Seseorang telah mewasiatkan 1/3 dari estet
peninggalannya untuk maksud perwakafan ? Adakah wasiatnya ini sah ?
Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa
Yang Membuat wasiat ketika membuat wasiat tersebut telah mewasiatkan untuk
membuat kebajikan yang berkekalan.
Wasiat tersebut bermaksud untuk membeli rumah atau sebuah kedai yang diharapkan
dapat meraih hasil yang berlanjutan. Wasiat itu tidak boleh diubah dan wajib
dipatuhi.
Yang demikian, rumah atau kedai itu mestilah dibeli dari hartanya dan jadilah
ia wakaf yang berkekalan sepertimana yang dikehendaki oleh si pembuat wasiat.
Majlis Agama Islam Singapura
0 ulasan:
Catat Ulasan