![]() |
Pendahuluan
Terdapat suatu hadis nabi saw yang diriwayatkan oleh Abu Waqid r.a. semasa
baginda berada dalam majlis ilmu di dalam masjid, tiba-tiba baginda didatangi
oleh tiga orang. Dua daripadanya terus bersama baginda dan para sahabat
menyertai majlis ilmu. Orang yang perlu melihat ada tempat yang kosong, maka
terus didudukinya. Manakala orang yang kedua duduk dibahagian belakang. Orang
yang ketiga pula terus pergi ke tempat lain kerana malu berada di tempat orang yang
ramai. Setelah selesai majlis ilmu nabi saw menceritakan tentang keadaan tiga
orang yang datang itu. Kata baginda: “orang yang pertama itu bersungguh-sungguh
untuk mendapatkan ilmu, lalu Allah memberikan kepadanya tempat. Orang yang
kedua tidak begitu bersungguh-sungguh untuk mencari ilmu, dan agak malu, maka
Allah juga malu kepadanya dengan hanya memberikan sedikit sahaja ilmu. Adapun
orang yang ketiga maka ia berpaling daripada Allah, maka Allah juga berpaling
daripadanya.
Hadis di atas menggambarkan kepada kita ilmu perlu
dicari dan digali dengan bersungguh-sungguh. Hendaklah mempunyai hati yang
cekal dan kuat. Sentiasa menggunakan peluang untuk menambahkan ilmu. Allah SWT
akan memberikan ilmu atau hikmah ini kepada sesiapa yang bersungguh-sungguh dan
menghendakinya. Inilah janji-janji Allah sebagaimana yang disebut di dalam
al-Quran, surah al-Baqarah ayat 269:
ÎA÷sã spyJò6Åsø9$# `tB âä!$t±o 4 `tBur |N÷sã spyJò6Åsø9$# ôs)sù uÎAré& #Zöyz #ZÏW2 3 $tBur ã2¤t HwÎ) (#qä9'ré& É=»t6ø9F{$# ÇËÏÒÈ
Ertinya: Allah memberikan hikmat
kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut
aturan yang ditentukanNya). dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka
sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. dan tiadalah yang dapat
mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan
akal fikirannya.
Dalam hal ini, mempelajari ilmu yang berkaitan
dengan ibadat lebih diutamakan mencarinya. Imam al-Ghazali menegaskan bahawa
terdapat dua sebab kenapa ilmu perlu didahulukan daripada ibadat:
Di dalam Kitab Manhaj al-Abidin Imam
Ghazali menyebut bahawa ibadat adalah buah yang dipetik daripada hasil ilmu. Ibadat
yang benar-benar diterima oleh Allah adalah ibadat yang bersumberkan kepada
ilmu, dan bukannya berdasarkan kepada adat atau ikutan semata-mata. Berapa
ramai di kalangan kita yang benar-benar menginsafi akan pentingnya ilmu. Berapa
pula yang merasai bahawa solatnya mungkin tidak diterima oleh Allah disebabkan
oleh ketidaksempurnaan solat disebabkan oleh kurangnya ilmu tentang solat.
Kalau inilah yang dirasai oleh setiap manusia, maka masjid-masjid akan sentiasa
dipenuhi dengan para jemaah untuk mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengan
agama. Imam Syafie menjelaskan bahawa
jika dibandingkan antara menuntut ilmu dengan ibadat sunat, maka menuntut ilmu
lebih diutamakan. Ini selaras dengan hadis nabi Muhammad saw bahawa orang yang
belajar satu bab daripada ilmu pengetahuan adalah lebih baik daripada orang
yang solat seratus rakaat.[1]
لأنْ
تَغْدُوَ فَتَتَعَلَّمَ بَابًا مِنَ العِلْمِ خَيْرٌ مِنْ أَنْ تُصَلِّي مِائَةَ
ركْعَةٍ
Ertinya:
sekiranya kamu berangkat untur mempelajari satu bab daripada ilmu pengetahuan,
adalah lebih utama daripada kamu bersembahyang seratus rakaat.
