Ads 468x60px

Labels

Rabu, 8 Februari 2012

Golongan Pelampau Agama: Bahaya & Ancaman

Pendahuluan
Gambar Hiasan

 Isu pelampau agama bukanlah sesuatu yang baru berlaku dalam masyarakat. Sepanjang zaman umat Islam akan berhadapan dengan pelbagai cabaran sama ada daripada dalaman maupun luaran. Mana-mana agama sekalipun tidak pernah sunyi daripada golongan pelampau. Di dalam masyarakat Islam terdapat sesetengah mereka yang bertindak secara membuta tuli dan melanggar batas kesederhanaan dalam Islam. Mereka seringkali membincangkan isu-isu yang kabur terutama dalam soal perkara Akidah dan Fiqh yang mengelirukan. Sikap melampau dalam agama adalah disebabkan oleh salah faham terhadap doktrin agama serta tidak memahami keadaan dan suasana sebab musabbab kepada terbinanya sesuatu hukum hakam dalam agama. Golongan ini hanya berpegang kepada zahir ayat dengan mengetepikan nilai-nilai dan maqasid al-syariah secara umum. Secara tidak langsung pemahaman ini menyempitkan konsep samahah (keharusan) dalam beragama yang bersifat kontemporari dan ideal sepanjang zaman. Akhirnya golongan ini dijadikan alat oleh musuh-musuh Islam sebagai agen pemecah belah masyarakat dan umat Islam. Peringkat yang paling berbahaya golongan ini boleh mengkafirkan dan membunuh saudara seagama dengan mereka. Inilah yang dibimbangi oleh nabi Muhammad saw di dalam hadis Baginda:

Berhati-hatilah dengan pelampau agama. Orang dahulu telah binasa/ mundur disebabkan oleh sikap melampau dalam beragama.

Di dalam hadis yang lain Baginda saw bersabda yang diriwayat kan oleh Ibn Majah:

Janganlah terlalu menyusahkan diri kamu. Sesungguhnya orang yang terdahulu daripada kamu ditimpa kebinasaan kerana sikap melampau dan menyusahkan diri mereka sendiri. Saki baki mereka ini masih lagi boleh didapati di tempat-tempat ibadat.

(Riwayat al-Thabari)

Ciri-ciri Melampau dalam Beragama

Pertama: Taasub dengan Pendapat Tertentu

Sikap taasub yang melampau terhadap sesuatu pendapat sehingga tidak boleh menerima langsung pandangan atau pendapat yang lain. Dia meyakini hanya pendapatnya sahaja yang betul dan benar serta menyalahkan pendapat orang lain dan menghukumkan sebagai tidak berpengetahuan luas. Fahamannya terlalu rigid dan jumud. Golongan ini tidak boleh menyesuaikan pendapatnya dengan keadaan semasa atau persekitaran yang berasaskan keapda kepentingan umum.

Golongan seperti ini biasanya dipelopori oleh mereka yang baru mengenali agama atau mempelajari hukum hakam berkaitan permasalahan fiqh, lalu bersifat menyempitkan agama dan menyukarkan orang lain.

Kedua: Suka Mengerjakan yang Susah

Antara tanda-tanda seseorang yang bersifat melampau ialah berpegang kepada ajaran agama secara berlebih-lebihan, pada masa yang sama memaksa orang lain agar menuruti pendapatnya. Sedangkan dalam Islam terdapat perkara yang dibolehkan kita mewajibkan ke atas diri kita sahaja tanpa mewajibkan kepada orang lain. Apabila keadaan ini berlaku maka berlakulah tuduh menuduh, berburuk sangka. Fitnah memfinah, kata mengata dan hina menghina dan berpuak-puak sehingga menimbulkan permusuhan dan perbalahan antara satu sama lain.

Ketiga: Melampau yang Tidak Kena Pada Tempatnya

Pendapat yang keras dan berfikiran sempit wajar ditolak kerana ia tidak menepati dan serasi dengan keadaan semasa. Mereka lebih suka mementingkan perkara yang remeh temeh daripada perkara yang lebih penting dan gemar menonjolkan perkara khilaf lalu dibahaskan secara panjang lebar. Perbahasan mereka hanya berlegar tentang perkara yang sama sehinggakan merugikan umat Islam.

