Dalam Islam melepaskan sesuatu kesusahan orang lain
amat digalakkan yang termasuk dalam perkara kebaikan, termasuklah memberi
hutang kepada mereka yang terdesak atau berhajat. Ia mendatangkan pahala
sekiranya diberi dengan penuh keikhlasan dan sipenerima sangat-sangat berhajat.
Namun demikian, nabi saw memohon agar kita dijauhkan daripada berhutang yang
tidak mampu untuk dijelaskan yang akhirnya menjadikan hidup seseorang itu
sengsara dibelenggu hutang.
Berhutang Menjadi Amalan
Aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat
hari ini Tidak menjadi sesuatu yang pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan,
tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik bagi mencapai keuntungan
dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai
individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih
lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja
dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan rugi. Inilah satu fenomena
kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca
daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.
Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana
ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah,
kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalakan
tidak perlu membyara jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk
tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di
akhirat. Sabda Nabi SAW bersabda :-
Ertinya : " Diampunkan semua
dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang
(kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)
Lebih
buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk
tidak memulangkan kembali. Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
Hukum Memberi Hutang
Pada dasarnya memberi hutang adalah
sunat, tidak meminta hutang adalah harus, tetapi hukum boleh berubah:
* Haram: jika org yang memberi hutang
mengetahui kegunaan hutang untuk tujuan yg diharamkan.
* Makruh: jika orang yang memberi
hutang mengetahui kegunaan hutang utk tujuan yg tidak bermanfaat @ utk
menunjuk-nunjuk, @ penghutang tahu dia tidak mampu membayar semula
Sabda nabi saw lagi : Barangsiapa
yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan
mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat
ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari,
2/83 )
Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar
berdoa dilepaskan dari hutang : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa
dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan
dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang
berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" (
Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )
Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang,
Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekufuran
dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah"
( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan
disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )
Bayaran
Hutang Mesti disegerakan
Berdasarkan
kepada dali-dalil di atas, maka adalah jelas hutang piutang hendaklah
disegerakan bayarannya sekiranya berkemampuan dan tidak boleh ditangguh. Ini
berdasarkan juga kepada hadis nabi saw:
Gopoh-gapah itu datang daripada syaitan kecuali pada lima
tempat: Mengahwinkan
anak perempuan apabila baligh, membayar hutang apabila sabit, mengebumikan
mayat apabila mati, meraikan tetamu apabila berkunjung datang, dan bertaubat
daripada dosa setelah melakukan maksiat.
Selain itu antara bebanan orang yang
berhutang dan sengaja tidak menunaikan bayaran hutang tersebut, dijelaskan di
dalam hadis al-Tabrani daripada Anas: “Ketika kami bersama nabi saw datang satu
jenazah yang ingin disembahyangkan. Lalu nabi saw bertanya: Adakah sahabat kamu
ini berhutang, mereka berkata: Ya, sabda nabi saw: Sembahyangku tidak memberi
manfaat ke atas rohnya, kerana rohnya tergadai di dalam kubur tidak naik ke
langit. Jika ada orang yang sanggup melunaskan hutangnya maka aku akan
sembahyangkan ke atasnya, kerana jika demikian sembahyangku bermanfaat ke
atasnya. Di dalam riwayat yang lain diceritakan seorang lelaki yang mempunyai
hutang 2 dinar, maka nabi saw tidak menyembahyangkan ke atasnya. Kemudian
Qatadah menjamin untuk melunaskan hutangnya barulah nabi saw sembahyang ke atas jenazahnya.
Berlandaskan dalil-dalil yang dinyatakan jelaslah
kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah tidak digalakkan di sisi
pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa
cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang
kita dikecilkan, ia seperti berikut :-
a) KAD
KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad
kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat
menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin
menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan
urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik
juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja.
Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.
b)
PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan
penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh
jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam
dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan
perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam.
Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini
berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua
pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan
ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan
Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh
itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan
atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.
c)
PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi
kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di
hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan
kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya
ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara
konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.
d)
UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat
Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah
sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau
"awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam,
menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah
lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran
hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman
kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu
yang kurang penting berbanding yang lebih penting.
Hutang Belum Bayar Tapi Haji Pergi Juga
Menurut Syeikh
Dr Yusuf Al-Qaradawi, seseorang yang masih tersangkut dengan bebanan hutang
TIDAK WAJIB untuk menunaikan haji. Ulama sependapat bahawa ‘bekalan’ yang
dimaksudkan oleh Nabi adalah lebihan harta berbanding tanggungan asasinya,
justeru hutangnya terhadap individu perseorangan adalah termasuk dalam
tanggungjawab asasinya seperti juga nafqah wajib.
Hutang
perseorangan yang bersifat jangka pendek MESTILAH diselesaikan sebelum pergi
menunaikan Haji. Sebagai contoh, terdapat beberapa individu yang masih
berhutang dengan sebanyak RM3000, sedangkan janji pelunasan hutang sudah
terlewat sekitar setahun dan beberapa bulan. Individu ini tidak layak
menunaikan haji kecuali telah melunaskan hutang yang telah dimungkiri tempohnya
terlebih dahulu. Jika ingin juga
menunaikan haji, maka WAJIBLAH atasnya meminta izin dari pemberi hutang untuk
menunaikan Haji. Tujuannya adalah agar pemberi hutang, boleh redha jika sesuatu
berlaku kepadanya sewaktu di tanah suci lalu samada menghalalkan hutang berbaki
atau menuntut dari waris keluarganya.Tanpa izin, ia tidak seharusnya pergi
menunaikan Haji.
Jika seseorang berhutang dengan
mana-mana institusi kewangan untuk menunaikan haji, ia dibolehkan kerana hutang
dari jenis ini TIDAK menjejaskan kelayakan mereka untuk menunaikan haji DENGAN
SYARAT, pemergiannya ke Haji tadi TIDAK AKAN membawa masalah kepada pembayaran
hutang sistematik kepada institusi kewangan yang dipinjam itu. Jika diyakini
pemergiannya ke Mekah, akan menyebabkan terjejasnya kedudukan kewangannya
sehingga diyakini boleh menjejaskan tanggungjawab wajibnya seperti nafqah, dan
hutang wajib kepada institusi kewangan, maka dalam keadaan ini, TIDAK WAJAR
baginya untuk menunaikan Haji malah pemergiannya boleh membawa kepada haram,
ini kerana telah sedia maklum bahawa apa-apa yang diyakini membawa kepada
haram, maka hukumnya juga jatuh HARAM.
0 ulasan:
Catat Ulasan