1. Apakah pandangan Ahli Jawatankuasa mengenai
syarat-syarat yang terkandung dalam Surat Amanah Wakaf atau Deed Of Settlement
yang ditafsirkan oleh mahkamah sebagai Surat Ikatan Penyelesaian bermaksud- ia
digunakan sebagai tempat orng-orang Islam bersembahyang jemaah dan tidak untuk
tujuan-tujuan lain.
2. Hakim berkata dalam penghakiman : Pada
pandangan saya, pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) juga harus
mempunyai minda yang terbuka mengenai rancangan ini. Majlis bukanlah berada
dalam satu keadaan dimana ia perlu membuat satu pilihan antara hidup atau mati.
Tanah wakaf itupun cukup luas untuk dibina masjid dn bangunan-bangunan lain
sebelah-menyebelah. Soalan saya :-
(a) Tidak bolehkah tapak masjid itu dikekalkan
untuk masjid?
(b) Tidak bolehkan bahagian yang selain
daripadanya itu digunakan untuk tujuan ekonomi dan sebagainya?
KEPUTUSAN
1. Jawatankuasa Syariah telah memutuskan bahawa
syarat tersebut tidak bercanggah dengan apa yang hendak dibuat oleh Majlis
Agama Islam PUlau Pinang iaitu dengan membina lima tingkat bangunan dan
diatasnya masjid adalah tiadak bercanggah dengan amanah tersebut. Sebabnya
dengan pembinaan tersebut tidak menghalang orang-orang Islam bersembahyang
jemaah di mauquf itu.
Jika syarat waqif hanya tempat orang sembahyang,
syarat yang disyaratkan itu tidak bercanggah dengan Fatwa tahun 1989 kerana
syarat wakif itu bukannya diubah wasiat itu, mengikut kitab Al Fiqhul Islami Wa
Adillatuh. Juzuk 8, dan dalam Kitab Hidayatu Sharhu Bidayah tetapiuntuk
meluaskannya sahaja tempat bersembahyang jemaah itu.
2. Jawatankuasa Syariah berpendapat bahawa tidak
apa-apa halangan untuk menerima pandangan dan cadangan hakim ini dan tidak
bercanggah dengan hokum-hukum syara’ dan dengan fatwa yang telah dikeluarkan
pada tahun 1989 itu.
(Disember 1995)
0 ulasan:
Catat Ulasan