Golongan ini lebih suka menggunakan penyampaian dakwah mereka dengan cara berbahas atau berdebat dengan harapan untuk mencari kemenangan dan bukannya mencari kebenaran. Dengan cara ini mereka dapat mencari pengaruh dan sokongan yang boleh mendokong ideaologi dan pendapat mereka. Golongan ini akan berdabik dada dengan kekuatan hujah yang dikemukakan dan mengagungkan pendapat mereka sekalipun dengan mengemukakan hujah yang lemah,  ataupun tanpa hujah dan dalil yang kukuh.

Terdapat suatu kisah tentang Sulaiman al-Khawwas yang tidak datang ke majlis menemui Ibrahim Adham. Maka ada orang bertanya kepada dirinya: Kenapakah kamu tidak pergi menemui Ibrahim Adham. Maka beliau menjawab:” Sesungguhnya daripada aku berjumpa dengan Ibrahim, lebih baik aku menemui syaitan yang jahat. Kata-kata Sulaiman ini menimbulkan kemarahan orang ramai kepadanya. Lalu beliau menjelaskan:” Sesungguhnya aku bimbang apabila aku berjumpa dengan Ibrahim, akan timbulnya riya’, tetapi jika aku berjumpa dengan syaitan, nescaya aku dapat menahan diri daripada tipu daya syaitan”.

Peristiwa seperti ini juga telah diceritakan juga oleh Abu Bakar al-Warraq, guru kepada Imam al-Ghazali dalam satu perjumpaan dengan seorang ahli ilmu. Kedua-dua mereka ini berbincang dan berdailog dalam tempoh yang agak lama. Maka Abu Bakar al-Warraq mengucapkan rasa bangga kerana berpeluang duduk bersama dengan ahli ilmu tersebut dalam suatu majlis yang dianggap paling bertuah dan amat ditunggu-tunggu. Majlis ini dirasakan antara yang terbaik yang diadakan selama ini. Namun jawapan yang diberikan oleh ahli ilmu itu jauh berbeza dengan jawapannya. Ahli ilmu itu menjelaskan:” Inilah majlis yang paling aku takuti. Kamu telah menunjukkan ketinggian ilmu yang ada padamu, begitu juga aku di hadapan khalayak ramai. Maka dikala itu datang perasaan riya’ dalam diriku. Mendengar penjelasan ahli ilmu itu, Abu Bakar terus menangis dan jatuh pengsan.

Kisah yang sama juga berlaku antara al-fadhil dengan Sufian ketika dalam suatu majlis muzakarah. Tiba-tiba kedua-duanya menangis. Maka Sufian berkata kepada al-Fadhil:” Wahai Abu Ali, semoga inilah majlis yang terbaik buat kita. Maka al-Fadhil menjawab, inilah majlis yang beliau paling aku takuti, kerana kedua-duanya menunjukkan kebolehan dan kekuatan masing-masing. Mendengar jawapan itu Sufian menangis.

Keempat: Keras dan Ganas

Golongan yang melampau sering menggunakan kaedah dakwah secara kekerasan dan ganas sehingga tidak disenangi oleh masyarakat dan akhirnya masyarakat akan menjadi pecah belah. Mereka juga bertindak memulaukan pengajian-pengajian agama yang dibuat oleh kumpulan yang tidak sealiran dengan mereka. Selain itu, mereka juga merendah-rendah dan memperlekeh para guru dan alim ulamak yang tidak sependapat dengannya. Bahkan mereka turut membangga dengan pencapaian guru mereka dan sering membandingkan ilmu dan kelebihan yang ada pada guru mereka dengan para alim ulamak yang lain. Ini amat bertentangan dengan dakwah dan seruan nabi saw yang dinqalkan di dalam al-Quran:

$yJÎ6sù 7pyJômu z`ÏiB «!$# |MZÏ9 öNßgs9 ( öqs9ur |MYä. $ˆàsù xáÎ=xî É=ù=s)ø9$# (#qÒxÿR]w ô`ÏB y7Ï9öqym ( ß#ôã$$sù öNåk÷]tã öÏÿøótGó$#ur öNçlm; öNèdöÍr$x©ur Îû ͐öDF{$# ( #sŒÎ*sù |MøBztã ö@©.uqtGsù n?tã «!$# 4 ¨bÎ) ©!$# =Ïtä tû,Î#Ïj.uqtGßJø9$# ÇÊÎÒÈ     

Ertinya: Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

(Surah ali Imran:159)

Di dalam Islam terdapat dua keadaan yang membolehkan kita bersifat keras, tegas dan kasar. Antaranya ialah:

