Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali
Ke-46 yang bersidang pada 22 Apr 1999 telah membincangkan Hukum Menyerahkan
Sebahagian Tanah Wakaf Kepada Pihak Berkuasa. Muzakarah telah memutuskan
bahawa:
Tanah
wakaf tidak boleh sama sekali dipindah milik kecuali kerana darurat yang
memerlukan demikian berdasarkan syarat-syarat yang tertentu.
Tanah wakaf yang diambil/dipindah milik kepada kerajaan pihak berkenaan hendaklah membayar pampasan mengikut nilai tanah yang diambil atau menggantikan dengan tanah lain yang setara atau yang lebih baik nilainya.
Tanah
wakaf yang hendak dibangunkan hendakklah dikecualikan syarat penyerahan tanah
untuk tujuan pembinaan kemudahan awam seperti jalan, saliran, tapak pencawang
letrik dan sebagainya. Bagaimananpun kemudahan awam itu bolehlah dibina diatas
tanah wakaf itu.
Bagi
tanah wakaf khas untuk tujuan-tujuan tertentu seperti masjid, sekolah dan
seumpamanya pihak yang mengambil tanah itu hendaklah memperuntukkan
bahagian-bahagian yang tertentu sebagai gantian tanah wakaf yag diambil
mengikut nilai semasa bagi mengekalkan status wakaf tersebut. Contohnya
bangunan bertingkat-tingkat yang didirikan, beberapa unit tertentu (mengikut
nilai semasa) diperuntukkan untuk masjid atau sekolah atau sebagainya seperti
yang diniatkan oleh pewakaf.
KETERANGAN/HUJAH:
Pada
masa ini, pembangunan tanah banyak tertumpu di bandar-bandar besar seperti
Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Pembangunan tersebut
melibatkan pelbagai kategori tanah samada tanah individu, syarikatsyarikat,
kerajaan dan tanah wakaf.
Bagi
melaksanakan pembangunan, tanah-tanah tertentu terpaksa diserah kepada pihak
berkuasa seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Perbandaran Petaling
Jaya, Majlis Perbandaran Johor Bahru, Majlis Perbandaran Ipoh dan pihak-pihak
berkuasa lain. Menurut Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486), Bahagian II,
Seksyen 3 memperuntuk bahawa Pihak Berkuasa Negeri boleh mengambil mana-mana
tanah yang diperlukan (pindaan Akta A999):
a. Bagi apa-apa
maksud awam (pindaan Akta A804)
b. Oleh mana-mana orang atau perbadanan bagi apa-apa maksud yang pada pendapat Pihak Berkuasa Negeri adalah benefisial untuk kemajuan ekonomi Malaysia atau mana-mana bahagian dari itu atau kepada orang ramai secara am atau mana-mana kelas orang ramai.
HUJAH DAN DALIL
Apabila
tanah wakaf diserah kepada pihak berkuasa, Majlis Agama Islam Negeri akan
mengalami kekurangan tanah wakaf, kecuali digantikan tanahtanah yang diambil
itu dengan tanah yang lain yang setimpal nilainya, atau membayar pampasan nilai
tanah yang telah diambil sekiranya negeri tertentu tidak mempunyai tanah
gantian.
Keadaan demikian akan memutuskan pahala wakaf oleh orang yang mewakafkannya. Ini kerana pahala mereka akan terhenti dengan tiadanya wakaf atau amal yang dijariahkan. Di samping itu, akan hilang keyakinan masyarakat Islam untuk mewakafkan harta kepada Majlis Agama Islam terutamanya kawasan yang mempunyai potensi untuk dibangunkan, seterusnya mungkin menyebabkan imej Majlis Agama Islam terjejas. Selain itu, sumber ekonomi umat Islam yang diperoleh daripada zakat dan wakaf akan merosot, terutamanya apabila harta itu berada di tempat yang strategik.
Harta
wakaf ialah milik Allah untuk kepentingan umat Islam. Sebarang pengambilan
tanah wakaf tidak wajar diserah secara percuma kepada pihak berkuasa. Pendapat
Imam Ibu Hanifah yang memberi keluasan dalam mengamalkan istibda, jika istibdal
itu lebih memberi faedah yang mendatangkan hasil yang lumayan, sekalipun
masjid, kerana hajat dan darurat. Namun begitu Imam Ahmad Ibn Hanbal memberi
keluasan istibdal selain wakaf masjid dengan dikenakan beberapa syarat yang
tertentu mengikut keadaan tertentu.
Imam
Malik menegah istibdal kecuali kerana darurat dan berhajat seperti membesarkan
masjid atau tanah perkuburan. Adapun wakaf yang alih, di sisi Imam Malik
diharuskan kerana istibdal iaitu menukar pada harta wakaf yang alih akan
mengekalkan wakaf.
Pendapat
Imam Syafie seakan-akan sama dengan pendapat Imam Maliki bahkan tidak
mengharuskan langsung menjual masjid sekalipun telah roboh dan tidak digunakan.
Segala barangan dan peralatan yang berkaitan dengan masjid yang roboh itu hanya
dibenarkan sebagai hibah kepada masjid-masjid yang lain.
Sumber:
Himpunan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan: Berhubung Dengan
Isu-Isu Muamalat (2009)
0 ulasan:
Catat Ulasan