Pendahuluan
Hati yang bersih adalah syarat utama bagi
memperoleh hidayah Allah yang dibaca dan dipohon berulang kali sepanjang solat,
sama ada ketika membaca surah al-Fatihah, zikir, ketika sujud dan lain-lain.
Hidayah yang dipohon tidak akan dapat kecuali jika hati pemohon bermohon
dijauhkan daripada punca-punca segala dosa.
Dosalah yang menjadikan hati manusia berpenyakit, menderita, bahkan
menjadi mati. Ibn Qayyim telah menjelaskan antara kesan-kesan dosa ialah:
Kesan daripada dosa hati menjadi sakit dan tidak
normal sebagaimana asal kejadian hati. Kesan dosa dan pengaruhnya terhadap hati
juga sebagaimana kesan penyakit ke atas jasad atau badan. Badan yang sakit
senang diubati tetapi penyakit hati dapat diubati dengan meninggalkan dan
menjauhi dosa-dosa. Punca penyakit hati ialah nafsu dan ia dapat dipulihkan
dengan melakukan perkara-perkara yang berlawanan dengan nafsu.
Terdapat 5 jenis
dosa yang lebih besar apabila dilakukan daripada dosa yang dilakukan, antaranya
ialah:
- Membesarkan
dosa yang telah dilakukan dan tidak menganggapnya sebagai satu dosa
- Menganggap
dosa yang dilakukan adalah kecil dan meremeh-remehkan dosa
- Mengekalkan
diri dalam keadaan berdosa dan tidak bercita-cita untuk meninggalkannya
- Mempertontonkan
dosa kepada orang lain secara terang-terangan tanpa menyembunyikan.
- Bersifat
berani dalam mengerjakan dosa tanpa perasaan takut dan bimbang
Kesan Dosa Dalam Kehidupan
Terdapdat beberapa kesan dosa yang membawa
kesan dan implikasi yang besar dalam kehidupan manusia. Antaranya ialah:
Memadam Cahaya Hati dan Menutup Jalan Ilmu
Imam Malik telah menasihati Imam Syafie bahawa:
”Aku
telah menyaksikan bahawa Allah SWT telah menganugerahkan nur atau cahaya dalam
hatimu. Maka jangan kamu memadamkannya dengan kegelapan dosa dan maksiat”
Dosa
yang dilakukan oleh seseorang menjadikan hatinya menjadi buta, pintu-pintu ilmu
dan hidayah akan tertutup dan terpadam. Lama kelamaan hati semakin gelap dengan
bertambahnya dosa dan akan menular dari hati ke seluruh anggota badan yang
lain. Pintu kebinasaan dan kerosakan terbuka dengan luas menyebabkan hamba itu
akan terjerumus ke lembah dosa dan kehinaan.
Berada dalam
Belenggu Tawanan Syaitan dan Penjara Syahwat
Syaitan dan nafsu saling bekerjasama untuk
menawan dan memenjarakan manusia dengan dosa dan maksiat. Hati yang dibelenggu
mudah terdedah kepada serangan kejahatan dan kebinasaan dari segenap penjuru.
Tawanan syaitan dan penjara nafsu syahwat tidak akan begitu mudah terlepas dan
terbuka, kecuali dengan memiliki kuncinya, iaitu Taqwa. Taqwa menjadi benteng
dan kubu yang kukuh antara manusia dengan syaitan dan nafsu.
Hilangnya
Martabat dan Kedudukan Hamba di Sisi Allah
Dosa menjadikan seseorang itu hina dan rendahnya martabat manusia di sisi
Allah, dan juga manusia. Antara nikmat Allah yang paling besar kepada hambaNya
ialah mengangkat dan meninggikan martabat hamba di sisiNya. Akhirnya golongan
ini berada dalam keadaan seburuk-buruk kehidupan, hilangnya rahmat dan
ketenangan, diganti dengan kesempitan, risau, sedih. Allah SWT membuktikan
pengiktirafan ini kepada nabi Muhammad saw di dalam Surah Maryam:
“Dan kami kurniakan kepada
mereka daripada rahmat Kami, dan kami jadikan bagi mereka sebutan dan pujian
yang tinggi dalam kalangan umat manusia”.
Di dalam surah al-Hajj
Allah menjelaskan lagi:
“Dan ingatlah sesiapa
yang dihina oleh Allah SWT, maka dia tidak akan dapat beroleh sesiapapun yang
dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap akan melakukan apa yang
dirancangnya”
Penyebab kepada Kurangnya Fungsi Akal
Manusia
Dosa memberi pengaruh kepada fungsi akal manusia.
