Ads 468x60px

Labels

Isnin, 27 Februari 2012

LARANG UMAT ISLAM MEMBINA DI ATAS PERKUBURAN (WAQAF)


KEPUTUSAN

1. Sebarang binaan dia tas kubur dan meletakkan sesuatu seperti gambar dan lain-lain adalah bi’ah yang dilarang oleh Syariat.
2. Binaan tersebut boleh menghalang mayat orang Islam yang lain di tanam di tempat tersebut sedangkan tanah waqaf bukan hak miliknya.



2. PERKARA
HUKUM MENDIRIKAN RUMAH DI TANAH PERKUBURAN ORANG ISLAM (WAQAF)



KEPUTUSAN
1. Semua tanah wakaf perkuburan orang-orang Islam adalah tidak boleh menjadi milik sesiapapun.
2. kaum muslimin dan muslimat hanya boleh mengkebumikan mayat-mayat kaum keluarganya di tanah wakaf tersebut hanya sekadar menandakan dengan dua batu nisan sahaja, ia boleh meninggikan sedikit tempat mayat itu hanya tanah sahaja. Ini adalah disebabkan tempat itu (perkuburan) boleh dikebumikan mayat orang Islam yang lain apabila mayat yang dahulu telah hancur dan tanah wakaf perkuburan telah habis di tanam dengan mayat-mayat orang Islam.
3. Di dalam hal ini, kaum muslimin adalah ditegah oleh syarak memiliki, mengambil, menceroboh tanah-tanah perkubura orang Islam dan membina rumah di atas tanah tersebut atau membina di atas kubur keluarganya dengan binaan beratap, atau seumpamanya, memagar dan juga meletakkan sesuatu benda di atasnya paying dan sebagainya.

Majlis Agama Islam sabah

0 ulasan:

Catat Ulasan