Ads 468x60px

Labels

Isnin, 27 Februari 2012

MASALAH WAKAF DALAM KEADAAN NAZAK


Perkataan nazak menunjukkan kepada suatu keadaan dimana roh seseorang itu ketika itu sudah sampai kehalkumnya dan disebutkan juga dengan ghurghuruh atau ihtidhor.


Maksudnya “ maka apabila sampai ruh waktu nazak kehalkum iaitu tempat laluan makanan sebelah atas”



Seseorang yang di dalam keadaan ini pada zahirnya sudah hilang darinya daya akal dan daya fakir dan tiada mempunyai keahlian atau kelayakan unutk bertabarru’ dengan itu tiada sah Wakaf ketika itu.



Adapun orang yang sakit membawa mati (almardhu’ mardhu-maut) sah Wakaf daripadanya kerana ia masih lagi berkeahlian atau berkelayakan unutk bertabarru’ hanya Wakaf pesakit ini sahaja di atas dasar qadar sepertiga hartanya sahaja. Sakit membawa mati (mardhu-maut) iaitu sakit yang bersanbung dengan mati sekalipun mati bukan dengan sebabnya. Disyarat bagi menetukan sakit itu ia mambawa mati dengan sakit itu, jika sakit berpanjangan hingga lebih dari setahun lamanya maka ia tiada lagi diambil kira sebagai sakit membawa mati.



Jamhur al-fuqaha’ bersepakat bahawa orang yang sakit membawa mai (almaridh mardhu-maut) tertekluk kepada hartan-hartanya hak-hak orang yang memberi hutang kepadanya dan dua pertiga hak-hak warisnya. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud
“ bahawa Allah SWT telah berwasiat kepada kamu pada akhir umur kamu sepertiga harta kamu maka perbutlah dengannya mengikut kehendak kamu”



Sepertiga yang sabit baginya hak bertasrif padanya ialah sepertiga baki dari segala hutang piutang.



Majlis Agama Islam Kedah

0 ulasan:

Catat Ulasan