Pertama: Semasa berada dalam keadaan peperangan bagi membangkitkan semangat keberanian kepada para pejuang agar lebih cekal hati berhadapan dengan pihak musuh. Firman Allah SWT:

$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qè=ÏG»s% šúïÏ%©!$# Nä3tRqè=tƒ šÆÏiB Í$¤ÿà6ø9$# (#rßÉfuø9ur öNä3ŠÏù Zpsàù=Ïñ 4 (#þqßJn=÷æ$#ur ¨br& ©!$# yìtB šúüÉ)­GßJø9$# ÇÊËÌÈ  

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman! perangilah orang-orang kafir musyrik yang berdekatan dengan kamu; dan biarlah mereka merasai sikap kekerasan (serta ketabahan hati) yang ada pada kamu; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa (dengan memberikan pertolonganNya).

(Surah al-Taubah:123)

Kedua: Tidak boleh bersifat belas kasihan dalam melaksanakan hukum syarak seperti melakukan hukuman Qisas (bunuh balas), atau rejam kepada pesalah hudud. Allah SWT berfirman:

èpuÏR#¨9$# ÎT#¨9$#ur (#rà$Î#ô_$$sù ¨@ä. 7Ïnºur $yJåk÷]ÏiB sps($ÏB ;ot$ù#y_ ( Ÿwur /ä.õè{ù's? $yJÍkÍ5 ×psùù&u Îû ÈûïÏŠ «!$# bÎ) ÷LäêZä. tbqãZÏB÷sè? «!$$Î/ ÏQöquø9$#ur ̍ÅzFy$# ( ôpkôuŠø9ur $yJåku5#xtã ×pxÿͬ!$sÛ z`ÏiB tûüÏZÏB÷sßJø9$# ÇËÈ  

Ertinya: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

(Surah al-Nur:2)

            Berada di atas jalan dakwah hendaklah dengan bersifat lemah lembut agar apa yang disampaikan dapat sampai ke lubuk hati seseorang dengan lebih berkesan. Metodologi dakwah yang dilaksanakan oleh para ambiya’ tidak menggunakan cara kekerasan sama ada secara ejekan, perli, cabar-mencabar, tuduh-menuduh dan sebagainya. Kisah dakwah nabi Ibrahim a.s bersama dengan bapa kandungnya, Nabi Musa a.s dengan fir’aun dan semua para nabi menggunakan metod yang sama.

Kelima: Sangkaan Buruk kepada Orang Lain

Telah menjadi tabiat di kalangan golongan pelampau agama akan memburuk sangka kepada orang lain dan memandang orang lain dengan pandangan negatif. Mereka sengaja menyembunyikan kebaikan orang lain dan mewar-warkan keburukan dan keaiban orang lain tanpa segan dan silu serta tidak merasai perbuatan itu sebagai satu dosa. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Hujurat, ayat 12:

$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qç7Ï^tGô_$# #ZŽÏWx. z`ÏiB Çd`©à9$# žcÎ) uÙ÷èt/ Çd`©à9$# ÒOøOÎ) (

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa

Nabi saw juga melarang keras sifat manusia yang suka bersangka buruk terhadap orang lain. Sabda Rasulullah saw:

إيَّاكُمْ والظَّن, فإنَّ الظَّن أَكْذَبُ الحدِيْت

Ertinya: Elakkan daripada menyangka buruk kepada orang kerana sangkaan itu boleh membawa  kepada dusta

Golongan ini termasuk di dalam mereka yang angkuh dan sombong yang menjadi musuh utama kepada manusia. Ramai manusia yang mementingkan ibadat syarak, sedang hilang dan rosaknya ibadat itu disebabkan tidak memenuhi ibadat batin. Ibadat batin ditinggal yang menjadi buah kepada ibadat syarak seperti bertawakkal, bersyukur, sabar dan lain-lain. Terhapusnya pahala dan ganjaran sia-sia akibat kita berterusan melakukan maksiat batin. Bersifat takabbur, riak, sombong, angkuh, dengki dan lain-lain penyakit batin yang sukar dikenalpasti. Akhirnya kita terperangkap dalam lembah maksiat batin. Fahamilah bahawa amalan zahir ada mempunyai hubungan dengan ibadat batin yang memberi kesan dalam kehidupan kita. Jika kita tidak mengetahui kesan daripada amalan batin terhadap ibadat zahir, maka kita tidak boleh mengetahui bagaimana cara untuk memelihara diri daripada keburukan amalan-amalan batin. Maka akhirnya sedikit sekali amalan zahirnya yang terselamat. Seterusnya apa yang dapat adalah sia-sia dan penat sahaja.

