Keputusan:
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang
bersidang pada hari ini 6 Januari 1997 buat kali ke 137 tentang Fatwa Bagi Membangunkan Tanah-Tanah Wakaf Di Negeri Perak Darul Ridzuan ( Pembangunan Wakaf (M) sdn.Bhd. (Anak Syarikat YPEIM )telah bersetuju sebulat
suara dengan apa yang telah dibincangkan iaitu:-
i) Tanah wakaf individu
Bahawa tanah wakaf boleh dipajak
(hijarah) dalam tempoh yang tertentu berdasarkan kepada nas Kitab Nihayah,
juzuk 5, m.s. 397, Kitab Tuhfah, juzuk 6, m.s. 172, Kitab Al-Hawi, juzuk 7,
m.s. 407.
ii) Tanah wakaf kurniaan kerajaan
negeri (rizab)
Bergantung kepada niat kerajaan.
Sekiranya kerajaan berniat wakaf, ia menjadi wakaf. Sekiranya ia diberikan
hanya sebagai rizab, maka ia ditetapkan sebagai pemberian kepada Baitul Mal.
Status Penwartaan:
Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan:
MJSNP 137
Tarikh Keputusan:
6 Jan, 1997
0 ulasan:
Catat Ulasan