Manusia yang taat kepada Allah SWT diberikan ketajaman fikiran dan kekuatan
akal. Ini dapat dibukti dalam surah al-Baqarah:269 maksudnya:
Ertinya: ” Allah memberikan hikmat
kebijaksanaan (ilmu Yang berguna) kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut
aturan Yang ditentukanNya). dan sesiapa Yang diberikan hikmat itu maka
Sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan Yang banyak.
Jika dilihat kepada apa jua
perbuatan dosa dan maksiat semuanya berlawanan dengan akal yang sihat.
Contohnya, rasuah, penyelewengan, mengumpat dan lain-lain. Manakala segala
kelazatan, kesejahteraan, kesenangan dan ketenangan hidup menepati dengan akal
yang sihat setelah mendapat keredhaan Allah SWT. Hanya satu-satunya dengan
mencapai keredhaan Allah akan mendatangkan ketenangan hati yang hakiki,
kegembiraan jiwa, kehidupan hati dan kelazatan roh.
Dosa Akan Mengajak Kepada Mengkhianati
Manusia Lain
Antara tugas dosa dan maksiat ialah menjadikan
diri pelakunya mengkhianati orang lain, tanpa mengira kawan atau lawan terutama
disaat dia memerlukan sesuatu untuk kepentingan dirinya. Dosa mampu
menghilangkan malu, segan, takut dan lain-lain. Hatinya langsung tidak terpaut
untuk bertawakkal kepada Allah. Apatah lagi untuk bersamaNya, bertaubat dan
merendah diri kepada Allah yang Maha Agung. Hati, lidah dan semua anggota tidak
membantunya kepada perkara yang boleh mendatangkan manfaat kepada dirinya.
Lantas dia akan menjadi semakin jauh dan terasing daripada ahli ilmu, para
ulamak dan salafus Soleh.
Hilang Keberkatan Agama dan Dunia
Pada hakikatnya dosa akan melenyapkan keberkatan
umur, rezeki, amal dan ketaatan. Rezeki yang melimpah dan umur yang panjang
bukan menjadi tanda aras keberkatan dalam hidup. Manusia sering menukar ganti
kehidupan dengan harta benda keduniaan. Hilang keberkatan agama dan dunia
disebabkan kerana pengendalinya kepada maksiat itu adalah syaitan. Maka segala
apa jua perbuatan yang dilakukan bukan kerana Allah keberkatannya akan
tercabut. Justeru setiap sesuatu yang jauh daripada petunjuk Allah maka ia
tidak sedikitpun membawa kepada kebaikan. Sabda nabi saw:
“Dunia ini adalah
dilaknat, dilaknat apa yang ada di dalamnya, kecuali zikrullah azza wajalla,
dan sesuatu yang dikasihi Allah, atau orang alim, atau orang yang belajar”
Kesimpulannya, manusia yang telah bergelombang
dengan dosa, maka kepekaannya terhadap masalah dosa menjadi semakin ringan dan
kurang sensitif yang akhirnya menjerumus kepada penyakit Nifaq
(munafiq). Mudah-mudahan setelah kita menyedari bahaya penyakit dosa daripada
segala penyakit yang lain, maka hendaklah kita menjauhinya sebagaimana kata
pepatah Melayu: “Mencegah penyakit lebih baik daripada mengubati”
Perkara pertama yang dicabut
daripada hamba ialah malu: Ibn Majah
Perkara pertama yang dicabut
daripada umat ini ialah malu dan amanah: Abu Nuaim
Pertama-tama yang diangkat
dari umat ini ialah amanah dan khusyuk dalam solat: Imam Ahmad
Perkara pertama yang dihisab
oleh Allah terhadap kaum lelaki ialah solat: al-Hakim
Perkara pertama yang dihisab
oleh Allah terhadap kaum wanita ialah solat dan mengenai suami: al-Hakim
Kata Jibril kepada nabi saw:
Ya Rasulullah, Sesungguhnya sebaik-baik
tempat di muka bumi ini ialah masjid. Manakala sebaik-baik ahlinya ialah orang
yang paling awal masuk dan paling akhir keluar.
Kata Hukama: “Sesiapa yang berpegang kepada akal semata-mata, sesat,
sesiapa yang kaya dengan sebab harta, hartanya akan berkurangan, dan sesiapa
yang mulia kerana makhluk, dia akan hina”.
Pesan Lukman al-Hakim kepada anaknya: “ Wahai anakku...Manusia itu
dibahagikan kepada tiga pecahan: 1/3 adalah untuk Allah (roh), 1/3 untuk
dirinya (amal) dan 1/3 lagi untuk ulat-ulat (jasad)
0 ulasan:
Catat Ulasan