatakan bahawa dalam diri manusia terdapat dua hawa,
iaitu hawa nafsu dan hawa qalbu. Hawa nafsu adalah bersifat jasmaniah, nampak
secara fizikal dan jelas. Manakala hawa qalbu adalah bersifat maknawiah atau
secara batin yang melibatkan perasaan atau sifat yang tidak kelihatan seperti
marah, sayang, sombong dan lain-lain. Rawatan bagi penyakit hawa nafsu ini
senang dan mudah berbanding rawatan hawa qalbu. Rawatan yang paling mujarab
untuk mengubatinya adalah dengan taufiq dan hidayah Allah secara langsung.
Justeru, kedua-dua hawa
ini perlu dibimbing dan dipimpin dengan ajaran Islam. Jangan sesekali diri
manusia dikuasai oleh kedua-dua hawa nafsu ini yang menyebabkan dirinya lupa
dan lalai kepada yang pemberi nikmat.
Terdapat dua golongan manusia yang dikurniakan nikmat.
i. Golongan al-Sairun/ Salikun:
Golongan yang beribadah
kepada Allah dalam semua aspek kehidupan beribadah sama ada yang wajib dan yang
sunnah, zahir dan batin. Namun segala ibadah yang dilakukan ini tidak
mendatangkan rasa kemegahan dan bangga dengan dirinya seorang ahli ibadah.
Bahkan merasai dirinya sentiasa kurang beribadah, hatinya sentiasa mengingati
kecacatan dalam ibadah, tidak ada kekhusyukan dalam solatnya walaupun pada
hakikat solatnya terbaik daripada orang lain. Ikhlasnya terlalu kurang,
kelalaiannya masih banyak dan sentiasa merasai perbuatan yang dilakukan tidak
diredhai Allah. Golongan ini dikenali sebagai al-Sairun kerana mereka masih
dalam perjalanan menuju Allah
ii. Golongan al-Wasilun: Golongan yang telah sampai menuju kepada
Allah SWT. Golongan ini beribadah kepada Allah dan merasakan segala
perlakuannya dilihat dan diintai oleh Allah. Tidak terdetik dan jauh di sudut
dihatinya bahawa perlakuan amal ibadah itu dibuat kerana terpaksa atau memaksa.
Seolah-olah mereka merasai Allah bersama dengan mereka. Inilah maqam yang
terlebih mulia daripada yang pertama.
Manusia perlu mendidik dan mengajar diri mereka agar sentiasa merasai diri
tidak sempurna
Terdapat 3 golongan manusia apabila mendapat nikmat Allah SWT:
i.
Orang Awam: Apabila mendapat rezeki berupa nikmat
daripada Allah mereka akan gembira, senang, puas dan bahagia. Namun dalam
kegembiraan mereka lupa dan sengaja tidak mengingati bahawa semua nikmat sihat,
kaya, pandai, berjaya adalah datang daripada Allah SWT. Mereka seolah-olah
beriktikad bahawa nikmat yang terhasil daripada usaha dan penat lelah mereka
semata-mata. Tanpa usaha bersungguh-sungguh nikmat itu tidak menyebelahi
dirinya. Justeru, orang awam digolong dalam manusia yang lalai dan lupa dengan
kesenangan dan kemewahan hidup. Semakin banyak diberikan nikmat semakin jauh
dirinya dengan Allah. Ini kerana Iblis akan memasuki diri seseorang melalui
pintu kegemarannya terhadap dunia. Apabila nikmat itu hilang, maka dirinya
seolah-olah seperti hilang pertimbangan, fikirannya resah gelisah, hidupnya
tidak tenang dan akan menyalahi orang lain. Mereka akan sibuk mencari-cari
nikmat yang hilang itu. Allah SWT berfirman dalam surah al-An’am ayat 44:
$£Jn=sù
(#qÝ¡nS $tB (#rãÅe2èŒ
¾ÏmÎ/ $oYóstFsù óOÎgøŠn=tæ
z>ºuqö/r& Èe@à2 >äó_x«
#Ó¨Lym
#sŒÎ) (#qãmÌsù !$yJÎ/
(#þqè?ré& Nßg»tRõ‹s{r& ZptGøót/ #sŒÎ*sù Nèd tbqÝ¡Î=ö7•B ÇÍÍÈ
Ertinya: kemudian apabila mereka melupakan
apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka
pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira
dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan
mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun
berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).
ii. Golongan Khawas: Golongan manusia yang apabila mendapat nikmat Allah
akan semakin tinggi imannya. Meyakini dengan sebenar-benar bahawa setiap rezeki
dan nikmat adalah datang daripada Allah SWT, tidak selainNya. Dengan pemberian
nikmat itu kecintaan kepada yang memberi nikmat semakin tinggi dan dirinya
semakin dekat dengan Allah. Nikmat itu akan menjadi pengantara dirinya dengan
Allah. Harta pemberian Allah dibelanjakan pada jalanNya untuk mendapat
keredhaan dan sebagai tanda kesyukuran.
iii. Golongan Khawasul Khawas: Golongan manusia yang terpilih hasil
daripada pilihan Allah. Sentiasa bergembira dengan Allah zahir dan batin.
Ingatan kepada Allah SWT bukan kerana disebabkan oleh nikmat yang diberikan
kepadanya, tetapi semata-mata ...ini kerana tidak ada yang dicintai dalam
dirinya selain Allah SWT. Kesenangan dan kekayaan tidak hanya bersifat
lahiriyah semata-mata.
0 ulasan:
Catat Ulasan