Ads 468x60px

Labels

Isnin, 27 Februari 2012

PERLANTIKAN NAZIR WAKAF DAN PEKERJAANYA


Terdapat kesepakatan diantara ulama bahawa sah bagi seorang yang membuat Wakaf melantik dirinya atau mana-mana orang yang diwakaf kepadanya atau lain-lain orang dengan ditentukan si fulan anak si fulan atau ditentukan dengan sifat seperti seseorang yang cukup matang atau seorang yang banyak ilmunya atau seorang yang terlebih tua atau lain-lain sifat maka sesiapa yang didapati menepati mana-mana sifat yang dikehendaki sabitlah baginya menjadi nazir di atas harta Wakaf itu. Apa yang disebut di atas ini adalah merupakan syarat yang ditentukan oleh Wakaf (orang yang membuat Wakaf) dan syarat ini hendaklah dipatuhi. Maka sekiranya Wakaf tiada mensyaratkan dilantik sesiapa maka yang menjadi nazir ialah qadi kerana qadi adalah bersifat nazir am maka dialah yang lebih utama untuk menjadi nazir mana-mana Wakaf yang tiada ditentukan oleh Wakaf akan nazirnya. Lagi pula harta Wakaf itu disisi jamhur ulama selain daripadanya maliki adalah milik Allah. Wakaf khas jalan putera (surat putus 18336 yang asalnya geran nombor 50 lot 1863) tiada didapati di dalam surat Wakaf itu dan tiada disebut siapa-siapa yang menjadi nazirnya, maka dengan itu nazirnya ialah qadi.

Di dalam undang-undang pentadbiran agama Islam Kedah nombor 9 tahun 1962 perkara 90 ceraian (2) ada disebutkan dengan jelas bahawa pemegang amanah yang tunggal bagi harta-harta Wakaf di dalam negeri (Kedah) khasnya ialah majlis agama Islam Kedah dan tiada percanggahan dengan qadi sebagai nazirnya kerana qadi terletak di bawah kuasa Majlis.. Lagi pula undang-undang itu maka segala peruntukan di dalam undang-undang itu hendaklah di patuhi.

PEKERJAAN NAZIR

Pekerjaan nazir (Majlis agama Islam negeri Kedah) di dalam hal ini adalah memelihara Wakaf itu dan membangunkannya dan lain-lain pekerjaan yang boleh mendatangkan hasil dan dibahagi-bahagikannya kepada pihak-pihak yang mustahak menerimanya di atas qadar yang munasabah dan pelihara sebahagian perolehannya bagi tujuan menyempurnakan tanggungjawabnya dan memperbaikinya dan memberi perolehannya kepada yang berhak menerimanya dari semasa ke semasa.

Majlis Agama Islam Kedah

0 ulasan:

Catat Ulasan