Ramai di kalangan manusia hari ini yang menggunakan hujah sibuk sebagai alasan apabila berhadapan dengan kewajipan Allah. Apabila hujah ini sentiasa dikotakan oleh manusia, maka Allah menjadikan tempoh kehidupan 24 jam dirasakan terlalu singkat dan pendek. Allah telah menegaskan di dalam surah Taha: 124:
ô`tBur uÚtôãr& `tã Ìò2Ï ¨bÎ*sù ¼ã&s! Zpt±ÏètB %Z3Y|Ê
Ertinya: Sesiapa yang berpaling daripada peringatanku (al-Quran), maka untuknya penghidupan yang sempit”
Manusia sering berada dalam kebimbangan dan takut dengan rezeki. Manusia yang terlalu sibuk dengan urusan dunia bermakna dirinya begitu takut dan bimbang dengan rezeki sehingga sanggup meninggalkan urusan Allah. Berapa ramai di kalangan manusia yang takut mengerjakan sembahyang kerana boleh mengurangi rezeki. Sedangkan rezeki adalah di bawah kekuasaan Allah. Rezeki sudah ada jaminan Allah. Allah berfirman di dalam surah Thaha, ayat 132:
öãBù&ur y7n=÷dr& Ío4qn=¢Á9$$Î/ ÷É9sÜô¹$#ur $pkön=tæ ( w y7è=t«ó¡nS $]%øÍ ( ß`øtªU y7è%ãötR 3 èpt6É)»yèø9$#ur 3uqø)G=Ï9 ÇÊÌËÈ
Ertinya: dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah Engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadaMu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.
Ibn ’Ataillah menyebutkan bahawa terdapat tanda-tanda hamba Allah yang tidak tenggelam dengan rezeki Allah. Antaranya ialah:
i. Al-Ridha bi al-Waqi’
Redha dengan apa yang terjadi. Bersyukur dengan nikmat dan bersabar dengan ujian Allah. Tidak resah dan gelisah apabila ditimpa musibah, malah terus berusaha dan yakin dengan ketentuan dan rezeki Allah. Sentiasa menyerah dan merendah diri dengan Allah.
ii. Al-Taqwa fi al-Thalab
Sentiasa bertaqwa kepada Allah dalam mencari rezeki halal. Bimbang dengan rezeki yang haram dan syubhat. Berusaha menjauhi perkara yang haram sekalipun mendatangkan keuntungan yang banyak.
iii. Hifz al-Adab fi al-Asbab
Sentiasa memelihara cara dan tindak-tanduk yang baik, tidak memfitnah orang lain. Jauh daripada menganiayai diri orang lain demi mencari rezeki yang halal lagi suci.
Rasulullah saw mengingatkan kita agar merebut 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Antaranya rebutlah masa sihat sebelum datang waktu sakit dan masa lapang sebelum datangnya masa sibuk. Masa dan usia amatlah terbatas bagi manusia. Ini kerana umur bagi umat nabi Muhammad saw terlalu singkat, sesuai dengan fizikalnya yang semakin lemah apabila menjelang usia tua. Keterbatasan masa yang dimiliki oleh manusia tidak boleh disia-siakan begitu sahaja. Jika usia kita 60 tahun, tidak bermakna kita memiliki masa lapang sejumlah itu. Ini kerana 1/3 daripada usia kita terbuang percuma begitu sahaja semasa tidur dan 1/6 pula berlalu semasa kanak-kanak. Maka baki usia kita hanyalah 30 tahun.
Jika kita menyedari hakikat ini, bahawa baki usia yang ada untuk menyiapkan bekalan bagi pengembaraan yang jauh, maka sudah tentu kita tidak akan beralasan lagi untuk menyatakan diri kita masih ada waktu pada masa akan datang untuk menyiapkan bekalan. Peluang terakhir yang amat penting ini tidak mungkin ditinggalkan begitu sahaja. Sebahagian daripada masa diperuntukkan untuk mencari bekalan dengan memenuhi ruang-ruang kosong di masjid dan medan ilmu. Sebagaimana Imam Syafie, beliau telah membahagikan malamnya kepada tiga, iaitu belajar ilmu, sembahyang sunat dan rehat.
Para ulamak terdahulu sentiasa menyibukkan masa dengan beramal dan menyebarkan dakwah. Abu Wafa’ Ibn ‘Uqail al-Hanbali mengatakan: Aku tidak halalkan diriku mensia-siakan satu saat daripada umurku. Sekiranya lidahku terhenti daripada memberi peringatan dan pandangan mataku terhenti terhalang daripada mengkaji, aku akan tetap menjalankan fikiranku dalam keadaan aku rehat dan duduk. Kini aku dapati kegigihanku dalam mendalami ilmu ketika usia 80 tahun, adalah lebih kuat daripada kesungguhanku ketika berusia 20 tahun. Beliau dikatakan mengarang kitab kesusasteraan menjangkau 800 jilid.
