KUASA KERAJAAN NEGERI SELNGOR
UNTUK MEWUJUDKAN WAKAF BAGI TUJUAN TAPAK MASJID.
KEPUTUSAN
Satu perbincangan telah diadakan dengan beberapa Ahli Jawatankuasa Fatwa
Negeri Selangor. Maka dengan ini kami berpandangan bahawa, Kerajaan Negeri
selangor atas nama dan sifatnya bolehlah mewujudkan wakaf bagi tujuan tapak
masjid.
Kaedah atau cara yang terbaik bagi melaksanakannya ialah, Kerajaan hendaklah
melantik wakil bagi pihak kerajaan (MAIS) untuk melafazkan niat wakaf
tersebut dan harta yang diwakafkan itu diwartakan sebagai harta wakaf. Ia
bertujuan bagi mengekalkan status wakaf tersebut sekiranya berlaku apa-apa
kemungkinan seperti pertukaran pentadbiran atau penyusunan di pihak kerajaan
pada masa akan datang.
2. PERKARA
RAYUAN SEMULA KEPUTUSAN STATUS TANAH WAKAF LOT 6684 TELOK GADONG, KLANG.
KEPUTUSAN
1. Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor Ynag
diadakan pada 28 Disember 2002 telah memutuskan bahawa konsep Istibdal
bolehlah digunakan terhadap tanah wakaf Lot 6684 Teluk Gadong, Klang, iaitu,
dengan menukarkan tanah asal yang sedia ada yang telah diwakafkan bagi dibina
masjid dengan tanah lain yang sama nilainya atau lebih tinggi. Justeru itu,
penilaian sebenar hendaklah dibuat oleh Pegawai Penilai Kerajaan atau swasta
bagi menentukan harga pasaran semasa tanah asal dan yang dicadangkan diganti
itu.
2. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor juga
telah memutuskan bahawa niat pewakaf untuk membina masjid hendaklah
dilaksanakan di tapak tanah baru yang akan diganti melalui konsep istibdal.
3. Keputusan fatwa yang telah dibuat pada 11-13 September 2000 mengenai
perkara ini adalah dibatalkan kerana jawatankuasa Perunding Hukum Syara’
(FATWA) Negeri Selangor telah dikemukan beberapa fatwa baru yang lebih
terperinci dan lengkap mengenai latar belakang kes ini yang tidak dikemukakan
sebelumnya.
3. PERKARA
KEPUTUSAN FATWA MENGENAI PENGECULIAN CUKAI BAGI TANAH DAN HARTA WAKAF MAJLIS
AGAMA ISLAM SELANGOR.
KEPUTUSAN
Setelah berbincang, Jawatankuasa Fatwa telah memutuskan supaya tanah dan
harta wakaf milik MAIS diberi pengecualian daripada cukai berdasarkan sebab
berikut :-
i) Bahawa tanah dan harta wakaf tersebut tidak dikomersialkanuntuk tujuan
keuntungan.
ii) Bahawa tanah dan harta wakaf tersebut bukan milik peribadi dan sekiranya
terdapat keuntungan, ianya untuk tujuan kemaslahatan umat Islam di negeri
ini.
4. PERKARA
KEPUTUSAN FATWA BERHUBUNG CADANGAN UNTUK PERLAKSANAAN WAKAF IRSOD OLEH
KERAJAAN NEGERI SELANGOR.
KEPUTUSAN
Jawatankuasa Negeri Selangor yang bersidang pada 6 Mac 2007 telah memutuskan
bahawa Kerajaan Negeri boleh mewakafkan harta sebagai penggunaan khusus
kepada orang Islam termasuk tapak masjid, surau, kubur dan sekolah Islam.
5. PERKARA
MEWAKAFKAN RUMAH KEDIAMAN SECARA TAKLIK SELEPAS KEMATIAN
KEPUTUSAN
Sati wasiat dan amanah kepada MAIS, oleh Mejar (B) Haji Zainal B.Omar
berkaitan seperti berikut:-
i) Apabila dia meninggal dunia, hendaklah menjualkan rumah kediamannya.
ii) Hasil jualan dimasukkan dalam pelaburan sistem perbankan Islam atas nama
MAIS.
iii) Dividen pelaburan tersbut sebagai wakaf dengan pengagihan seperti
berikut :-
(a) Masjid Nurul Iman = 50%
(b) Anak Miskin (sebaik-baiknya anak yatim) = 40%
(c) MAIS = 10%
Menurut ulamak Feqah, sesuatu wakaf itu disahkan dengan mengikut
syarat-syarat yang berikut :-
i) Sabit dengan seorang saksi lelaki, adil dan sumpah orang yang mewakafkan,
maka berpindahlah milik harta tersebut kepada milik Allah.
ii) Tidak boleh dijual, dihibah dan diwarisi. Begitu juga tidak boleh ditarik
balik oleh yang mewakafkannya.
iii) Menurut segala yang diisyaratkan oleh tuan punya harta (wakaf), tidak
boleh diingkari atau diubah. Contohnya, Kalau ditentukan peratusan agihannya,
mesti dilaksanakan dengan tepat.
Tarikh :
|
23/10/2007
|
Oleh :
|
P&P
|
|
0 ulasan:
Catat Ulasan