Ilmu sangat penting dalam kehidupan individu
muslim. Ilmu adalah paksi yang menjadi tempat perkisaran ibadat seseorang. Bahkan
kerana dua perkara inilah yang menjadi sebab turunnya al-Quran dan diutuskan
Rasul dan dijadikan bumi dan langit. Ini bermakna terciptanya dua buah negeri
dunia dan akhirat adalah kerana mulianya ilmu dan ibadat. Justeru, sepatutnya manusia
hendaklah menyibukkan diri dengan ilmu dan ibadat. Kerana amalan yang dilakukan selain daripada yang
dua ini adalah batil dan sia-sia. Imam Syafie telah membahagikan malamnya
kepada tiga, iaitu belajar ilmu, sembahyang sunat dan rehat. Justeru itu, nabi
saw memberi galakan bahawa sesiapa yang keluar daripada rumahnya untuk belajar
satu bab daripada ilmu, lebih baik daripada solat 100 rakaat. Begitu juga kisah
Imam Ahmad ibn Hanbal, beliau tidak akan keluar daripada rumahnya kecuali untuk
belajar, ke masjid dan menziarahi orang mati atau sakit. Sayyidina Ali kwjh
menyatakan bahawa: “Ilmu akan menjaga engkau, sedangkan engkau menjaga harta.
Ilmu mempertahankan engkau dan engkau mempertahankan harta.
Di dalam hadith yang lain Rasulullah saw
bersabda:
أَلاَ أَدًُلُّكًمْ عَلَى أَشْرَفِ أَهْلِ
الجَّنَّةِ؟ قَالوُا: بَلَى يَا رَسُوْلُ االلّهِ, قَالَ: هُمْ عُلَمَاءِ
أُمَّتِيْ
Ertinya: Adakah kamu ingin
aku tunjukkan kepada kamu semua semulia-mulia ahli Syurga? Sahut para sahabat:
Ya…Jawab nabi:” mereka itu ialah para ulama dari kalangan umatku.
Jelas di sini, ilmu lebih mulia berbanding ibadat.
Ilmu diibaratkan sebagai pokok. Jadi buahnya adalah ibadat. Maka kemuliaan itu
bagi pokoknya yang asal. Apa yang mendatangkan manfaatnya adalah terhasil
daripada buahnya. Justeru, ilmu itu tidak dapat tidak mesti diutamakan yang
menjadi dalil petunjuk kepada ibadat. Nabi saw menjelaskan di dalam hadith
baginda bahawa ilmu adalah Imam kepada amal, dan amal pula menjadi pengikutnya
sebagai makmum.
Ilmu juga akan menghidupkan hati yang mati. Para
ulamak juga menjelaskan bahawa kaedah melembutkan hati yang mati dan keras
antaranya ialah dengan menghadiri majlis ilmu. Luqman al-Hakim telah berpesan
kepada anaknya:
“Wahai anakku duduklah kamu dengan orang
orang yang berilmu dan rapatkanlah lutut-lututmu dengan mereka. Sesungguhnya
Allah SWT menghidupkan hati (akal) itu dengan cahaya ilmu, sepertimana
dihidupkan bumi dengan air hujan.”
Di dalam hadith yang lain Rasulullah saw
bersabda:
أَقْرَبُ
النَّاسُ مِنْ دَرَجَةِ النُّبُوَّةِ أَهْلُ العِلْمِ
Ertinya: Manusia
yang terlebih hampir dengan pangkat kenabian ialah ahli ilmu
(Riwayat Abu Naim)
Seseorang manusia yang
ingin melakukan perubahan dalam kehidupannya, maka terlebih dahulu memantapkan
dirinya dengan menguasai ilmu pengetahuan. Fatah al-Maushili menjelaskan bahawa
hati perlu diisi dengan ilmu. Sekiranya hati kita tidak diberikan hikmah dan
ilmu pengetahuan selama tiga hari maka hati akan menjadi mati. Ilmu adalah
makanan hati. Keikhlasan seseorang untuk beramal dengan ilmu akan dilapangkan
oleh Allah hati dan dipermudahkan dalam mendalami ilmu. Ini sebagaimana yang
dijelaskan oleh nabi Muhammad saw:
مَنْ
يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرَا يُفَقِّهْ فيِ الدِّيْن وَيُلْهِمُهُ رُشْدَهُ
Ertinya: Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah
menjadi baik, maka Allah akan meluaskan pengetahuannya tentang atin-hukum agama
dan akan diilhamkanNya petunjuk di dalamnya.