Jadikan Diri Kita Anak Kunci Kebaikan
Setiap saat yang mulut kita mengatakan
sibuk adalah semasa tubuh badan kita berada dalam keadaan baik dan sihat. Sekiranya
semasa sakit sudah pasti kita tidak akan memberikan alasan tersebut. Sebab
sibuknya kita mengejar rezeki yang telah dijamin Allah Taala tanpa
penghujungnya. Bagi kita orang awam,
apabila datangnya sakit, badan akan menjadi uzur, pastinya ibadat yang ingin
dilakukan tidak akan sempurna sebagaimana kita semasa sihat. Maka sewajarnya
kesihatan itu perlu dihargai. Penghargaan yang hakiki ialah kita menggunakan
semaksimum mungkin masa sihat untuk melaksanakan tugas sebagai hamba Allah SWT.
Berbeza dengan sesetengah
solihin, waktu sakit adalah saat-saat yang paling subur untuk melakukan ibadat.
Ini kerana mereka merasakan bahawa sakit adalah amaran Allah SWT. Lantaran itu
dia bersyukur kepada Allah kerana masih sudi memberi peringatan, lalu dia
merasakan Allah amat menyayangi dirinya. Semasa usia semakin lanjut, anak-anak
semakin bertambah, bebanan dan tanggungjawab kerja semakin banyak, maka kita
akan tetap hidup dengan beralasan dan berangan-angan, mudah-mudahan usia kita
panjang dapat beramal dan menyediakan amal pahala kebaikan. Maka selagi itulah
mulut kita tetap beralasan ”sibuk”.
Detik yang Tidak Terduga
Akhirnya datanglah suatu detik yang tidak
terduga datang secara tiba-tiba. anak-anak dan isteri serta saudara mara pasti
bersuara bahawa ”kita telah meninggal dunia secara mengejut”. Inilah perkataan
yang sinonim apabila saat kematian datang semasa kita sihat. Sebenarnya tidak ada istilah di sisi Allah
bahawa manusia meninggal dunia mengejut. Di dalam kitab al-Raudhah, Ibn al-Jawzi menyebutkan di dalam sebuah hadis
sebahagian nabi ada bertanya kepada Malakulmaut, apakah mereka tidak
mengirimkan utusan mereka sebelum mengambil nyawa manusia, agar manusia dapat
bersedia lebih awal?. Lalu Malakulmaut bersumpah dengan nama Allah bahawa
penyakit, uban, kurang penglihatan, pendengaran dan sebagainya itu adalah
tanda-tanda yang dikirim oleh Malakulmaut. Lebih daripada itu Malakulmaut juga
berteriak kepada manusia setiap terbit dan terbenamnya matahari kepada tiga
golongan manusia.
Disebutkan
di dalam hadis bahawa malakulmaut memandang pada setiap muka hamba Allah 70
kali pada setiap hari. Sakaratul maut itu merupakan sebuah pertarungan yang
amat dahsyat. Rasulullah saw menggambarkan kesakitan sakaratulmaut seumpama 300
kali paluan pedang. Menurut sebahagian ulamak, ia seumpama lebih daripada 1000
kali paluan pedang. Seluruh anggota menjadi lemah, lidah menjadi kelu, fikiran
menjadi gelap dan tidak berupaya untuk meminta tolong, mengadu atau
menyampaikan isi hati.
Sebelum Terlambat
Rasulullah saw
sering memberi peringatan agar setiap daripada kita memperbaharui surat wasiat
kita dalam tempoh setiap 3 hari. Sekiranya melebihi tempoh tersebut kita dianggap
cuai jika tidak memperbaharuinya. Kerana mungkin kita tercicir daripada
memasukkan fakta-fakta baru ke dalam wasiat, bahawa kita masih berhutang, sama
ada hutang kita dengan Allah SWT, atau hutang kita dengan sesama manusia lain.
Empat Faktor Kegagalan Manusia
Menurut Imam al-Ghazali terdapat empat
perkara yang menghalang kebaikan seseorang, mencacatkan hati dan jiwa,
seterusnya merosakkan da membinasa diri.
Secara realitinya inilah yang menjadi ibu segala kejahatan dan gagalnya kita
dalam setiap urusan yang kita ingin lakukan. Orang yang berjaya ialah orang
yang terperangkap dengan empat sifat ini. Jika kita bermuhasabah terhadap diri
kita, dan jika didapati ada sifat-sifat, walaupun tidak kesemuanya sudah cukup
menjadikan kita orang yang malang. Antaranya ialah, panjang angan-angan, gopoh
gapah, hasad dengki dan takabur.