            Orang yang suka tuduh menuduh dengan pelbagai tuduhan yang palsu adalah mereka yang mempunyai jiwa yang sakit. Semua ini timbul akibat sikap cemburu yang menjadi racun yang membunuh segala kebaikan dalam diri seseorang. Inilah kejahatan Iblis terhadap manusia. Sejarah telah membuktikan awal maksiat iaitu penderhakaan kepada Allah SWT adalah datang daripada iblis. Namun perlu diketahui yang menjadi ketetapan Allah sejak azali ialah hawa nafsu yang terhasil melalui sifat takabbur yang menjadi penyebab kepada syaitan menjadi ingkar kepada Allah SWT. Syaitan enggan sujud kepada Adam a.s. Tidak cukup dengan itu, nafsu melahirkan perasaan hasad dengki terhadap kemulian nabi Adam a.s. yang dianugerahkan Allah kepadanya. Akhirnya nabi Adam a.s. telah disesatkan oleh syaitan setelah sekian lama beribadat kepada Allah selama 80 ribu tahun.

Keenam: Kecenderungan Kafir-Mengkafir

Kemuncak bahaya golongan melampau agama ialah menghukumkan orang lain dengan istilah kafir, fasiq, taasub, tidak cukup ilmu, sesat, bida’ah, tidak belajar akidah dan lain-lain sangkaan. Lebih membahayakan lagi mereka turut menghukum para alim ulamak yang diperakui keilmuan mereka oleh seluruh masyarakat dengan pelbagai tuduhan, sedangkan orang yang menuduh itu terkadang terdiri dari kalangan mereka yang baru mengenali agama. Maka mereka bertindak berdasarkan kepada kejahilan yang didorong oleh hawa nafsu.

Akhlak dalam menjaga lidah sedikitpun tidak dijaga. Mereka tidak menyedari bahawa lidah adalah anggota yang paling liar dan melampaiu batas kejahatan yang banyak menimbulkan kerosakan dan permusuhan antara manusia. Maka tidak hairanlah Imam al-Ghazali membincangkan tajuk ini dengan panjang lebar tidak sebagaimana mata dan telinga. Bermakna kita juga perlu banyak memberi perhatian kepada lidah sebagaimana yang selalu diucapkan dalam pepatah Melayu bahawa lidah umpama pedang yang tajam. Rasulullah saw bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Sufian bin Abdullah yang bertanya kepada Baginda: ”Apakah anggota yang paling engkau takut terhadap diriku. Lalu Rasulullah saw memegang lidah sambil berkata: Inilah.

Begitu juga ungkapan Yunus bin Abdullah mengatakan bahawa dirinya mampu menanggung kesusahan berpuasa pada siang hari dengan cuaca yang panas di negeri Basrah, tetapi dirinya tidak tertahan menanggung kesabaran untuk meninggalkan sepatah kata yang tidak berfaedah kepadanya. Riwayat daripada Said al-Khudaripadai r.a katanya: ”seseorang anak Adam apabila berjalan maka semua anggota lain akan berpesan kepada lidah. Kata anggota lain:” Wahai lidah, kami memohon kepada Allah agar kamu berlaku lurus. Jika kamu berlaku lurus, maka jika kamu berlaku lurus kami juga turut akan berlaku lurus. Sebaliknya jika kamu berlaku bengkuk, kami juga berlaku demikian.

Kesimpulannya

Berkata sesetengah Ulamak

  1. Sesiapa yang tidak takutkan Allah, dia tidak berjaya daripada kejahatan lidahnya
  2. Sesiapa yang tidak takutkan pertemuannya dengan Allah, maka hatinya tidak berjaya menahan daripada perkara yang haram dan syubahat
  3. Sesiapa yang tidak menjaga amalannya, maka dia tidak berjaya daripada bersifat riya’
  4. Sesiapa yang tidak meminta pertolongan daripada Allah agar terpelihara hatinya, maka dia tidak berjaya daripada hasad

Sesiapa yang tidak melihat kepada orang yang lebih baik ilmu dan amalan daripadanya, maka dia tidak berjaya daripada sifat

0 ulasan:

Catat Ulasan