Abu Darda’
mengatakan bahawa: ”Sekiranya aku dapat mempelajari suatu masalah, itu adalah
lebih dicintai daripada aku bangun beribadat sepanjang malam. Orang yang alim
dan orang yang berilmu adalah dua orang yang berkongsi dalam kebaikan. Maka
selain daripada dua orang ini adalah sia-sia dan tidak berguna.
Abu Zaid al-Bustani r.a mengatakan “Aku telah melakukan mujahadah
selama 30 tahun, maka aku tidak dapati sesuatu yang paling sukar ke atasku
selain daripada perjuangan untuk mencapai ilmu dan menghindarkan dari bahayanya.
Dalam perjuangan untuk mendapatkan ilmu juga terlalu sukar. Maka kerahkanlah
diri kita untuk menuntut ilmu dengan ikhlas dan beramal dengan ilmu.ini kerana
syaitan sentiasa membisik kepada kita kesukaran dalam menuntut ilmu, maka
tinggalkanlah adalah lebih baik. Oleh itu, ramai di kalangan kita tewas dengan
kesukaran ini.
Ibn Mas’ud mengingatkan kita
bahawa hendaklah kamu mencari ilmu pengetahuan sebelum ia terangkat. Terangkatnya
ilmu itu dengan kematian ahlinya. Seseorang itu tidak dilahirkan sebagai orang
yang telah pandai. Justeru, ilmu pengetahuan itu akan dapat dicapai hanya
dengan belajar. Al-Hasan r.a. menambah kalaulah tidak kerana adanya para
ulamak, maka manusia semuanya sama seperti binatang. Daripada Mu’az katanya:
pelajarilah ilmu pengetahuan, sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda
takut kepadanya, menuntutnya adalah ibadat, menelaahnya adalah tasbih,
mencarinya adalah jihad, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui
adalah sedekah.[2]
Imam Malik menjelaskan:[3] ”Kami dapati ramai orang yang mencari ilmu
pengetahuan sehingga sampai usia 40. Apabila mereka sampai umur tersebut,
mereka pun memalingkan perhatian kepada kepada memperbanyakkan amal soleh dan
mengerjakan apa yang mereka pelajari. Waktu itu tidak ada masa lagi untuk
menumpukan perhatian kepada dunia walau apa sekalipun.
Penjelasan Imam Malik ini
menggambarkan jauhnya perbezaan diri kita pada hari ini dengan ahli ilmu. Sepanjang usia
muda kita banyak dihabiskan dengan mengejar keduniaan, pangkat dan kuasa. Apabila
usia menjangkau 40, kita mula mendekati pusat-pusat pengajian untuk mempelajari
ilmu-ilmu agama. Inilah masa untuk kita menghayati agama dalam kehidupan senja
setelah hilang segala kekuatan anggota.
Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari daripada ’Uqbah ibn ’Amir r.a:
Ertinya: Carilah ilmu sebelum lahir orang-orang yang suka
mempertikaikan nilai-nilai agama
(Hadis Riwayat Bukhari secara Ta’liq)
Kesimpulan
Perubahan yang hakiki ke atas diri manusia
bermula dengan ilmu yang dapat memandu manusia kepada kebaikan. Inilah yang
diperingatkan oleh Allah SWT di dalam ayat surah
Ali Imran, ayat 79 yang berbunyi:
(#qçRqä. z`¿ÍhÏY»/u $yJÎ/ óOçFZä. tbqßJÏk=yèè? |=»tGÅ3ø9$# $yJÎ/ur óOçFZä. tbqßâôs? ÇÐÒÈ
Ertinya:
Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala
- Dengan ilmu dan amal Yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi
Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.
Akal manusia hendaklah
sentiasa diisi dengan ilmu, maka hasilnya manusia dapat mengetahui sesuatu. Hati pula perlu diisi dengan iman, maka
manusia akan mahu. Manakala nafsu perlu dilatih agar manusia menjadi mampu
untuk berubah dan terselamat daripada bahaya dan kesesatan.
0 ulasan:
Catat Ulasan