Empat sifat ini akan
melibatkan emosi (angan-angan), perlakuan (gopoh gapah) dan perasaan (hasad
dengki dan takabur). Inilah punca segala kejahatan yang merosakkan dan
membolak-balikkan hati dalam urusan ibadat secara khususnya dan pergaulan
seharian amnya. Namun demikian, empat perkara ini jugalah yang membentuk sifat
mulia dan juga menjadi kekuatan kepada para ‘abid dan tersusun ibadatnya
menjadi baik. Justeru, kita hendaklah berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan
sifat ini iaitu, pendek angan, cermat dalam urusan, nasihat untuk kebaikan
makhluk, tawaduk serta khusyuk.
Dimanakah KITA......?
Imam al-Ghazali
membahagikan keadaan manusia kepada 3 kategori:
1.
Orang yang tenggelam dalam
urusan keduniaan
2.
Orang yang bertaubat dan
mula bertaubat
3.
Orang yang mengenal diri
sendiri dan merasakan hayatnya akan berakhir
Golongan yang
pertama ini tidak mengingati kematian. Jika diingati sekalipun mereka merasa
sedih dirinya akan meninggalkan harta kekayaan yang dimiliki, dan amat benci
dengan kematian. Golongan yang kedua mereka sentiasa berada dalam keadaan
cemas, takut dan bimbang akan kematian. Mereka akan menyempurnakan taubat
dengan sebaik mungkin. Manakala golongan yang ketiga sentiasa mengingati mati
setiap masa. mereka menunggu-nunggu saat kematian untuk bertemu dengan Allah
seperti orang yang bercinta untuk bertemu dengan kekasihnya.
Umur Manusia Di Dunia
Abu Zar al-Ghifari
“Dunia ini hanya 3 saat sahaja. Saat yang
berlalu, saat yang kamu berada padanya dan saat yang kamu tidak mengetahui sama
ada kamu sempat dengannya atau tidak. Maka sebenarnya kamu tidak memiliki
melainkan satu saat sahaja, kerana maut itu datang daripada saat ke saat
Ilmu yang
Diberkati
Imam al-Ghazali di dalam Kitab Bidayah al-Nihayah, menyatakan
tentang 12 amalan untuk mendapatkan keberkatan ilmu. Antaranya ialah menjaga
adab dengan guru:
- Apabila
menemui guru maka hendaklah memberi salam kepadanya terlebih dahulu
- Jangan
bercakap banyak dihadapannya
- Jangan
bercakap-cakap sebelum gurunnya bertanya kepadanya
- Jangan
bertanya kepada guru sebelum meminta izin
- Jangan
menyangkal terhadap perkataan gurunya
- Jangan
mengisyaratkan kepada guru untuk menyalahi pendapatnya (dibimbangi guru
menyangka muridnya mengetahui lebih daripadanya)
- Jangan
berbisik-bisik ketika guru sedang mengajar
- Jangan
berpaling ke kiri dan ke kanan
- Jangan
bertanya soalan yang banyak ketika guru agak letih
- Apabila
guru berdiri hendaklah berdiri menghormatinya
- Jangan
bertanya soalan kepada guru ketika di jalanan
- Jangan
cepat bersangka jahat terhadap guru jika menyalahi ilmunya (bukan
menyalahi agama)
Merendah Diri Seorang Ulamak
Suatu ketika Imam al-Ghazali sedang
mengajar dalam suatu majlis ilmu. Tiba-tiba seorang lelaki yang datang di
hadapannya. Lalu Imam al-Ghazali bangun berdiri dan meminta semua muridnya
berdiri untuk menghormati lelaki tersebut. Maka muridnya bertanya kepadanya:
“Kenapakah kita menghormati lelaki itu, sedangkan beliau seorang yang fasiq.
Jawap Imam al-Ghazali: Dia adalah guruku, yang mengajar kepadaku bagaimana
anjing jantan dan betina kencing.
Di dalam kisah yang lain,
selepas selepas solat, abang kepada Imam al-Ghazali berkata kepadanya: “ Ketika
kamu sedang solat tadi aku melihat ada darah pada pakaian kamu. Lalu Imam al-Ghazali
menjawab: “Bajunya bersih seraya menunjukkan bajunya. Abangnya bertanya lagi:
“Adakah kamu ada teringat sesuatu ketika dalam solat tadi. Jawab al-Ghazali:”
Ya, sebelum aku solat tadi aku menulis sebuah kitab tentang darah haid dan
nifas. Abangnya menjawab: “Sebab itulah aku melihat pakaian kamu ada darah.
Imam al-Ghazali kehairanan dan bertanya:” Dari manakah abang mendapat ilmu ini?
Jawab abangnya: Sebenarnya banyak ilmu lagi yang belum kamu belajari.
Kesimpulannya, hormatilah guru, sekalipun kecil sumbangannya, dan jangan
merasai diri kita seorang yang tinggi ilmu, kerana ilmu Allah yang ada pada
kita hanyalah setitik air daripada lautan.
0 ulasan:
Catat Ulasan