Ads 468x60px

Labels

Sabtu, 11 Februari 2012

Pelaburan Harta Wakaf

Soalan:
Majlis Ugama Islam ada mempunyai sebidang tanah yang diwakafkan oleh Dayang Polanah seluas 0.5 ekar bagi tujuan membina surau. Oleh kerana kedudukan tanah wakaf tersebut terletak di tengah-tengah kawasan perniagaan, maka ia sangat berpotensi untuk dibangunkan dengan perniagaan. Projek ini adalah sebahagian daripada rancangan pelaburan Badan Tanmiah harta Majlis Ugama Islam. 
Bagi melaksanakan maksud di perenggan (1) dan (2) di atas, adalah dipohonkan fatwa mengenai perkara berikut:"
Adakah boleh dibangunkan tanah wakaf yang telah dibina surau di atasnya dengan membina bangunan atau ruang perniagaan lain. Contohnya tingkat bawah didirikan surau dan ditingkat atas pula didirikan pula ruang-ruang kedai, pejabat dan tempat tinggal.


Jawapan:
Seseorang yang mewakafkan sebidang tanah bagi tujuan semata-mata untuk mendirikan surau di atas tanah tersebut, maka niat pewakaf itu hendaklah diikuti termasuk segala syarat yang dikenakan, selagimana syarat tersebut tidak bercanggah dan memenuhi kehendak hukum syarak. Perkara ini telah ditegaskan di dalam kitab Fath al-Muin:
( ولو شرط) أي الواقف (شيئا) يقصد كشرط أن لا سؤجر مطلقا، أو إلا كذا : لسنة، أو أن يفضل بعض الموقوف عليهم على بعض- أو أنثى على ذكر- أو يسوى بينمهم، أو اختصاص نحو مسجد- كمدرسة ومقبرة- بطائفة كشافعية: (أتبع) شرطه- فى غير حالة الضرورة- كسائر شروطه التى لم تخالف الشرع.
Ertinya: Apabila disyaratkan oleh pewakaf dengan sesuatu syarat yang dimaksudkan seperti syarat untuk disewakan secara mutlak, atau bertempoh setahun, atau disyaratkan dengan memberikan keutamaan kepada sebahagian yang lain daripada orang yang diwakafkan, atau memberikan syarat keutamaan kepada perempuan lebih daripada lelaki, atau disyaratkan disama ratakan pembahagian di kalangan mereka, atau disyaratkan khusus kepada masjid tertentu, tanah perkuburan bagi golongan tertentu seperti pengikut mazhab Syafie, maka ia hendaklah diikuti atau dipatuhi syarat-syarat yang dinyatakan oleh pewakaf, kecuali dalam keadaan darurat. Demikian juga dengan syarat-syarat lain yang tidak bertentangan dengan hukum syarak (I’anah al-Talibin 3/199200)
Imam Nawawi menjelaskan tentang kewajipan mengikuti syarat-syarat pewakaf, kata beliau:
والأصح أنه إذا وقف بشرط أن لا ]ؤجر أتبع شرطه، ,وأنه إذا شرط في وقف المسجد اختصاصه بطائفة كالشافعية اختص كالمدرسة والرباط.
Ertinya: menurut pendapat yang sahih, seseorang yang berwakaf dengan syarat supaya tidak disewakan, maka syarat itu hendaklah diikuti. Begitu juga jika seseorang mensyaratkan wakaf masjid itu dikhususkan kepada pengikut-pengikut mazhab Syafie sahaja, maka hendaklah dipatuhi syarat-syarat pengkhususan tersebut, seperti untuk sekolah dan asrama.(Mughni al-Muhtaj 2/522)

0 ulasan:

Catat Ulasan