Ads 468x60px

Labels

Isnin, 27 Februari 2012

CADANGAN MENJUAL TANAH WAKAG KHAS LOT 260 MUKIM SUNGAI PETANI, KUALA MUDA


Pada pendapat kebanyakan para fukaha’ mazhab Hanafi harus Istibdal iaitu dengan dijual barang Wakaf dan dibeli ganti baginya iaitu pada ketika barang itu sudah berada di dalam keadaan tidak boleh diambil manafaat lagi darinya seperti rumah Wakaf yang roboh dan tidak dapat dibaiki kerana ketidaan perbelajaan atau seperti tanah usang yang tiada mengeluarkan hasil yang lebih dari mencukupi untuk menjaganya dengan syarat:

1) Penjualan hendaklah dengan harga nilaian oleh perkara-perkara penilaian baginya mengelakkan dari kerugian yang menimpa ke atas barang Wakaf itu.
2) Pemegang Wakaf tidak boleh menjual kepada orang yang tidak boleh diterima persaksian baginya seperti kepada anaknya atau bapanya bagi mengelakkan dari tambah dan tidak boleh menjual kepada orang yang berhutang kepadanya.
3) Dan penjualan hendaklah harga tunai.
4) Hendaklah dipastikan bahawa benda atau barang yang dibeli ganti lebih baik dan lebih selamat dari yang dijual.
5) Hendakalh dengan izin qadi.

Tanah yang tersbeut di atas ini ( Lot 206 mukim Sungai Petani, Kuala Muda) yang cadang hendak dijual dan dibeli ganti dengan harganya tanah (Lot 2068, 2069, 2070 Dan 2078) bolehlah bagi Majlis Agama Islam Kedah sebagai nazir amanah di atas tanah-tanah Wakaf di negeri ini melakukannya dengan berpandukan syarat-syarat tersebut di atas ini, iaitu dengan bertaklid kepada mazhab Hanafi dan jika ada wang yang berlebihan maka hendakalh dibeli dengannya tanah-tanah yang lain yang yang boleh mendatangkan hasil atau dibelanjakan kepada maslah mukuf alih (madrasah sa’adah ad-darin batu hamper merbuk) seperti mendirikan bangunan tambahan atau lain-lain mana yang lebih diperlukan.

Majlis Agama Islam Kedah

0 ulasan:

Catat Ulasan