Urusan yang berkait dengan riba bukanlah sesuatu yang asing pada zaman sekarang. Malah ia menjadi amalan biasa yang dilakukan oleh mana-mana masyarakat. Keadaan ini bertepatan dengan hadis nabi saw bahawa akan datang kepada manusia itu pada suatu zaman yang tidak ada seorangpun melainkan semuanya memakan riba. Jikalau dia tidak memakan riba sekalipun, tetapi debu-debu riba itu tetap juga mengenainya.
Ini bermakna kebanyakkan
manusia akan memakan riba., sekalipun dia tidak memakan riba, namun dosa riba
itu juga akan terkena kepada dirinya seperti dia menjadi saksi yang mempunyai
akad riba atau dia menyuruh orang lain memakan riba, atau dia memakan daripada
jamuan daripada orang yang memakan riba, atau dia menerima hadiah daripada
mereka, sedangkan dia mengetahui bahawa harta yang dihadiahkan itu adalah hasil
daripada harta riba.
Orang yang memakan makanan yang haram dan
syubhat akan jauh daripada kebaikan, tidak diberi taufiq untuk beribadat kepada
Allah. Ini kerana orang bersikap sedemikian tidak layak untuk berkhidmat kepada
Allah. Imam al-Ghazali mengumpamakan sekiranya orang yang berhadas dan berjunub
dilarang memasuki rumah Allah dan menyentuh al-Quran, sedangkan ia adalah
perkara yang harus, maka memakan harta yang haram dan syubahat lebih dimurkai
dan dilarang oleh Allah untuk berkhidmat kepadaNya. Lidahnya tidak layak untuk
menyebut kemuliaan Allah SWT.
Yahya Ibn Muaz mengatakan bahawa ketaatan itu
hanya tersimpan di dalam khazanah Allah, kunci pembukanya ialah doa, dan gigi
(anak kuncinya) ialah yang halal. Jika anak kunci tanpa bergigi maka pintu yang
terkunci tidak boleh dibuka. Jika pintu khazanah tidak terbuka, maka bagaimana
dirinya dapat apa yang ada di dalamnya (pahala).
Kata Luqman al-Hakim kepada anaknya: “Wahai
anakku, tuntutlah kekayaan dengan
pekerjaan yang halal supaya terpelihara daripada papa. Sesungguhnya tidak akan
sekali-kali papa seseorang itu, melainkan diperbetulkan tiga perkara, pertama lemah
dalam agamanya iaitu daif agamanya, kedua lemah akalnya iaitu kurang akalnya, dan yang ketiga hilang maruahnya iaitu hilang malunya.
Allah Memerangi Jenayah RIBA
Ayat yang berkaitan dengan riba
ditujukan secara khusus kepada orang-orang yang beriman. Larangan Allah ini
hanya memberi kesan kepada jiwa-jiwa manusia yang beriman. Ini kerana menjauhi
riba adalah menjadi tanda kesahihan dan wujudnya iman di dalam dada seseorang
mukmin. Larangan terhadap berurusan dengan riba amat keras daripada Allah,
berbeza dengan kesalahan-kesalahan yang lain. Ini kerana tidak ada mana-mana
jenayah atau kesalahan lain yang Allah mencabar untuk berperang denganNya,
melainkan dalam bab jenayah riba. Ibn Abbas meriwayatkan bahawa pada hari
Kiamat kelak akan dikatakan kepada orang yang memakan riba: ” Ambillah senjata
kamu dan bersiap sedialah untuk berperang”.
Begitu juga di dalam hadis nabi saw bersabda
tentang akibat kesalahan riba itu yang diriwayatkan daripada Imam Ahmad
daripada Kacab al-Ahbar:
Ertinya: Sesungguhnya jika aku melakukan zina tiga puluh tiga kali, terlebih
kasih kepada aku daripada aku memakan satu dirham daripada riba.
Hadis ini memberi gambaran yang cukup
jelas tentang bandingan dosa orang yang memakan riba diibaratkan seperti
berzina sebanyak 33 kali, sekalipun yang dimakan riba itu hanya satu dirham
sahaja. Begitu juga di dalam matan yang lain nabi saw menyatakan satu dirham
riba lebih besar dosanya daripada mengerjakan zina sebanyak 36 kali.
Ini bermakna hukum riba ini terlebih besar dosa daripada
segala dosa yang lain. Maka tidak dihalalkan riba oleh agama sekali-kali. Allah
SWT tidak mengizinkan di dalam kitabnya memerangi orang-orang yang ‘asi (berdosa)
melainkan orang yang memakan riba. Justeru itu inilah yang dikatakan oleh
setengah ulama bahawa itu adalah tanda su’ al-khatimah. Maksudya mati di
dalam kejahatan seperti matinya orang yang menyakiti para aulia. Begitu juga
menurut Ibn cAbbas, orang yang memakan riba tidak akan diterima amalan mereka sama ada
daripada sedekahnya, perang pada jalan Allah, hajinya dan menghubungkan tali
silaturrahim. Lebih dahsyat lagi menurut Syeikh Ibn Hajar, orang yang memakan
riba itu akan diseksa oleh Allah Tacala selama-lamanya hingga
di dalam bulan Ramadhan sekalipun tidak terlepas daripada seksaannya.
Kesimpulannya, setelah kita menyedari betapa besarnya kesalahan jenayah riba ini, maka
hendaklah kita menjauhinya dengan meninggalkan apa jua yang meragukan kita,
kepada yang tidak meragukan. Nabi saw
mengajar kita bahawa apabila engkau berkehendakkan melakukan sesuatu perkara
yang tidak jelas kehalalannya, maka letakkanlah tangan kita di atas dada,
kerana sesungguhnya hati itu akan gelisah kepada perkara yang haram dan tenang
kepada perkara yang halal. Maka kita
hendaklah berhati-hati, sekalipun dalam perkara yang halal untuk mencapai
tingkat TAQWA. Ini keran Abu Zar al-Ghifari mengatakan bahawa antara tanda
kesempurnaan taqwa ialah meninggalkan setengah yang halal kerana takutkan yang
haram.
’Amru bin al-’As
r.a. merupakan seorang sahabat yang yang dikenali sebagai seorang yang cerdik
dan pakar strategik sehingga beliau digelar ”Singa Arab”. Ketika disaat beliau
bertarung dengan kematian, beliau ditanya oleh anaknya Abdullah:
”Wahai bapaku,
engkaulah orang yang paling layak untuk menggambarkan tentang kematian, Jawab
’Amru: ” Wahai anakku, Demi Allah, sesungguhnya medan kematian ini amat sakit
dan menakutkan, seolah-olah semua gunung-ganang yang berada dibumi ini
diletakkan di atas dadaku, dan seolah-olah sekarang aku bernafas dari lubang
jarum”.
Di dalam kisah lain yang diriwayatkan oleh
Imam Muslim di dalam kitab Sahihnya di
saat kematian ’Amru menangis tanpa henti, lalu Abdullah menghampiri bapanya
seraya bertanya kepadanya empat soalan.
Kenapakah kamu
menangis di saat kematian kamu, sedangkan kamu sudah beragama Islam, bukankah
kamu telah berhijrah bersama nabi saw, bukankah kamu dilantik sebagai pemimpin
panglima perang dan bukankah kamu telah berjaya menakluki negeri Mesir?
Setelah
mendengar pertanyaan anaknya, suara tangisan ’Amru semakin menjadi dan
memalingkan wajahnya ke dinding. Selepas itu dia menghalakan wajahnya ke arah
orang ramai dan menceritakan perihal tangisannya. Dia telah melalui tiga fasa
dalam kehidupannya. Semasa aku di zaman
jahiliyyah, aku tidak mengenali Islam, dan orang yang paling aku benci ialah
insan yang bernama Muhammad saw. Sekiranya aku mati disaat itu, sudah pasti aku
temasuk penghuni neraka Jahannam. Kemudian aku memeluk Islam, Baginda
Rasulullah saw memegang erat tanganku, seraya bertanya: ”Apakah yang kamu mahu
’Amru? Aku menjawab: ”Aku ingin Allah mengampuni dosaku”. Pada waktu itu orang
yang paling aku sayangi adalah Rasulullah saw. Namun sayangnya, Allah tidak
mengambil nyawa aku pada waktu ini, aku tidak meninggal di saat aku bersama
Rasulullah saw. Jika aku mati bersama Rasulullah saw, besar kemungkinan aku
menjadi penghuni Syurga. Sekarang, Rasulullah saw telah wafat, sekarang aku
tidak tahu sama ada aku akan ke Syurga atau dicampakkan ke neraka. Namun aku
masih memiliki kalimah yang sangat aku perlukan untuk berhadapan dengan Allah
SWT. Kemudian ’Amru memegang erat tangannya seolah-olah memegang erat kalimah
tauhid. Setelah dia mengucap dua kalimah syahadah, beliau meninggal dunia.

Nasihat Abu Zar al-Ghifari
“ Sedekahkanlah hartamu, semoga engkau selamat
daripada kesulitan pada hari Kiamat. Jadikanlah kehidupan duniamu dalam 2
majlis, pertama majlis untuk menuntut ilmu, dan yang majlis yang kedua untuk
mencari rezeki yang halal. Jadilah hartamu 2 dirham. Satu dirham untuk
keluargamu dan dirham untuk akhiratmu”.
“Mempunyai
sahabat yang soleh itu lebih baik daripada sendirian. Tetapi sendirian itu
lebih baik daripada ada sahabat yang buruk akhlaknya”.
“Orang
yang banyak berbicara tentang kebaikan lebih baik daripada diam. Diam lebih
baik daripada banyak berbicara tentang perkara yang buruk”
“Orang
yang dipercayai itu lebih baik daripada orang yang suka menyimpan. Orang yang
suka menyimpan itu lebih baik daripada berprasangka buruk”
“ Cukuplah doa yang sedikit dengan adanya banyak amalan kebaikan, sebagaimana makanan yang cukup dengan garam yang sedikit”
0 ulasan:
Catat Ulasan